darigaunghati
                          Jemputan Ada Kursus Tak Ada - Guru                    
                          


Kehadiran surat jemputan ‘misteri’ untuk menyertai Bengkel Peningkatan 
Profesionalisme Keguruan daripada Setiausaha Politik Menteri Penlajaran 
Malaysia (salinan dikepilkan) menimbulkan tanda tanya dikalangan guru-guru.

Berdasarkan surat jemputan betarikh 22 Oktober 2007 yang ditandatangi Datuk 
Akbarkhan Abdul Rahman, Setiausaha Politik Menteri Pelajaran Malaysia, kononya 
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan bengkel peningkatan 
profesionalisme keguruan siri ke-4, kearah melahirkan guru bermotivasi dan 
berkualiti tinggi bagi menjayakan aspirasi kementerian dalam perlaksanaan Pelan 
Induk Pembangunan Pendidikan 2000-2010 pada 5- 9 November 2007 jam 9.00 pagi 
dai Hotel Equatorial, Bangi.

Apa yang menjadi persoalan kepada guru yang mendapat jemputan berkrusus ialah 
(setelah dihubungi) pihak Hotel Equatorial (tempat krusus dijadualkan) 
memaklumkan pihaknya tiada menerima sebarang tempahan dari pihak kementerian 
untuk program berkenaan.

“Kakitangan hotel berkenaan memaklumkan pihaknya tiada menerima tempahan bilik 
untuk program kursus anjuran Kementerian Pelajaran pada tarikh dan masa 
tersebut,” ujar seorang guru ketika menghubungi Harakahdaily.

Malah pihak hotel memaklum hanya menerima tiga tempahan kemudahan berkrusus 
daripada tiga agensi sahaja, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, Petronas dan 
Mtrade pada tarikh berkenaan.

Guru berkenaan dukacita dan merasa dipermainkan pihak berkenaan. Beliau 
merasakan ada sesuatu yang tidak kena disebalik surat jemputan krusus berkenaan 
dan menggesa pihak bertanggungjawab menyiasat apa sebenar yang berlaku.

Ini kerana tarikh krusus berkenaan didapati bersamaan dengan tarikh perhimpunan 
Agong Umno dan kemungkinan terdapatnya penyalahgunaan kuasa daripada pihak 
tertentu di Kementerian Pelajaran bagi membolehkan guru-guru mendapatkan 
pelepasan cuti untuk menghadiri perhimpunan agung Umno atas alasan pergi 
berkrusus walhal krusus dimaksudkan sebenarnya tidak ada.

“Jika ini berlaku jelaslah pihak tertentu telah menyalahgunakan kuasa dan 
kedudukan didalam kerajaan untuk kepentingan politik Umno,” ujar guru 
berkenaan. 



Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/

Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke