Kahwin utk lahirkan pejuang Palestin
Dilulus terbit pada Tuesday, January 27 @ 12:00:00 MYT oleh TokBatin 
 Oleh ustnik

"
Aida
al-Qaddumi, 22 tahun, anak Palestin berkahwin minggu ini selepas
beberapa minggu Gaza diserang tentera Yahudi. Tiada keraian, tiada
majlis resepsi, tiada tajaan astro untuk perkahwinannya.

"Saya kehilangan abang dan beberapa sepupu. Kebanyakan keluarga kehilangan 
anak," Katanya.

Perkahwinan
beliau adalah semata-mata untuk menambahkan bilangan 'pejuang' dan
hanya mahukan beliau mati sebagai seorang 'syahid' di Israel.

Tiga
minggu serangan maut Israel terhadap Semenanjung Gaza memaksa
perkahwinan beliau yang sepatutnya berlangsung 7 Januari lalu
ditangguhkan, tetapi tidak sedikitpun mengubah keinginan itu.
 Pengantin perempuan itu, sebaliknya tetap ke sebuah salun kecantikan
di daerah tengah bandar, Rimal untuk dandanan rambut dan solekan
sempena hari bersejarahnya Khamis lalu. 

Manakala, pengantin lelaki, Fadel al-Ghul, yang juga adik Menteri Kehakiman 
Hamas  menjemput beliau beberapa jam selepas itu. 

Kedua
mereka bersetuju sebagai menghormati kematian lebih 1,300 penduduk
Palestin di Gaza untuk tidak mengadakan sebarang acara keraian mengikut
tradisi mereka sempena perkahwinan kedua pasangan itu. 

Selain
angka kematian yang dahsyat itu, dewan perkahwinan yang sepatutnya
disewa untuk majlis keraian pula musnah akibat bedilan bom Israel. 

Di
salun, Aida ditemani rakannya yang bertudung litup dari kepada hingga
hujung kaki yang hanya duduk di satu sudut. Pengantin perempuan
mengenakan gaun labuh dihiasi labuci perak dengan wajahnya ditutup. 

Dengan suara perlahan, Aida menyatakan rasa gembira untuk berkahwin, tetapi 
sedih dengan kehancuran dan kematian yang berlaku. 
Kuarters
Shujaiya yang menjadi tempat tinggal beliau adalah kubu kuat Hamas yang
menjadi sasaran utama serangan tentera Israel. Berpuluh-puluh penduduk
kebanyakannya adalah orang awam terbunuh, manakala puluhan rumah
musnah. 

Mengikut adat tempatan, pasangan baru itu akan tinggal di rumah keluarga suami 
di daerah Nasser. 

"Ketika
serangan, beberapa bangunan di sekeliling kami dibom. Syukur kepada
Tuhan, rumah kami tidak kena bom. Kami tinggal dalam ketakutan setiap
hari," kata Aida. 

Ketika ditanya impian kehidupan beliau, Aida
hanya berkata: "Kehidupan saya di tangan Tuhan." Bagaimanapun setiap
kali menyebut Israel, wanita itu meninggikan suaranya. 

"Mereka
adalah pembohong. Tiada senjata di masjid atau sekolah, tetapi mereka
masih mengebom di sana. Mereka membunuh kanak-kanak. Seluruh dunia
melihat gambar, tetapi langsung tidak berbuat apa-apa," katanya. 

Israel mendakwa, pejuang Hamas bersembunyi di kalangan penduduk awam untuk 
melancarkan roket dan menyimpan senjata di masjid. 

Aida
berkata, anak beliau akan dibesarkan untuk menghormati Islam dan diajar
dengan cara berkenaan supaya dapat memasuki syurga dengan mudah. 

"Saya
mahukan anak saya menjadi pejuang di jalan Allah. Jika saya diberi
peluang, saya akan mati ketika satu operasi di Israel," katanya. 

Fadel,
35, tiba tidak lama selepas itu memakai sepasang sut gelap. Beliau
bekerja selama beberapa tahun dengan sebuah pertubuhan kebajikan utama
yang ditubuhkan oleh pengasas Hamas, Sheikh Ahmed Yassin pada 1970-an. 

Menentang
Israel adalah satu tugas, kata Fadel. "Kami tinggal di tanah kami,
tanah yang dipenuhi pejuang. Mereka mahu membunuh kami tetapi kami akan
bunuh mereka terlebih dulu. 

"Ketika operasi mereka akan
memusnahkan bangunan, masjid dan rumah tetapi mereka tidak akan dapat
memusnahkan kumpulan yang membawa penentangan. 

Komentar:

1. Tujuan perkahwinan yang cukup berbeza di antara penduduk Palestin dan 
penduduk Malysia.

2. Perkahwinan yang diberkati ialah yang murah dan mudah, bukannya penuh 
pembaziran yang digemari syaitan.

3. Wanita Palestin lahirkan pejuang. Wanita Melayu lahirkan anak luar nikah 
sahaja.

4.
Suasana sekeliling membentuk jiwa kental seorang wanita Palestin,
berbanding suasana mewah dan penuh hiburan di Malaysia membentuk jiwa
kantoi wanita Melayu.

5. Jihad di bumi Palestin tak akan padam sehingga Nabi Isa turun membunuh 
Dajjal (Yahudi menjadi pengikutnya paling ramai)

6. Ribuan yang dibunuh, ribuan pula akan lahir insyaAllah meneruskan jihad.

7. Cukup teruja ketika membaca artikel ini. Seakan membaca kisah para sahabat 
lampau di zaman Rasulullah saw."  
 

Kirim email ke