Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8733 2411 Fax : 03-8733 2967
Website : www.bondamama.com
Email : i...@bondamama.com


PENGENALAN

Program BondaMama ini adalah satu lagi inisiatif dari Yayasan Pembangunan Nur 
Hikmah (YPN)  bagi menggerakkan satu langkah kearah masyarakat yang lebih 
seimbang dari segi ekonomi dan  juga tanggungjawab sosial.  Antara tujuan 
program ini ialah :


   Mengujudkan peluang pekerjaan dari rumah untuk suri rumah sepenuh masa
   Menyediakan peluang bagi ibu-ibu serta penjaga untuk mendapatkan pengasuh 
yang sesuai untuk anak-anak mereka
   Menyemarakkan jaringan kasih sayang antara anak, ibu dan  pengasuh  mereka.
   Menyediakan asas asuhan yang  sesuai untuk anak-anak
   Mengeratkan silaturahim sesama wanita dalam kejiranan mereka

BAGAIMANAKAH PROGRAM BONDAMAMA INI BERFUNGSI ?

Program BondaMama adalah program yang dijalankan secara online. Ianya akan 
dilaksanakan mengikut peringkat berikut :


   Ibu bapa anak akan mendaftar di laman web BondaMama.com dengan memberikan 
butir-butir peribadi serta anak mereka. Mereka akan mendaftar sebagai MAMA. 
Tujuan pendaftaran ini adalah bagi mendapatkan pengasuh yang sesuai dan 
terdekat dengan tempat tinggal mereka.
   Suri rumah sepenuh masa yang mampu serta ingin menjadi pengasuh dikehendaki 
mendaftar dilaman sebagai BONDA .  Tujuan pendaftaran ini adalah bagi melihat  
peluang bagi menjadi pengasuh kepada anak-anak jiran mereka. 

   YPN kemudiannya akan menganjurkan kursus sehari bagi para bakal BONDA bagi 
memberi pendedahan mengenai kaedah-kaedah penjagaan anak. Kursus adalah dengan 
kerjasama Institut Pembangunan dan Keluarga NURY dibawah kendalian Dato' Dr. 
Noor Laily Dato' Abu Bakar. Sedikit yuran akan dikenakan. Selepas menamatkan 
kursus satu hari tersebut para suri rumah akan dianugerahkan pangkat BONDA dan 
mereka telah melayakkan diri untuk menjadi pengasuh melalui program BONDAMAMA
   BondaMama.com kemudiannya akan membuat pemadanan (matching) antara MAMA dan 
BONDA berdasarkan kriteria  yang telah ditetapkan seperti lokasi dan kemampuan.
   Apabila telah mendapat persetujuan antara MAMA dan BONDA maka program asuhan 
akan bermula dengan dikawalselia oleh pihak BondaMama.com
   Kadar yuran yang dikenakan ialah diantara RM120.00 hingga RM180.00 mengikut 
ciri-ciri serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh BondaMama.
   Yuran adalah dalam bentuk bulanan dan dibayar kepada BondaMama.com yang 
kemudiannya akan dibayar kepada BONDA . Pihak BondaMama.com akan mengenakan caj 
perkhidmatan sebanyak 10% dari jumlah yuran bagi tujuan sumbangan kepada Tabung 
Pendidikan YPN.


Jika anda seorang ibu / bapa / penjaga dan memerlukan orang untuk mengasuh baby 
/ anak anda , daftarlah di BondaMama.com sebagai MAMA

Jika anda seorang surirumah sepenuh / separuh masa dan berminat untuk menjaga 
baby / anak jiran anda , daftarlah di BondaMama.com sebagai BONDA

BondaMama.com akan cuba memadankan anda supaya kita dapat memeriahkan 
kemaufakatan ini.

Layari www.BondaMama.com untuk keterangan lanjut

                   Dengan kerjasama          





                   Projek di bawah naungan           
   
     
                
       
---------------------------------
 Firefox 3: Lebih pantas, lebih selamat, boleh diubahsuai dan PERCUMA.

Kirim email ke