Dari laman Blog YB Dato Kamarul Ahli Parlimen Telok Kemang

Soalan di Parlimen 
Pada sesi parlimen yang sedang berlangsung sekarang ini diantara soalan-soalan 
yang saya ajukan dan jawapan yang diperolehi seperti berikut :

1...minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa hektar tanah 
kawasan pantai dan laut yang dimiliki secara persendirian atau syarikat di Port 
Dickson dan sepanjang pantai di Telok Kemang.

JAWAPAN : ...pertanyaan ditolak dengan sebab PM.23(1)(q)(i)Perkara yang 
dimaksudkan adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

KOMEN : Pertanyaan yang sama akan diajukan di Dewan Undangan Negeri, N9 oleh 
wakil kita YB Ravi pada sidang akan datang.


2... minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah Kerajaan akan membangunkan 
sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di dalam DUN Bagan Pinang berharga RM30 
juta sepertimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri di tapak 
berkenaan dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang.

JAWAPAN : ...peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan oleh Timbalan Perdana 
Menteri dalam kempen pilihan raya kecil adalah tujuan membangunkan SK Taman 
Intan dan SMK Taman Intan, Bagan Pinang. Walau bagamanapun peruntukan tersebut 
tidak termasuk pembangunan SJKC di DUN Bagan Pinang.

KOMEN : Kepada warga Bagan Pinang sama-sama kita pastikan apa sebenarnya yang 
diumumkan oleh TPM pada masa kempen PRK Bagan Pinang yang lalu. Namun kita 
alu-alukan peruntukan lumayan sebanyak RM30 juta untuk warga Taman Intan yang 
pasti mengharapkan pembinaan sekolah-sekolah tersebut dimulakan secepat mungkin.

Sumber : http://telokkemang.blogspot.com/2010/04/soalan-di-parlimen.html 



      

Kirim email ke