Assalamu'alaikum..."Polis cari kesan Anwar di lokap"...ni tajuk berita dalam webblog Malaysiakini hari ni...isu ni dah lama dah aku ulas dulu dalam artikel aku bertajuk "PDRM Dah Dapat DNA DSAI & Lojika Liwat 2..." memang lojik apa yang Sivarasa cakap tu tapi ada 1 part yang aku tak setuju dengan Sivarasa ni.Antara kenyataan Sivarasa : "secara saintifiknya sampel itu tidak boleh dipakai". "Kita boleh buat spekulasi. Apa tujuannya (ambil rambut, bulu dan sel kulit)? Kenapa mahu ambil sampel dari simen. Apa relevannya? "Mungkin dia (polis) akan cuba ambil sampel DNA dengan cara ini. Tetapi ini akan dibantah dalam mahkamah, jika digunakan. "Bagaimana kamu boleh ambil sampel macam ini... sebab (dalam) lokap itu, kita tahu, ini fakta, hari sebelumnya memang dipenuhi tahanan lain. "Jadi, secara saintifik, sampel yang diambil tidak boleh dipakai (kerana mungkin bercampur dengan sampel lain),"Lojik yang kita kena fikir dari sudut pengetahuan sains..."secara saintifiknya sampel itu tidak boleh dipakai" huraian dari saya - kenyataan Sivarasa 100% tidak benar...kenyataannya ialah, sample tersebut BOLEH DIPAKAI untuk apa-apa tujuan baik untuk pengesahan DNA id atau sebagai bahan bukti.asas saya ialah DNA Anwar tetap DNA anwar & sekiranya keputusan id dibawa kemahkamah ianya tetap mengesahkan bahawa DNA itu milik Anwar kerana id DNA tak mungkin berubah dalam apa keadaan sekalipun."Kita boleh buat spekulasi. Apa tujuannya (ambil rambut, bulu dan sel kulit)? Kenapa mahu ambil sampel dari simen. Apa relevannya? huraian dari saya - relevannya, walau dari celah manapun DNA tersebut diambil ianya tetap milik Anwar Ibrahim & pihak polis tentunya dapat mengesahkan id DNA tersebut melalui perbandingan sample DNA yang sedia ada dalam simpanan PDRM & pihak Hospital yang telah diambil terdahulu pada tahun 1998-99.Tujuan diambil DNA tersebut bagi saya bukanlah bertujuan untuk membandingkannya dengan yang didapati dari tempat kejadian, tetapi lebih kepada menempatkannya ke tempat kejadian & bakal-bakal bahan bukti.itu keperluan yang saya nampak dipihak PDRM.DNA yang diperlukan bukan untuk dibuat perbandingan dengan yang sedia ada, tetapi UNTUK DIJADIKAN BAHAN BUKTI ( dengan meletakkannya pada bakal-bakal bahan bukti & temat kejadian yang direka )."Mungkin dia (polis) akan cuba ambil sampel DNA dengan cara ini. Tetapi ini akan dibantah dalam mahkamah, jika digunakan. huraian dari saya - adakah kita dapat sahkan dalam mahkamah sample DNA tersebut diambil dari mana?adakah kita berfikir pihak PDRM akan mendedahkan DNA tersebut diambil dari mana? saya katakan bahawa didalam mahkamah nanti pihak PDRM akan mengatakan bahawa sample DNA tersebut diambil dari tempat kejadian & 100% saya katakan bahawa pihak PDRM akan menafikan bahawa sample DNA tersebut diambil dari dalam sel tempat Anwar ditahan.yang ini saya amat-amat yakin...sejarah telah mengajar kita bahawa mereka akan melakukan apa sahaja untuk mensabitkan jenayah tersebut keatas Anwar."Bagaimana kamu boleh ambil sampel macam ini... sebab (dalam) lokap itu, kita tahu, ini fakta, hari sebelumnya memang dipenuhi tahanan lain. "Jadi, secara saintifik, sampel yang diambil tidak boleh dipakai (kerana mungkin bercampur dengan sampel lain)," huraian saya - dalam hal ini rasanya pihak peguam Anwar yang diwakili oleh Sivarasa WAJIB merujuk kepada pakar sains kerana sepengetahuan saya, DNA boleh dihilangkan dengan mudah iaitu hanya dengan menggunakan "clorox" sahaja.ini adalah fakta yang sebenarnya.Fikirkan perkara ini sedalam-dalamnya.memang benar kita menerima kenyataan bahawa hari sebelumnya lokap yang digunakan untuk menahan Anwar dipenuhi dengan tahanan-tahanan yang lain & apa yang perlu kita lihat ialah - apa perlunya mengosongkan sebuah sel yang sebelumnya penuh semata-mata untuk mengisi seorang "suspek" yang tidak merbahaya???Saya katakan begini - sebelum Anwar ditahan didalam sel tersebut, pihak PDRM telah melakukan pembersihan terhadap sel tersebut dengan mengosongkan sel & mencuci sel tersebut dengan clorox ( untuk menghilangkan DNA tahan-tahan sebelumnya ) & hasilnya tersedia 1 sel yang bersih dari DNA individu lain.Selepas "pembersihan" dilakukan, pihak polis pun menempatkan Anwar didalam sel tersebut ( walaupun belum disabitkan dengan kes ) & saya katakan tujuannya ialah untuk mendapatkan sample DNA Anwar tanpa perlu bersusah payah.hal ini telah saya terangkan didalam artikel saya sebelum ini "PDRM Dah Dapat DNA DSAI & Lojika Liwat 2..."Jika apa yang saya huraikan diatas benar-benar berlaku, kita andaikan bahawa perancangan mereka untuk melibatkan Anwar dalam kes ini hampir berjaya cuma 1 sahaja yang masih menghalang mereka untuk melengkapkan kes ini - jadual pergerakan Anwar.Sekiranya ada mulut-mulut atau mana-mana individu membocorkan maklumat ini, maka lengkaplah konspirasi liwat 2 & peluang Anwar untuk ke Penjara Sungai Buloh memang terbentang luas.Dipihak Anwar - perlu ada persediaan rapi untuk menggagalkan rancangan jahat ini.apa cara sekalipun kita telah belajar dalam kes liwat 1 dimana mereka akan cuba sedaya upaya untuk mencipta kes walaupun nampak tidak lojik.jangan sampai kita terperangkap akibat kelalaian kita sendiri.
-- Posted By Topengperak_Xinwugi to Perisik Rakyat at 7/26/2008 02:24:00 AM