Bismillah…
 
Inspirasi Maal HIjrah & Transformasi
 
(Mohon diberi laluan mudah-mudahan sama-sama kita menikmati saham di sisi Allah 
swt...Terima kasih TM)
 
Kehidupan dan perjuangan takkan pernah terpisah daripada menempuh pelbagai onak 
dan cabaran. Selagi namanya kita HIDUP kita pasti akan diuji yang membezakannya 
hanyalah isu tetapi PERJUANGAN memerdekakan diri, mengutip HIKMAH memberi MAKNA 
pada suka duka perjalanan yang ditempuhi, sememangnya bukan mudah bukan dan 
bukan juga sukar..
 
Mungkin bagi yang SUDAHPUN melepasi FASA KRISIS @ ZON GELAP mampu menarik nafas 
kelegaan namun yang masih terus bergolak, berjuang…konflik…dilemma saban waktu 
melingkari diri semoga TIPS INSPIRASI ini membantu perjuangan kalian dalam 
menyahut PENGHIJRAHAN MURNI lebih-lebih lagi sempena MAAL HIJRAH 1431 ini.
 
RAHMAT HARI INI… 
Kerjaya RAHMAT ini memberi saya kesempetan mengutip HIKMAH dan PENGAJARAN yang 
TERSENDIRI dan sangat beharga sesungguhnya…saya belajar tentang tingkahlaku 
manusia ada yang menyentuhb perasaan, sedih, suka, gembira tak kurang juga 
pelik dan kelakar kadangtu. Apapun INI SEMUA adalah sesungguhnya KEINDAHAN yang 
CUKUP SEMPURNA dalam mewarnai kehidupan andai kita menjadikan ia aspirasi. 
Kehidupan merupakan PROSES PEMBELAJARAN…dan DISITU JUGALAH sebenarnya 
PEMBELAJARAN LANGSUNG TERUS ~ DIRECT daripada Allah swt. Daripada alam 
kanak-kanak menjengah alam remaja, dewasa , usia emas dan semua ini melibatkan 
TRANSISI juga PERUBAHAN dalam perjalanan insan. Dan disinilah ujian-ujian serta 
cabaran mula diteroka…tambah pula hidup di dalam dunia akhir zaman yang serba 
mencabar. Serba canggih, serba HIGH TECH dan paling serba-serbi juga tak kena 
gaya mudah terperangkap dengan STRESS. Kenapa yer?
 
INSPIRASI PENGHIJRAHAN MURNI & TRANSFORMASI…
Itu jugalaa yang SERING MENJADI PERSOALAN di awal waktu meneruskan pengajian 
saya. Tetapi setelah terjun dalam dunia realiti ini sedikir sebanyak satu 
persatu persoalan saya temui jawapannya. Antaranya :
 
i)                    Jika kembali pada perspektif Islam UJIAN & CABARAN dalam 
kehidupan merupakan tanda kasih Allah pada hambaNYA…dan BERSYUKURLAH kita 
antara insan TERPILIH mendapat perhatian Ilahi. Maka jangan sia-sia 
INGATAN…HADIAH dan PERHATIAN Allah ini, jika hari ini Allah uji dengan hanya 
mencampakkan sebutir batu untuk INGATAN jangan pula disia-siakan sehingga Allah 
murka campakkan BATU MENGHEMPAP diri..lagutu bimbang sekali Allah murka…marah 
tempatnya di neraka beristirehatnya…Nauzubillahminzalik!
 
ii)                   Ada pelbagai isu yang dikenalpasti yang SERING 
MENYEBABKAN TRANSFORMASI @ PENGHIJRAHAN yang cuba dilakukan melalui JALAN SUKAR 
yang PALING KETARA adalah “KEBENARAN DARI DALAM DIRI UNTUK BERUBAH” ~ ramai 
yang tersangkut di sini adatu berpuluh-puluh tahun lamanya. Apabila ingin 
berubah tetapi sebahagian DIRI tidak membenarkannya HIDUP harus sahaja menjadi 
MEDAN PEPERANGAN DIRI yang menakutkan, mengerikan, meletihkan dan 
melemaskan…ada di antara sahabat dalam fasa ini???Emm…JANGAN BAZIRKAN 
WAKTU…membiarkan diri terperangkap amat merugikan…hidup sangat singkat 
sebenarnya untuk diisi dengan KONFLIK sebegini, kalian juga BERHAK untuk 
menikmati BAHAGIA, SEJAHTERA, KETENANGAN sama seperti insane-insan lain di luar 
sana!
 
iii)                 Dan TIDAK KURANG JUGA saya kenalpasti RAMAI YANG 
TERPERANGKAP dalam LAPANGAN MEMORI SILAM yang mungkin baginya 
MENYAKITKAN…perasaan benci, terluka, marah, KESAL, sukar memaafkan, 
berdendam…selalukan kita dengar ayat ini… “memaafkan mungkin mudah tetapi untuk 
melupakan tidak sama sekali”…adakah KEADAAN seperti OK???Soalan yang BAIK 
sekali…sebenarnya KURANG OK…sebabnya masih ada nada yang kurang harmoni di 
dalamnya…parut luka masih terasa…masih aku terasanielaa yang KURANG OK untuk 
dibawa bersama-sama meneruskan perjalanan…inilah “excess baggage” yang akan 
memuatkan hidup terasa kurang adil, suram, kelam…haa inilah juganya peranan 
minda separa sedar..law of attraction yang bakal mengesani kehidupan 
seterusnya! Jangan tak tahu…INILAH KEAJAIBAN yang saya temui…
 
iv)                 Memori silam gagal dalam pengajian, putus cinta, putus 
tunang, derhaka pada ibubapa, kahwin lari, berzina…childhood isu seperti anak 
yang tidak diinginkan…tereksiden, pilih kasih, pencabulan, rogol, mangsa 
penceraian…melalui pengalaman penderaan emosi dan mental lazimnya mempunyai 
kecenderungan memiliki SIFAT KRITIK DIRI yang tinggi.Dengan lain perkataannya 
juga KURANG BERSYUKUR dan KURANG REDHA dengan ujian dan cabaran yang dihadirkan…
 
v)                  Konsekuennya…PENERIMAAN KENDIRI @ SELF ACCEPTANCE tu 
mungkin kurang dan TIADA. Inilah antara PRA SYARATNYA untuk PENGHIJRAHAN 
sebenarnya…
a)      Perlu dimulai dengan MENYAYANGI & MENGHARGAI DIRI SENDIRI
b)      Menerima ujian dan cabaran yang dihadirkan Allah dengan PENUH REDHA ~ 
bila self acceptance dah ada barulah insyaAllah KESEDARAN..INSIGHT ~ celik akal 
akan muncul
c)       Bila CELIK AKAL dah muncul insyaAllah mudahlah nak bereskan perjalanan 
seterusnya BERTANGGUNGJAWAB atas kehidupan yang dilalui…STOP BLAMING 
others…TAKE INCHARGE …RESPONSIBLE…orang lain TIDAK BOLEH MENOLONG KITA HANYA 
DIRI KITA SENDIRI SAHAJA…
d)      IKHLAS, JUJUR, AMANAH DAN ISTIQAMAH dalam usaha menegcapi PENGHIJRAHAN 
@ TRANSFORMASI DIRI yang diimpikan…jangan sesekali MENSABOTAJ DIRI…
e)      Dan RESEPI AJAIB & PALING POWER juga disinilah  adalah ~ letakkanlah 
paksinya Allah…KITA BERANI MELAKUKAN KOREKSI DIRI menuju PENGHIJRAHAN MURNI ini 
atas platform memburu pengiktirafan dan keredhaanNYA bukan atas nama 
manusia…nak berubah kerana suami, isteri, nak berubah kerana ibubapa, nak 
berubah kerana girlfriend…tunang dan sebagainya…bukan apa takut-takut mudah 
terperangkap menjadi lapangan syaitan mempermainkan diri. Itu yang mungkin bila 
diuji dengan perpisahan , kegagalan dan sebagainya terus kecundang…merosakkan 
diri…SIAPA YANG RUGIK???Sendiri jugak membenarkan diri dibahlulkan dek spesis 
bertandukkan…Nauzubillahminzalik! Tapi JIKA KITA MELETAKKAN PENGHIJRAHAN MURNI 
ini atas platform Allah  juga ISLAM yang kita cintai…ingin sejahtera di dunia 
dan berehat dengan tenang di akhirat…PASTI penemuan dan perjalanan ini akan 
lebih TERUJA, HEBAT, MANIS DAN INDAH kita lewati…
 
Sampai berjumpa lagi…dapatkan TIPS-TIPS dan INSPIRASI KEHIDUPAN PERCUMA dengan 
mendaftar di http://anizanwar.com Enjoy! Zakat ilmu dari 
saya…panjang-panjangkan RAHMAT ini sama-sama kita kutip PASIF PAHALA ini…
 
May Allah bless us with beautiful journey ahead…full of RAHMAT & 
BERAKAH…further great IMAN, HAPPINESS, HEALTH & WEALTH…dan pastinya tidak lupa 
semoga Allah mengiring PENGHIJRAHAN MURNI para sahabat yang 
dikasihi…Ameen..InsyaAllah
 
Love & Gratitude…
Aniz Hj Anwar
http://anizanwar.com
YM :nizwar75
H/P : 012-3915362



 


      

Kirim email ke