CERAMAH UMUM 
Pelancaran Kempen Himpunan 100 Ribu Membantah PPSMI (Pengajaran dan 
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)
AHAD 1 Februari 2009
Jam 9 malam
Di Markas Tarbiah PAS Pusat , Taman Melewar , Kuala Lumpur

Pemidato Utama :
1. Tuan Hj Mohamad Sabu , Naib Presiden PAS
2. Prof Abdullah Hassan (UPSI)

Semua Dijemput Hadir

HIDUP BAHASA MELAYU

************************
PERHIMPUNAN RAKSASA MENENTANG PPSMI
SABTU 7 Mac 2009

Mesyuarat badan-badan penganjur Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membuat keputusan 
tarikh himpunan raksasa bagi membantah PPSMI adalah pada 7 Mac 2009.

Tarikh SABTU 7 Mac dipilih kerana pada hari itu semua penyokong GMP di semua 
negeri-negeri Semenanjung bercuti, oleh itu mereka dapat turun ke Kuala Lumpur. 

Himpunan ini akan dijalankan seperti juga Himpunan Bersih! 

Himpunan raksasa itu nanti adalah bagi mengiringi para pemimpin GMP 
menyampaikan memorandum kepada ke Bawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka 
Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.  

Ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang menjadi mangsa PPSMI 
akan hadir dengan membawa bersama-sama anak-anak mereka.

Puan Ainon Mohd 
Presiden, 
Universiti Terbuka PTS 
ai...@pts.com.my  

http://universitipts.com/index.php/site/comments/sabtu_7_mac_2009_tarikh_perhimpunan_raksasa_gmp/
 



      

Reply via email to