Yayasan
Pembangunan
Nur Hikmah berhasrat untuk membuka beberapa buah Pusat Jagaan Harian
Warga Emas disekitar Lembah Kelang dan bandar-bandar utama yang lain.

Pusat
jagaan ini dinamakan WARISAN KASEH yang berkonsepkan kelab eksklusif
yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Bertujuan menempatkan ibu bapa
warga emas yang memerlukan jagaan semasa anak-anak mereka pergi
bekerja. Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang. Butir-butir
lanjut mengenai WARISAN KASEH boleh dilihat dilaman web www.warisankaseh.com .

Bagi
merealisasikan WARISAN KASEH pihak yayasan menjemput anda yang berminat
untuk menjadi rakan kongsi untuk perbincangan lanjut.

Sila
emailkan hasrat dan cadangan anda kepada presi...@nurhikmah.org.my atau
hubungi Puan Shira 03-8733 2411 (waktu pejabat) untuk temujanji
perbincangan.



Rangkaian Kelab Eksklusif Warisan Kaseh
ini adalah pusat penjagaan dan persinggahan harian untuk warga emas.
Ditubuhkan oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah bertujuan menyediakan
tempat berehat dan berinteraksi kepada warga emas yang berusia 50 tahun
keatas. Kelab ini dibuka dari jam 7.00 pagi hingga jam 7.00 petang dari
Isnin hingga Jumaat. Lokasi kelab ini akan terletak dikawasan-kawasan
yang berhampiran pusat bandar bagi memudahkan penghantaran dan
pengambilan oleh ahli keluarga yang pergi dan pulang dari tempat kerja.


          Menyediakan kemudahan berehat dan
berekreasi disamping beberapa aktiviti yang bercorak sosial dan ilmiah.
Dikendalikan oleh kakitangan terlatih dan mempunyai pengalaman dalam
penjagaan warga emas. Kelab ini juga menyediakan perkhidmatan
fisioterapi dan rawatan dari doktor panel.

          Kepada
pelabur atau rakan kongsi yang berminat untuk membuka kelab ini secara
francais dijemput menghubungi pihak yayasan melalui email 
presi...@nurhikmah.org.my.





       -------------------------------------------------------  YAYASAN 
PEMBANGUNAN NUR HIKMAH  No. Pendaftaran : 646393-A          No. 16-3, Jalan 
Mesra Niaga,     Taman Mesra,     43000 Kajang,       Selangor Darul Ehsan.  
Telefon : 03-87332411
Fax       : 03-87332967   Laman web : www.nurhikmah.org.my  EMAIL  : 
presi...@nurhikmah.org.my      Yahoo 
Group: http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/


      
__________________________________________________________________________________________
Surf faster and smarter with Firefox 3! http://my.downloads.yahoo.com/firefox/

Kirim email ke