Ditakdirkanlah Kelantan jatuh ke tgn UMNO (walaupun 99.99% mustahil), automatik 
benda alah wang ehsan tu akan tukar nama jadi royalti...lepas tu akan keluar 
statement "kesilapan telah berlaku semasa pemberian wang ehsan dibwh kerajaan 
PAS"... sudah lah.. ni semua namanya DENGKI...

Myza Sidek

--- On Sun, 28/2/10, Hassan, has...@yahoo.com <Hassan, has...@yahoo.com> wrote:


From: Hassan, has...@yahoo.com <Hassan, has...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bekas peguam Petronas kecewa royalti 
Kelantan dinafi
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Received: Sunday, 28 February, 2010, 9:43 PM


 





Bekas peguam Petronas kecewa royalti Kelantan dinafi


KOTA BARU, 1 Mac — Bekas ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Syaghir Nik 
Mohd Nor melahirkan rasa dukacita apabila ada pemimpin menafikan hak Kelantan 
ke atas royalti minyak.
Beliau berkata, pemimpin terbabit dianggap menafsir undang-undang tanpa melihat 
kepada maksud dan tafsiran sebenar Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA).
Katanya, akta tersebut menyebut dengan jelas perkataan on-shore (daratan 
sehingga tiga batu nautika) dan off-shore (perairan negeri).
“Saya hairan mengapa mereka termasuk juga yang bergelar profesor di universiti 
tidak merujuk kepada perkataan tersebut,” katanya.
“Saya cukup sedih dengan tindak tanduk mereka yang cuba mengelirukan rakyat.
“Sedangkan pada 1975 Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir memberi hak 
kepada Petronas mencari gali minyak yang di kawasan on-shore dan off-shore,” 
kata beliau pada taklimat mengenai tuntutan royalti petroleum kepada 
wakil-wakil rakyat di Bilik Gerakan Negeri di sini, petang semalam.
Hadir sama bekas peguam kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz 
Abdul Rahman dan peguam kes tuntutan royalti minyak Terengganu, Tommy Thomas.
Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tuntuan Royalti Minyak Kelantan, Datuk Husam 
Musa, dua ADUN BN iaitu Datuk Norzula Mat Diah (Paloh) dan Mohd Yusoff Abdul 
Ghani (Nenggiri) serta wakil-wakil rakyat lain.
Turut hadir pegawai-pegawai kerajaan negeri, pusat serta wartawan tempatan.
Dipetik Harakah Daily, Nik Syaghir berkata, kesanggupannya menjelaskan perkara 
sebenar di sebalik tuntutan royalti minyak Kelantan semata-mata bagi menegak 
kebenaran setelah ada pihak yang mengelirukan rakyat dalam isu berkenaan.
Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai pegawai undang-undang Perbendaharaan 
Negara dan Jabatan Peguam Negara memberitahu sebelum ada PDA kerajaan Sabah dan 
Sarawak sudah menandatangani perjanjian dengan Shell.
Katanya, ketika itu Shell dikehendaki membayar royalti kepada Sabah dan Sarawak 
sebanyak lapan hingga 12 peratus mengikut jarak lokasi cari gali dengan pantai.
“Mengambil kira perkara tersebut saya ketika itu dipertanggungjawab merangka 
draf mengenai PDA telah mengambil jalan tengah dengan memutuskan Petronas perlu 
membayar royalti 10 peratus iaitu lima peratus kepada pusat dan lima peratus 
lagi kepada negeri.
“Lagi pun Tun Razak tidak mahu ada keistimewaan tertentu dalam PDA. Kesemua 
negeri mempunyai hak yang sama di bawah PDA dan jelas tidak ada keistimewaan 
seperti digambarkan pihak tertentu,” ujarnya.
Abdul Aziz juga menegaskan pembayaran royalti kepada negeri tidak menggunakan 
kaedah tiga batu nautika seperti yang diuar-uarkan pemimpin kerajaan pusat 
sekarang.
Katanya, pembayaran yang dibuat berdasar kepada istilah on-shore dan off-shore 
serta tidak berbangkit sama sekali kaedah tiga batu nautika.
“Kalau ada pendapat menyebut royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan 
kurang tiga batu nautika, itu pendapat yang salah.
“Kerajaan pusat, negeri, Sabah dan Sarawak semua mendapat lima peratus. Tidak 
benar sama sekali ada perbezaan royalti di antara Sabah dan Sarawak dengan 
negeri di Semenanjung dalam soal ini,” ujarnya.
Thomas pula menjelaskan biar pun isu royalti diketengahkan ke mahkamah bagi 
mendapat keadilan, kerajaan negeri atau mana-mana pihak masih boleh untuk 
memperkatakan isu berkenaan.
Katanya, tidak ada subjudis kepada mahkamah dalam isu berkenaan biar pun hakim 
belum membuat apa-apa keputusan.
“Ini sama seperti berlaku di Perak baru-baru ini. Isu berkenaan diperkatakan 
secara meluas dalam ceramah, forum dan seminar,” ujarnya.
http://www.themalay sianinsider. com/index. php/bahasa/ 54815-bekas- 
peguam-petronas- kecewa-royalti- kelantan- dinafi-
 
CONFIDENTIALITY NOTICE: This communication (which term shall include any 
attachments) contains information which is confidential and proprietary in 
nature and the copyright in which belongs to Zuellig Pharma Asia Pacific or a 
subsidiary of Zuellig Pharma Asia Pacific (hereafter referred to jointly and 
singularly as Zuellig Pharma) or a third party.

This communication is intended solely for the individual to whom it is 
addressed. If you are not the intended recipient of this communication, you may 
not disseminate, distribute, copy or otherwise disclose or use the contents of 
this communication without the written authority of Zuellig Pharma. If you have 
received this communication in error, please delete and destroy all copies and 
kindly notify the sender by return email or telephone immediately. Thank you.

Zuellig Pharma makes no representations or warranties in respect of the 
integrity of this communication, including but not limited to any warranty that 
this communication is free of errors, viruses or other malicious code, 
interception or interference.
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _____
This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus 
Scanning Service. For further information, visit http:\\www.messagel 
abs.com\stats. asp








      

Kirim email ke