Isu pembuangan bayi banyak berpunca dari zina, sumbang mahram atau rogol. 
Melaka telah bertindak dengan tubuh sekolah untuk asingkan pelajar terhamil, 
kahwinkan remaja yang tak boleh kawal nafsu dan beri insentif perkahwinan. 
Kelantan menegaskan perlu dilaksanakan hukum hudud. Negeri lain macamana ? Kita 
perlukan tindakan, bukan setakat mengkritik apa yang negeri lain buat.

Negeri Sembilan pun dah mula bertindak, tapi bukan kerajaan. Hanya sebuah 
pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang terhad sumber kewangan dan tenaga 
manusia dan diterajui oleh seorang saudara baru atau mualaf.

Pertubuhan tersebut ialah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) yang 
beribu pejabat di Kuala Pilah. Kepada mereka yang hendak buang bayi sila 
hubungi YKSNS dengan Motto mereka JANGAN BUANG BAYI ANDA, BERIKAN KEPADA KAMI 

Untuk maklumat lanjut hubungi talian YKSNS di 06-4810092 Email: 
maa...@gmail.com 

Atau pada pautan berikut 
http://yksn9.blogspot.com/2010/08/jangan-buang-bayi-anda-berikan-kepada.html 

Friday, August 20, 2010
Jangan buang bayi anda, berikan kepada kami !

YKSNS memahami tekanan perasaan yang dialami oleh gadis-gadis remaja belasan 
tahun yang keterlanjuran disebabkan pergaulan bebas pada usia remaja lalu 
disebabkan kebuntuan dan untuk menutup malu mereka bertindak di luar batas 
kemanusiaan dengan cuba melakukan tindakan membuang anak ataupun bayi yang baru 
dilahirkan.

YKSNS boleh merasakan penderitaan dan tekanan yang dialami oleh remaja sehingga 
bertindak begitu. Kami boleh merasakan bagi tersiksa mereka menanggung malu 
sehingga sanggup dan tergamak melakukan perbuatan kejam membuang anak yang 
menurut pemikiran orang biasa sesuatu yang luar biasa dan tidak 
berperikemanusiaan. Tetapi pada masa yang sama tiada pula membuka dan 
menyediakan ruang taubat dan kembali ke pangkal jalan.

YKSNS ingin menyeru kepada remaja yang terperangkap dalam situasi seumpama ini 
agar kembali tenangkan diri dan yakin pada Allah swt adalah Tuhan Yang Maha 
Pengasih Lagi Penyayang. Bagi Allah swt walau sebanyak lautan buih dosa kita 
pun, bagi Tuhan Yang  Pemurah dan Lagi Penyayng tiada keberatan walau sebiji 
sawi untuk menerima taubat dan membersihkan dosa noda kita.

Remaja yang kebuntuan,

Kembali tenang, kuatkan semangat, rasakan cinta dan sayang Allah swt kepada 
makhluk manusia sebagai sebaik-baik ciptaan-Nya hubungilah kami. Kami mempunyai 
kemudahan penginapan dan pengalaman menguruskan isu seperti ini daripada 
penjagaan sewaktu mengandung sehinggalah bersalin dan kami juga bersedia untuk 
memikul amanah untuk membesarkan anak-anak yang tidak bersalah dan tidak 
berdosa itu jika tidak diperlukan. Ingat anak tersebut tidak minta dilahirkan 
begitu dan dibiarkan mati dalam tong sampah - pilu rasa hati apa bila melihat 
martabat manusia dipersiakan sehingga ke tong sampah.

Hubungi kami...
Kami bersedia membantu...
Kembalilah ke pangkal jalan...
Jangan terus bergelumang dengan dosa dan noda
Ingatlah pada Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




      

Kirim email ke