1.
      Penghuni khemah Rimba Jaya dihalau pihak berkuasa jam 2.00 pagi           
                                      Nyza Ayob      
         Thu | Nov 15, 07 |  5:50:25 pm MYT                         SHAH ALAM, 
15 Nov (Hrkh) - Seawal jam dua pagi, beberapa keluarga yang berkhemah dan 
tinggal di pondok yang dibina di Kampung Rimba Jaya dikejutkan laungan supaya 
segera berpindah oleh anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 
penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

 -->
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


-->
 Anggota keselamatan tersebut mengerah supaya mereka segera merobohkan  khemah 
dan pondok masing-masing serta diberi amaran supaya tidak  memasuki lagi 
kawasan tersebut.

 
Dalam pada itu, seorang penduduk yang dikenali sebagai Munah yang menempatkan 
barang-barang milik keluarganya di sebuah rumah rakan di Meru, Klang, berkata, 
beliau terpaksa membina khemah di bekas tapak rumahnya pada waktu malam kerana 
tidak mempunyai penempatan lain untuk bermalam.

 


 "Malam ini saya tidak tahu di mana hendak bermalam. Nampaknya terpaksa  
menumpang di rumah kawan. Untuk bermalam di sini, kawasan ini telah di  kawal 
ketat dan sekeliling kawasan sudah dipagar," katanya dengan nada  sayu.

 
 Sementara itu, menurut pengawal keselamatan yang berkawal di kawasan  
tersebut, anggota polis, FRU dan MBSA  meninggalkan kawasan Rimba Jaya  
kira-kira jam 12 tengah hari.

 
 Jika pada 12 November lalu kami dibenarkan masuk ke kawasan tersebut  oleh 
pengawal keselamatan, permintaan  kami untuk memasuki kawasan  tersebut hari 
ini dihalang dengan alasan kawasan tersebut sudah menjadi  'kawasan larangan'.

 
 Difahamkan perobohan kuil yang terhalang pada 30 Oktober lalu juga  berjaya 
dilenyapkan sebelum mentari muncul. Kawasan sekeliling juga dipagar dan 
dipalang.

  
 Pada 30 Oktober lalu, 274 buah rumah penduduk termasuk surau Kampung  Rimba 
Jaya  dirobohkan pihak berkuasa tempatan selepas diberi notis  selama seminggu 
untuk berpindah.

 
 Bagaimanapuna ada kalangan penduduk terpaksa mendirikan khemah dan  pondok 
kerana tidak mempunyai penempatan lain dan tidak mampu membayar  sewa. - mns

 --> 

    Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.
*****.*.*****

2.
Roslan SMS Corner

* Sunday, October 14, 2007 *
 
    
 








Inilah ISTANA Zakaria Md Deros
Saya tertarik dengan kenyataan suatu sumber dari Pejabat Badan Pencegah Rasuah 
BPR ketika mengulas kes siasatan seorang pegawai kanan polis yang dilaporkan 
telah mengumpul kekayaan sebanyak RM27juta. Menurut akhbar NST semalam, pegawai 
tersebut berkata:
We want to know if it is possible for a police officer to accumulate RM10 
million based on his income and years of service.


Kami mahu tahu adakah mungkin seorang pegawai polis boleh menghimpun sehingga 
RM10juta berdasarkan pendapatan dan tempoh perkhidmatannya.
Kalau begitu cubalah anak-anak Selangor khasnya tidak kiralah yang pernah 
mengundi BN atau pembangkang (terutama pengundi di Pelabuhan Kelang) memikirkan 
apakah Zakaria Md Deros seorang Aahli Dewan Undangan Negeri boleh mengumpulkan 
harta sehingga mampu membina ISTANA yang penuh knotroversi ini yang dipercayai 
menelan belanja lebih RM10 juta.
Akhbar THE STAR Jumaat lepas melaporkan yang Zakaria dengan bangganya membuka 
istananya kepada orang-ramai termasuk para pemberita baru-baru ini.Menurut 
laporan ISTANA ini mempunyai 16 bili tidur dan 21 bilik air! Bilik tidur 
Zakaria menurut akhbar tersebut:
His master bedroom, which has a changing room and a jacuzzi, is bigger than a 
low cost house.

Bilik tidur utamanya, mempunyai bilik persalinan disamping jacuzzi, dan ianya 
lebih besar dari sebuah rumah kos rendah.
Saya yang tidak ada kena mengena dengan Zakaria ini pun berasa begitu sedih dan 
malu melihatkan seorang pemimpin Melayu Islam boleh dengan bangga tanpa sedikit 
pun rasa bersalah atau peduli pada masyarakat, memperagakan ISTANA nya disaat 
ramai rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri, ramai rakyat sedang mengeluh 
akan kenaikkan kos hidup yang membebankan. Tetapi Zakaria boleh dengan megah 
membuka pintu ISTAN nya untuk ditonton oleh masyarakat.
Inikah jenis pemimpin yang kita mahu untuk terus memimpin kita? Elok sangatlah 
menjelang tamat tempuh Parlimen dan DUN penggal ke 11 ini kita semua mengkaji 
dan memikirkan perkara ini. Zakaria satu contoh hidup seorang pemimpin, wakil 
rakyat Umno/BN. Kalau kita merasakan perkara ini sebagai biasa, tak mengapa, 
tidak menjejaskan maruah dan hidup kita teruskanlah memilih pemimpin yang 
seperti Zakaria ini, jiuka tidak bangun dan beranilah membuat perubahan apabila 
tiba masanya nanti














 

Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/

Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Reply via email to