Oleh kerana nak kaya cepat halal dan haram sudah tidak menjadi perhitungan. 
Atas dasar pembangunan dan bagi ? menjana ekonomi ummah agaknya maka labor 
dalam kilang arak pun dikira tidak menjadi kesalahan apa-apa. Agama saja yang 
tidak membolehkan tapi pemerintah tak kata apa, maknanya oklah BOLEH LAH !! 
Berapa banyakkah kilang arak di negara kita yang "halal" kerana berlesen dan 
berapa pula yang "haram" kerana tidak diberi lesen ?? Tanpa diberi lesen 
pastinya kilang arak tidak dapat beroperasi secara "halal" maka apabila dasar 
tidak betul dari awal maka semua yang lain turut berkait-kaitlah. Yang beri 
lesen adalah kerajaan. Yang kuasai kerajaan ialah UMNO/BN. Yang pilih UMNO/BN 
ialah rakyat yang mengundi UMNO/BN dalam pilihanraya termasuk orang Islam. 
 
    Apabila Islam menghalang satu-satu maksiat maka Islam halang semua yang 
berkait dengan nya sebagai berbuat dosa lebih-lebih lagi berkaitan arak yang 
dikategorikan sebagai dosa besar. Yang berdosa termasuklah pihak yang beri 
lesen bukan saja tentang arak tapi dalam apa-apa juga yang diharamkan (seperti 
pergaulan bebas lelaki perempuan yang mungkin membawa kepada perzinaan atau 
pendedahan aurat wanita kepada lelaki bukan mahram sama ada di premis yang 
perlukan lesen atau pun tidak). Apabila dikaitkan dengan lesen yang dikawal 
oleh kerajaan,  maka yang mengundi dan pilih kerajaan yang bertanggungjawab 
memberi lesen pun dikira ? turut juga berdosa. Arak dan judi memang 
mendatangkan mudarat. Bukan Islam pun akui dan kita selalu dengar kes 
kemalangan jalan raya berpunca daripada pemandu mabuk kerana minum minuman 
keras/arak. Eloklah jika kilang arak yang besar-besar tidak dibenarkan dan yang 
kecil-kecil dikurangkan disamping usaha berterusan
 dilakukan bagi mengurangkan jumlah mereka yang mengambil minuman keras 
!! Harap nama-nama yang disebut menjadi Ahli Lembaa Pengarah itu adalah cerita 
lama, bukan yang terkini !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Tue, 4/14/09, id...@yahoo.com <id...@yahoo.com> wrote:

From: id...@yahoo.com <id...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kerabat diraja & tokoh korporat Islam - 
Ahli Lembaga Pengarah CARLSBERG
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, April 14, 2009, 9:39 AM











Tuesday, April 14, 2009

Eksklusif: Kontroversi, Kerabat DiRaja Dan Tokoh Korporat Malaysia Terlibat 
Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Arak Terbesar Iaitu Carlsberg !


 Sama ada disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak sengaja atau memang 
sudah tidak dapat dielakkan lagi, ternyata berita ini amat memalukan dan tidak 
wajar berlaku di negara kita yang kononnya sebuah negara Islam. Ia berikutan 
terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara 
dan kerabat diraja menjadi ahli lembaga Pengarah sebuah kilang arak terbesar di 
Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang 
dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manakala tokoh 
korporat berkenaan pula ialah Jen.(B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ 
Mohd. Seth (Bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia) dan Tan Sri Datuk Asmat 
bin Kamaludin (Tokoh Korporat dan Pengarah Scomi Berhad). Tambah mengejutkan 
bila nama Y.A.M Tunku Naquiyuddin juga termasuk dalam senarai tiga orang 
senarai mereka yang akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri 
Sembilan yang baru sebelum ini. Mujurlah yang
 terpilih akhirnya adalah Duli Tuanku Mukhriz sebagai Raja dan Yang Di Pertuan 
Besar Negeri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini. Jikalah 
tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di 
Pertuan Besar, maka silap haribulan negara kita Malaysia ini kelak akan 
mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong yang juga "Tauke Kilang Arak". Sebagai 
bukti berkenaan dengan perkara ini sila klik sini untuk mengenali Pengarah 
pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad atau klik sini untuk 
laporan eksklusif oleh Reuter.



Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali
(kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan)

 
















      

Reply via email to