Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my   
      Yayasan Pembangunan Nur Hikmah & Kelab Sukan & Kebajikan Nippon Express, 
KLIA akan menganjur KONVOI SAHUR ke Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Iman, Manjoi , 
Ipoh, Perak pada awal pagi Ahad 14 September 2008.

ATURACARA   PROGRAM AHAD 14 SEPTEMBER 2008

1.00 pagi  - Berkumpul di Restoran Jejambat , Sg. Buloh
1.30 pagi  - Bertolak ke Manjoi 
4.30 pagi  - Sampai di Rumah Anak-anak  Yatim, Manjoi
4.45 pagi  - Bersahur bersama anak-anak
5.50 pagi  - Solat  subuh berjemaah
6.30 pagi  - Menyampaikan sumbangan kepada anak-anak,  Pengetua serta
petugas Rumah Anak-anak Yatim Nurul Iman.
7.30 pagi   - Bertolak semula ke Kuala Lumpur

Kami juga mengalu-alukan penyertaan orang-orang persaorangan, kelab serta 
pertubuhan dan juga NGO didalam program ini. 

Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah bersama dengan MangkukTingkat.com akan 
membawa bersama 50 sajian mangkuk tingkat untuk sahur khusus untuk anak-anak 
yatim serta petugas di Rumah Nurul Iman.

Jika anda ingin turut serta dan menikmati sajian mangkuk tingkat tersebut, sila 
hubungi atau SMS Encik Ahmad Fadzil ditalian   012-2968649 sebelum 11 September 
2008. Harga untuk sajian untuk satu orang ialah RM6.00 . Sajian tersebut akan 
dibawa terus ke Manjoi, Ipoh pada pagi tersebut untuk anda bersahur disana.

Terima kasih

===================== INFO =============================


Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi 
membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar. 
   
  Pada masa ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi 
mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta pembangunan 
insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim, miskin serta anak 
terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. 
   
  Rumah-rumah  tersebut ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak , Pondok 
Penyayang Raudah, Gombak, Selangor, Rumah Jagaan Nur Hikmah Kajang , Pusat 
Jagaan Anak-Anak Yatim Sri Sabah dan Rumah Jagaan Darul Qana'ah Gombak, Kuala 
Lumpur. Beberapa buah lagi rumah jagaan juga sedang dalam proses untuk 
dimasukkan didalam program sokongan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.


 


  MELALUI MAYBANK
   
  Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan 
Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam 
akaun KHIDMAT   NURHIKMAH 564306010030  , letakkan alamat email [EMAIL 
PROTECTED]
   
  MELALUI CIMB ONLINE
   
    Caranya ialah :
     
  1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/
   
  2. Pilih Pay Bills
    
  3. Pilih Akaun Anda (Payment  From)
   
  4. Pilih Payment To >> Payee List
   
  5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
   
  6. Masukkan Nama Anda (optional)
   
  7. Masukkan Contact No. (optional)
   
  8. Masukkan Jumlah
   
  9. Tekan Submit


   
   
   
  -------------------------------------------------------
  YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
  No. Pendaftaran : 646393-A
          No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,     Taman Mesra,     43000 Kajang,       
Selangor Darul Ehsan.
   Telefon  : 03-87332411
Fax         : 03-87332967

  Laman web :  www.nurhikmah.org.my
  EMAIL  : [EMAIL PROTECTED] 



   
   
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
HAKIKAT SEDEKAH :

Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan 
(bersedekah) setengah butir tamar (kurma)". - (Bukhari dan Muslim) Hayati 
Sedekah. . . Firman Allah swt: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 
mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...Dan 
siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka 
brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah 
kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111. 

Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi: Keberkatan hidup seseorang yang 
bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini 
termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. 
Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan dan dia akan terhindar daripada 
penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang 
diperoleh. Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan 
diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan. Matinya 
bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan 
dirahmatiNya kerana keikhlasan itu. Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang 
bermaksud: "Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus 
melainkan tiga perkara: Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya. Ilmu 
yang dimanfa'atkan orang lain. Doa anak yang salih. _ (Riwayat Muslim) 

Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka 
bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh sedekahnya ketika hayat 
didunia. Ini pasti dapat mengelakan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. 
Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan 
memberatkan timbangan kebajikannya. Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, 
sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka

  
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   
   AMARAN :
   
  Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak 
atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga 
bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur 
Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan 
Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank  564306010030.
   
  Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada [EMAIL PROTECTED] atau 
telefon 019-2158 827 (24 jam) .

 

Kirim email ke