Kuliah maghrib Presiden PAS di Taman Melewar, 18 November ini             
                                    Harakahdaily      
         Fri | Nov 16, 07 |  5:12:25 pm MYT                          KUALA 
LUMPUR, 16 Nov (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang 
akan menyampaikan kuliah maghrib beliau di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman 
Melewar, 18 November (Ahad) ini.

 -->
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


-->
Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Markaz, Ustaz Idris Ahmad memberitahu, Ustaz 
Hadi akan mengupas 'Kitab Maalim Fittariq atau Petunjuk Sepanjang Jalan' 
karangan as-Syahid Syed Qutb.

 
Idris memberitahu, di samping itu, pihaknya turut memakmurkan Markaz Tarbiyyah 
PAS Pusat dengan pengisian kuliah-kuliah dan ceramah setiap hari.

 
 "Muslimin muslimat yang dahagakan ilmu pengetahuan, dijemput hadir 
beramai-ramai," ujarnya. - mr
*****.*.*****
      Klinik Ibadah untuk anak-anak di musim cuti sekolah                       
               
           Harakahdaily      
         Fri | Nov 16, 07 | 11:00:01 am MYT                          TEMERLOH, 
16 Nov (Hrkh) - Ibu bapa yang berhasrat untuk memastikan cuti sekolah anak-anak 
dipenuhkan dengan program yang membentuk keperibadian Islam dipelawa menghantar 
anak-anak menyertai klinik ibadah kata Ustazah Azizah Khatib Mat

 -->
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


-->
Beliau yang juga Pengetua Maahad Tarbiyyah Darul Hijrah al Islamiyyah berkata, 
pihaknya menganjurkan Klinik Ibadah, terbuka kepada anak-anak berusia antara 9 
hingga 17 tahun, sama ada lelaki atau perempuan.

 
"Kami menawarkan bayaran yang amat murah iaitu hanya RM200 sahaja untuk program 
hampir sebulan iaitu dari 19 November hingga 15 Disember 2007," ujarnya.

 
Menurut beliau, antara pengisian yang akan diberikan oleh tenaga pengajar yang 
berpengalaman, ialag tata cara ibadah yang sempurna, bahasa Arab dan termasuk 
ilmu-ilmu fardu ain untuk anak-anak terbabit.

 
Sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan anak-anak mereka di Maahad yang 
terletak di 
Batu 18, Kampung Paya Pasir, 
Jalan Temerloh, Chenor atau 
menghubungi 019-9119900 atau 016-6429815. - mr--> 

    Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.



Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/

Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better pen pal. Text or chat with friends inside Yahoo! Mail. See how.

Reply via email to