Dunia betul-betul dah terbalik. Orang kafir pula yang desak kerajaan jangan 
benarkan akhbar berbahasa Melayu (Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro dan 
Kosmo lah tu) siar iklan judi.

Mana pergi suara orang Melayu agar mendesak dimansuhkan iklan judi dalam akhbar 
Melayu terutama parti orang Melayu yang teramai di dunia iaitu UMNO dan NGO 
orang Melayu yang paling lantang di dunia iaitu PERKASA ?

************************* 
Mengenai cadangan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) supaya keputusan nombor ekor 
tidak disiarkan di dalam surat khabar berbahasa Melayu sebagai salah satu usaha 
membendung pembelian nombor ekor di kalangan orang Islam, Mohamad Sahfri 
berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada pihak media.

************************** 
JAIP Bendung Pembelian Nombor Ekor Oleh Orang Islam
22 April, 2010 15:17 PM

KUANTAN, 22 April (Bernama) -- Pelbagai usaha dilakukan Jabatan Agama Islam 
Pahang (JAIP) bagi membendung dan menghalang kegiatan pembelian nombor ekor 
oleh orang Islam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan dan Badan-badan Bukan 
Kerajaan Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata antara langkah yang dijalankan 
adalah operasi secara berterusan oleh bahagian penguatkuasaan JAIP terhadap 
premis-premis judi.

Beliau berkata Jaip juga membuat tangkapan dan seterusnya mendakwa individu 
yang terbabit ke Mahkamah Rendah Syariah.

"Setelah tangkapan dibuat, pihak penguatkuasaan akan mengadakan sesi kaunseling 
terhadap pesalah judi ini supaya tidak mengulangi perbuatan itu," katanya 
ketika menjawab soalan Syed Hamid Syed Mohamed (PAS-Semantan) pada Persidangan 
Dewan Undangan Negeri itu, di sini hari ini.

Mohamad Sahfri berkata selain itu, JAIP turut melakukan rondaan terhadap 
premis-premis judi bagi mencegah orang-orang Islam berkunjung ke tempat 
berkenaan.

Katanya pada masa akan datang, JAIP merancang menyediakan van bergerak yang 
akan berada di lokasi-lokasi menjadi tumpuan orang Islam membeli nombor ekor di 
mana beberapa orang pegawai penguatkuasa agama akan ditempatkan di dalam van 
berkenaan untuk tujuan pemantauan.

Mengenai cadangan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) supaya keputusan nombor ekor 
tidak disiarkan di dalam surat khabar berbahasa Melayu sebagai salah satu usaha 
membendung pembelian nombor ekor di kalangan orang Islam, Mohamad Sahfri 
berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada pihak media.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan 
Pengangkutan Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak berkata kerja-kerja penggantian 
paip di semua daerah di Negeri Pahang adalah satu program yang berterusan.

Katanya pelaksanaannya bergantung kepada keutamaan dan peruntukan yang 
diperlukan adalah tinggi.

"Oleh itu kita menggunakan kaedah lain seperti pengurusan tahunan untuk 
memastikan paip-paip lama masih boleh berfungsi dengan baik," katanya ketika 
menjawab soalan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (BN-Tahan) mengenai cadangan 
pihak kerajaan menaiktarafkan perbekalan air di Pahang.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=492573 




      

Kirim email ke