Hukum Berubat Dengan Memakan Sesuatu Yang Diharamkan

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Di dalam keadaan darurat, jika seseorang terpaksa untuk memakan sesuatu yang 
diharamkan, maka baginya boleh memakan apa yang asalnya haram tersebut dengan 
ukuran sekadar dapat mengelakkan (menjaga dirinya) dari kematian.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan 
binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi 
barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak 
menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. 
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah, 2: 
173)

Namun, perbuatan berubat adalah sebenarnya tidak semestinya termasuk ke dalam 
perkara yang menjurus kepada darurat. Kerana tidak semestinya semua penyakit 
itu menjurus kepada kematian.

Dan menurut pendapat ulama yang benar bahawa berubat itu bukanlah suatu 
kemestian atau kewajiban buat orang yang ditimpa penyakit. Syaikh al-Islam Ibnu 
Taimiyyah menjelaskan:

“Aku sama sekali tidak mengetahui seorang pun dari kalangan Salaf yang 
mewajibkan berubat.” (Majmu’ al-Fatawa, 21/564)

Di antara dalil yang menyokong pendapat tersebut adalah hadis Ibnu ‘Abbas 
radhiyallahu ‘anhuma berkenaan seorang wanita berkulit hitam yang datang kepada 
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Wanita itu berkata, “Aku ditimpa penyakit 
ayan (epilesi/sopak), doakanlah kesembuhan buatku.” Belia Shallallahu ‘alaihi 
wa Sallam bersabda:

“Jika engkau mahu bersabar, maka bagimu adalah Syurga, dan jika mahu, aku akan 
memohon kepada Allah agar menyembuhkanmu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sekiranya berubat itu merupakan suatu perkara yang diwajibkan, sudah tentu Nabi 
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak akan memberikan pilihan.

Dari sini, boleh difahami bahawa berserah diri dengan tidak berubat merupakan 
satu langkah yang lebih utama jika disertai dengan kesabaran. Ada pun jika 
tidak disertai dengan kesabaran dan terasa berat (sangat terbeban) dengan 
kesakitan tersebut, maka pada masa itu, berubat adalah lebih diutamakan. Dari 
sini juga menunjukkan bahawa keutamaan untuk berserah diri (meninggalkan 
berubat) telah hilang dengan tidak adanya kesabaran.

Dari keadaan ini, maka dapat diambil kesimpulan bahawa berubat dengan sesuatu 
yang diharamkan itu adalah tidak dibolehkan apatah lagi menyatakan ia sebagai 
darurat.

Diriwayatkan dari Thariq bin Suwaid al-Ju’fi radhiyallahu ‘anhu bahawa dia 
bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang khamar. Lalu 
beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallah melarang atau membenci membuatnya, 
kemudiannya dia bertanya lagi,

“Aku membuatnya hanya sebagai ubat.” Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa 
Sallam berkata:

“Sesungguhnya khamar bukanlah ubat, tetapi ia adalah penyakit.” (Hadis Riwayat 
Muslim)

Hadis ini juga merupakan dalil yang menunjukkan bahawa tidak bolehnya berubat 
dengan sesuatu yang diharamkan seperti khamar (arak) atau seumpamanya.

Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahawa 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang membuat ramuan ubat-ubatan 
yang buruk (dari sumber yang haram dan najis).” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Begitu juga dengan hadis berikutnya ini, di mana Rasulullah menjelaskan bahawa 
setiap penyakit ada ubatnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit berserta ubatnya, dan menjadikan ubat 
bagi setiap penyakit, maka berubatah kamu dan jangan berubat dengan sesuatu 
yang haram.” (Hadis Riwayat Abu Daud dari Abu Darda’. Lihat ash-Shahihah no. 
1633 (Hasan lighairihi))

Kesimpulan:

Haram berubat dengan sesuatu yang haram.



@Brother an-Nawawi
+60126887715 
YM: nawi...@yahoo.com 
MSN: dimens...@hotmail.com 


------------------------------------

Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine** 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at 
hidayahnet-ow...@yahoogroups.com with the title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/  Yahoo! Groups 
Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:hidayahnet-dig...@yahoogroups.com 
    mailto:hidayahnet-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    hidayahnet-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke