Rakyat Malaysia khususnya umat Islam disarankan memboikot barangan yang ada 
kaitan dengan Israel dan Amerika Syarikat. Banyak barangan nak boikot tu. Akhir 
sekali tak tahu mana satu nak boikot. Senang je , mulakan dengan dua jenama 
dahulu dan banyak mudarat kepada manusia. Iaitu restoran McDonald dan minuman 
Coca Cola.

Ayuh semua rakyat Malaysia buat permulaan kita tumpukan DUA jenama ini.

Makanan segera di McDonald dan Coca Cola ini bukan sahaja ada hubung kait 
dengan Israel dan Amerika Syarikat bahkan amat tidak baik untuk kesihatan 
terutamanya kanak-kanak yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit antaranya 
kencing manis, kolesterol tinggi dan sebagainya.

**************** 
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan kempen memboikot 
barangan dan perkhidmatan yang ada hubung kait dengan Yahudi dan Amerika 
Syarikat (AS) dengan mengenal pasti 108 barangan yang digunakan oleh 15 juta 
umat Islam di negara ini.

Beliau mengulas gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang 
juga Pengerusi Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur supaya rakyat negara ini 
memboikot barangan keluaran Yahudi dan AS dalam wawancara Mingguan Malaysia 
hari ini (4 Jan 2009).

***************** 
Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, bekas Perdana Menteri, Tun 
Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur 
menghuraikan lebih lanjut konflik tersebut.

Beliau juga secara tegas menggesa supaya rakyat negara ini memboikot AS 
termasuk tidak menggunakan mata wang dolar bagi melemahkan ekonomi negara kuasa 
besar itu yang menjadi sekutu Israel. 

**************** 
Sumber : 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm
 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm
 

Laman web PPIM http://www.muslimconsumer.org.my  

Jenama lain untuk diBOIKOT 
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html 



      

Kirim email ke