Allahuakhbar!!!



________________________________
From: "khau...@yahoo.com" <khau...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Fri, 2 April, 2010 7:37:52 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kaum India sentiasa menyokong PR Gombak






Gombak - PKM Dun Gombak Setia dengan kerjasama JKP Zon 11,   telah melakar 
sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan masyarakat India di Zon 11 di 
dalam satu majlis Ramah Mesra dan penerangan diadakan di Flat Tmn  Samudra 
baru-baru ini.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hassan B. Mohammed Ali Exco 
Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia. Turut Hadir bersama Pn. Khatifah 
Zamani Bt. Sulong Ahli Majlis  MPS Zon 11 dan Tn. N. Gopalan Krishnan a/l Rajoo 
Ahli Majlis MPS Zon 15.
Tn. N. Gopalan  turut menyampaikan ucapan menaikkan semangat kepada kaum India 
yang hadir.
N. Gopalan mengingatkan masyarakat India agar terus memberikan sokongan kepada 
Pakatan Rakyat bagi memastikan keadilan kepada semua rakyat termasuk kaum India 
dapat dibela .
Beliau yakin dengan sokongan padu dari semua lapisan masyarakat, Pakatan Rakyat 
akan  terus bertahan untuk memerintah negeri ini apabila pilihan raya PRU ke 13 
akan diadakan, dan DUN Gombak Setia  juga dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat.
Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong, Ahli Majlis MPS Zon 11 merangkap Timb. Ketua 
Muslimat PAS Kaw. Gombak mewakili pimpinan PAS Kawasan Gombak, mengucapkan 
syabas kepada masyarakat India kerana keyakinan mereka untuk bersama dengan PAS 
di dalam Pakatan Rakyat. Kita dapati sokongan rakyat disini sentiasa diberi 
dalam setiap program yang dianjurkan oleh JKP Zon 11, terima kasih atas segala 
sokongan padu  dan segala kerjasama diberikan.
“Semoga Kelab Penyokong PAS akan semakin bercambah di Gombak dan  ditubuhkan di 
Zon 11 juga”, ujarnya.
Menurutnya, Kelab Penyokong PAS di Sri Gombak telah berjaya membuktikan 
komitmen yang sangat tinggi sepanjang penubuhannya.
Beliau berharap dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS, hubungan 2 hala antara 
Ahli Majlis, Adun Gombak Setia bersama kaum india disini akan terus terjalin, 
katanya.
Sementara itu, Yb Dato’ Hassan yang telah menyempurnakan majlis perasmian 
tersebut telah memberi penerangan kepada kaum india yang hadir mengenai Hak 
Keistimewaan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada semua 
rakyat tidak mengira bangsa dan agama.
Beliau juga telah menyatakan bahawa, beliau telah diberi mandat oleh MB 
Selangor untuk mengadakan program Mikrokredit, yang akan dibangunkan Kerajaan 
Negeri dilihat mampu membantu golongan miskin samada dibandar mahupun pinggir 
bandar.
Yb Dato’ yang merupakan Jawatankuasa Khas yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa 
Tetap Hal Ehwal ISLAM, Adat -Adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Asas 
Negeri berkata, beliau yakin program ini bukan sekadar dapat membantu rakyat 
miskin dan berpendapatan rendah malah mengeluarkan golongan tersebut daripada 
kepompong kemiskinan.
Ujarnya lagi, insya-ALLAH beliau akan menjalankan tanggungjawab ini dengan 
sebaiknya termasuk mengadakan perjumpaan serta menysuarat dengan pihak 
berkenaan, Penasihat Ekonomi Menteri Besar  dan Anwar Ibrahim dalam memastikan 
program ini memberi impak positif kearah merealisasikan negeri berkebajikan.

Beliau juga menyatakan 10% keuntungan yang diperolehi pada masa akan datang 
akan disalurkan kepada golongan berkenaan bagi memastikan matlamat progam 
tersebut menepati mengatasi masalah kemiskinan.
Pihak Kerajaan Negeri, dan semua Exco tidak mengambil sebarang keuntungan untuk 
kepentingan diri sendiri, keluarga/kaum kerabat melainkan pada zaman UMNO dalam 
50thn memerintah segala keuntungan telah diberikan kepada kaum keluarga mereka. 
Ini yang amat mendukacitakan kita semua.
Selain daripada itu, YB Dato’ juga telah memberi keterangan kepada semua yang 
hadir mengenai kawasan perumahan Flat Samudra insya-ALLAH pihak beliau telah 
mengambil tindakan bersama Ahli Majlis MPS Zon 11, Exco Perumahan Pengurusan 
Pembangunan Bangunan dan Setinggan, Y. B Iskandar Abd Samad  dan akan 
dilaksanakan pada bulan Jun akan datang jika peruntukan diluluskan oleh 
Kerajaan Pusat.
Beliau berharap rakyat bersabar kerana peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan 
Pusat kepada Kerajaan Negeri adalah RM200 juta dalam pakej Ransangan Ekonomi 
M’sia untuk tujuan itu. Ianya tidak mengcukupi kerana terdapat projek-projek 
perumahan yang terbengkalai  hingga berlarutan lebih 20thn adalah antara 
angkara pemerintahan kerajaan Negeri dahulu (BN) menyebabkan rakyat terutamanya 
golongan berpendapatan rendah & sederhana amat teraniaya  dan ditindas dengan 
dibebani hutang pinjaman.
Masalah tersebut telah diatasi sedikit demi sedikit oleh Kerajaan PR Negeri 
Selangor.  Jika kita dapat selesaikan 30% daripada 144 projek  tersebut dalam 
penggal ini, ia satu pencapaian sangat baik.
Walaubagimanapun, YB Dato’ meminta agar rakyat dapat memberi kerjasama Kerajaan 
Negeri dengan  memberi tumpuan keselamatan kepada masyarakat terutamanya kaun 
ibu yang mengandung, anak-anak kecik untuk membaik pulih lif-lif yang telah 
rosak.
Pihak Kerajaan Negeri lebih bimbangkan  keselamatan kepada  ibu yang 
mengandung. Nyawa mereka  akan terancam jika kerosakan lif tidak dapat 
dipulihkan. Oleh yang demikian pihak kerajaan Negeri lebih memberi keutamaan 
kepada kemudahan asas yang lebih diperlukan. Walaupun kawasan disini tidak 
mempunyai lif kerana hanya mempunyai 5 tingkat sahaja tetapi kerajaan Negeri 
kena memberi tumpuan kepada kawasan perumahan pangsapuri yang mempunyai puluhan 
tingkat, ujarnya.
YB Dato’ juga telah membuka minda kepada kaum india yang hadir dalam majlis 
tersebut mengenai MES, keistimewaan diberi kepada Rakyat Selangor seperti 
pemotongan harga bekalan air yang rendah, bantuan IPT, Bantuan Khairat Kematian 
dengan memperolehi RM2500 kepada pewaris, dan berbagai kemudahan telah 
diberikan kepada rakyat selangor.
Segala usaha dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini akan diteruskan pada 
masa akan datang demi kebaikan penduduk negeri ini, katanya dalam ucapan majlis 
tersebut.
Penutup program YB Dato’ bersama saf  pimpinan JKP Zon 11 dan Ahli Majlis MPS 
Zon 11 telah meraikan rakyat dengan makan malam bersama kaum india tidak 
mengira peringkat umur.
Jelas kelihatan generasi muda juga begitu ramai yang hadir untuk bersama 
memeriahkan suasana tersebut. YB Dato’ telah menyatakan majlis ini adalah 
dengan mengotakan janji beliau  kepada rakyat setelah beliau memperolehi 
kemenangan dalam PRU 12 yang lalu.
YB Dato’ Hassan telah menyampaikan sumbangan Kerusi Roda kepada pesakit iaitu 
En. Salim Senit (73thn )yang telah uzur. Majlis lawatan tersebut diiringi oleh 
Ahli Majlis MPS Zon 11 bersama AJK JKP yang lain.
KOLEKSI FOTO
Editor : Khaulah Azwar


      

Kirim email ke