Pernah rakan saya menceritakan kepada saya, ada orang yang tak senang dengan 
aktiviti Jemaah Tabligh. Lalu orang ini mengadulah kepada Mufti Negeri Sembilan 
pada ketika itu iaitu Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad. Lalu Dato Hj Murtadza 
memberitahu orang yang mengadu tadi lebih kurang ertinya, kenapa nak sibuk 
orang yang sembahyang dan mengajak orang sembahyang, pergi tengok orang Melayu 
yang tak sembahyang melepak di kompleks membeli belah itu lagi ramai.

Mudah sahaja jawapan mantan Mufti tadi. Orang kita ni ada yang tak senang 
tengok orang pergi masjid, tapi dia tak kisah tengok orang melepak di pasaraya, 
orang penuh kunjungi pasar malam waktu maghrib , kedai judi dan kedai arak di 
kejiranan mereka dan sebagainya.

Sebenarnya Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada era Dato Hj Mohd Murtadza Hj 
Ahmad menjadi Mufti begitu banyak membantu kerja dakwah di negeri ini, begitu 
banyak menerbitkan buku agama, tapi jarang diberi publisiti yang sepatutnya 
oleh pihak media.

Antara buku-buku terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan terdapat di pautan 
berikut 
http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/02/buku-buku-terbitan-jabatan-mufti.html
 



      

Kirim email ke