Kemiskinan sifar adalah satu perkara yang mustahil di
dunia ini. Kalau ada yang kaya , pasti ada yang
miskin. Itulah ketentuan Ilahi, agar insan kasih
mengasihi antara satu sama lain. Justeru itu semangat
membantu mereka yang memerlukan harus diteruskan bukan
hanya di bulan Ramadhan , malah hendaklah
diperhebatkan sehinggalah Ramadhan yang akan datang.
Yang pasti ramai mereka yang memerlukan, kalau kita
mencari mereka, mereka yang susah pasti ada.  Mungkin
jiran kita, mungkin saudara kita, mungkin orang
kampung kita, mungkin rakan sekerja kita.

Kalau kita tak mampu untuk membantu dari segi wang
ringgit. Kita kumpulkan maklumat mereka ini dan kita
salurkan kepada mereka yang bertanggungjawab, Jabatan
Kebajikan, Baitul Mal, wakil rakyat, Jawatankuasa
Masjid dan Surau, Bersama Mu TV3 serta orang ramai
yang sudi membantu.

Dilampirkan borang untuk memudahkan usaha kita untuk
membantu mereka yang memerlukan, keluarga fakir
miskin, keluarga daif. Jangan biarkan mereka makan
nasi berlaukkan air dan garam. Jangan biarkan mereka
makan nasi hanya seminggu sekali. Jangan biarkan
anak-anak mereka tidak ke sekolah. Bantulah mereka
dengan apa cara sekali pun.

Berikut adalah saluran bantuan yang boleh kita
usahakan untuk dibuat permohonan bantuan bagi pihak
mereka. Mereka yang daif tak mampu hendak menaip
surat, mengisi borang, memanjat tangga jabatan-jabatan
kerajaan untuk mendapatkan bantuan.

Kemiskinan Sifar Adalah Mustahil, Tetapi Tidak
Mustahil Untuk Membantu Setiap Orang dan Setiap
Keluarga Yang Memerlukan

Menteri Besar NS http://www.ns.gov.my/emel/mbns.pdf 
EXCO N.Sembilan http://www.ns.gov.my/emel/exco.pdf 
Unit Pengaduan Awam NS
http://www.ns.gov.my/emel/aduan.pdf 
Jabatan Kebajikan Masyarakat NS
http://www.ns.gov.my/emel/kebajikan.pdf 
Majlis Agama Islam NS
http://www.ns.gov.my/emel/mains.pdf 
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS
http://www.ns.gov.my/emel/islam.pdf 
Jabatan Mufti Kerajaan NS
http://www.ns.gov.my/emel/mufti.pdf 

Alamat, no tel dan faks Jabatan-Jabatan Kerajaan
Negeri Sembilan
http://www.ns.gov.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=181&Itemid=182


Harap negeri lain di Malaysia ini mengambil inisiatif
yang serupa.





     
  Blog Rozmal http://waghih.blogspot.com
    
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
  Pusat Pendidikan Al-Irshad http://alirshadns.blogspot.com
  Kelab Motor NS http://nsarc.blogspot.com 





       
____________________________________________________________________________________
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! Play Monopoly Here and Now (it's updated for 
today's economy) at Yahoo! Games.
http://get.games.yahoo.com/proddesc?gamekey=monopolyherenow  

Attachment: Borang Maklumat Rakyat Susah.xls
Description: 1245665144-Borang Maklumat Rakyat Susah.xls

Kirim email ke