>
> Alop gengs..Pikir2kan lah yer...so JOM beramai2 kita pergi UO kat taman
> Dagang Ampang (Bangunan Galaxie)
> Wallahu'alam......
>
>
>      Kalau benar spt yg didakwa.....Alhamdulillah. Mungkin ada sesiapa
> yg
>      boleh sahkan?
>
>       Saya tinggal Pandan Jaya semenjak 12 tahun lalu. Setiap hari
> minggu
>      saya akan membeli keperluan rumah di pasaraya.
>       Pada awal dulu, pasaraya yang paling mudah untuk saya membeli
> belah
>       ialah di Ampang Point (Fairprice tapi kini menjadi Giant) atau
>       sesekali ke Fajar Spectrum di Bandar Baru Ampang.
>
>       Namun, setelah Carrefour dibuka di Wangsa Maju, saya kemudian
>       bertukar ke Carrefour kerana antara sebab utama ialah ianya lebih
>       murah dan mudah parking.
>
>       Apabila TESCO mula beroperasi berdekatan dengan tempat saya, maka
>       saya mula bertukar angin ke tempat yang lebih dekat yang turut
>       memberi tawaran kemudahan yang hampir sama dengan Carrefour.
>
>       Tetapi, di awal bulan Februari tahun ini, satu pasaraya UO (dulu
>       nama Uda Ocean ) baru telah dibuka di Galaxy Taman Dagang depan
> IPD
>       Polis Ampang Jaya. Pada mulanya saya ingin mencuba tempat baru.
>       Tetapi selepas memeriksa tawaran harga, saya dapati ianya tidak
>       banyak bezanya dengan dua gergasi pasaraya luar negara (Tesco dan
>       Carrefour) walaupun berbanding dengan Giant. Malah dengan kaedah
>       pembelian yang saya amalkan (iaitu membeli barangan yang tahan
> lama
>       semasa jualan murah dan simpan stok, saya dapati tawaran harga di
> UO
>       adalah lebih murah.
>
>       Kemudahan yang ada di Carrefour dan Tesco, iaitu parking percuma
>       turut ada di UO. Apatah lagi, kebanyakan tempat di Giant kena
> bayar
>       parking.
>
>       Apa yang menjadi amat penting kenapa saya akan tetap memilih UO
> di
>       samping sebab-sebab di atas ialah setelah diselidiki,  di UO
> tidak
>       ada dijual barangan TIDAK HALAL. Arak dan daging babi tidak
> dijual
>
>       Apabila saya selidiki lebih lagi baru saya faham bahawa
> sebahagian
>       besar saham UO dimiliki oleh orang Melayu Islam yang tidak mahu
>       bertanggung jawab atas penjualan barang-barang HARAM.
>
>       Semoga dengan warkah ringkas ini saya dapat memujuk saudara
> sekalian
>       untuk bertukar angin supaya memberi sokongan padu kepada usahawan
>       Melayu terutamanya mereka ini peka untuk tidak menjual arak.
> Bukan
>       bertukar sekadar ingin perubahan TETAPI letakkan niat bertukar
> angin
>       (hijrah) itu untuk memberi sokongan kepada pasaraya yang peka
> dengan
>       selera orang Islam dan tidak menjual barangan haram. Dan jika
> niat
>       kita betul insha Allah, kita beroleh pahala di samping berbakti.
>
>       WalLahu alam.
>
>
>       Wassalam.
>
>
----------------------------------------- (on mail)

email-body was scanned and no virus found
---------------------------------------------------------

Reply via email to