Subject
Fw: Kuliah Pagi



Hakikat Penyakit Riak

        Assalamualaikum w.b.t

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6

[]


Maksudnya: Maka celakalah bagi orang yang solat.
(Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.

Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan
riak ini, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa
penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa
disedari dan tidak tahu bagaimana ianya muncul
dan seterusnya merebak. Di sini kami akan
merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana
kehadirannya dan bagaimana mengatasinya. Semoga
dengan rungkaian ini anda dapat mengambil
iktibar dan cuba mengenalpasti adakah riak itu
pernah ada dalam diri anda dan ikuti panduan
yang kami berikan untuk membuang terus ataupun
mengurangkan sedikit penyakit yang merosakkan hati anda tersebut.

Pengertian riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal
ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

  1- Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu
menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan
banyak berjaga malam untuk beribadat.

2- Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan
kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak.
Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan
tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di
waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya
juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan
Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3- Riak dengan perkataan.

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan
dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui
perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya
seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia
memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam
maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith.
Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan
aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4- Riak pada amalan

Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk
dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan
rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya.
Orang seperti ini sering bersedekah secara
terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji,
berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling
ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui
batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian
amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat
dengan cepat, berjalan laju dengan matanya
sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan
pengikut yang ramai. Demikian juga seperti
seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu
dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya
seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak

1- Riak AkbarRiak akbar ialah seseorang itu taat
melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan
sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk
beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah
berpaling terus daripada Allah pada
keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2- Riak AsgharRiak asghar ini pula ialah
melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada
pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu
melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain
daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan
daripada riak akbar kerana orang itu menghadap
Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3- Riak Jali ( yang terang )Riak ini ialah
mendorong seseorang itu untuk melakukan amal
ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia
tidak berminat untuk melakukan amal.

4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )Riak ini pula
ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi
dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka
bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi
sebab-sebabdan punca terjadinya penyakit. Begitu
jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi
sebab-sebab yangboleh membawa kepada perasaan
itu, antaranya ialah;1- Sifat suka dipuji oleh
orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga
diri dan suka menunjuk-nunjukkelebihan kepada
orang lain.2- Takut dikritik atau dicerca oleh
orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada
penampilan yang kurang jujurdan suka
berpura-pura.3- Cintakan kehidupan dan kemewahan
dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu
melakukan segala pekerjaanadalah semata-mata
kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan
menganggap dirinya hebat. Manusia  sebegini
mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi
punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara
untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara
untuk menghindari sifat riak daripada menguasai
hati;1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri
tentang perkara yang diperintahkan Allah dan
juga sering menyucikan     hati dengan melakukan
ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan
membesarkan kekuasaan Allah.2- Mengawasi diri
agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan
tabiat ini akan membawa diri     agar sentiasa
berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh
mengheret kepada dosa dan seksaan     Allah pada
hari akhirat kelak.3- Berwaspada terhadap
perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala
amalan yang dilakukan akibat riak.4- Menanamkan
dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu
kerana manusia sehingga membawa     kemurkaan
Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan
patut dijauhkan.5- Sentiasa mengawasi diri
daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang
dikurniakan Allah untuk     menghampirkan diri
kepada Allah.6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

Apabila berasa suka dipuji dan diberi
penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara
yang baikdan berasa terhina apabila ditegur,
maka inilah tanda wujudnya sifat riak.
Adakalanya terdapat jugaorang yang melakukan
amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah,
namun dia mendapat mendapatperhatian daripada
orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak
diambil kira sebagai riak kerana diasememangnya
niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk
melakukan satu-satu ibadat padapermulaannya
memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga
diri, namun apabila amal itusering dilakukan dan
berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan
riak itu akan terhapussedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar
tazkirah, menunaikan solat jemaah dansebagainya
kerana takut akan dikatakan riak sedangkan
dengan riak itulah akan mendorongdan
menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan
ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaanriak itu
terus menerus menguasai diri kerana apabila ada
riak dalam setiap amalan makaamalan yang
dilakukan adalah sia-sia belaka. Wallahualam
/---------------------------------------------------------------------------\

<<inline: 165f489.gif>>

Kirim email ke