Oleh kerana kita masih dalam cuti sekolah ni yang orang buat kenduri kahwin, 
kita ceritalah bab kahwin sikit. Kebetulan pula, esok saya akan menyaksikan 
perkahwinan adik saya sendiri. Menjadi saksi berbayar atau tidak itu saya tidak 
pasti. Dulu, semasa adik seorang lagi kahwin memang saya jadi saksi juga, 
tetapi tak sangka dapat RM10 selepas hanya mengatakan "Sah" dan menganggukkan 
kepala.

Semalam, saya terbaca satu email hangat dan gempak yang dipostkan oleh Ustaz 
Zaharuddin dalam website beliau bertajuk "Bahaya Nafsu Lelaki dan Seks". 
Selepas membacanya, saya sebagai seorang lelaki biasa dan normal langsung tidak 
berasa hairan dengan apa yang diluahkan oleh si pengirim email tersebut. 
Hakikat dan realitinya begitulah luahan perasaan boleh saya katakan semua 
lelaki di dunia ini. Tidak kira dia itu ulama muda, ustaz muda, tok guru muda, 
profesional muda ataupun lelaki yang tidak layak digelarkan dengan 'muda' pun 
sama sahaja sebenarnya. Memang hanya lelaki yang kenal lelaki dan hanya lelaki 
yang faham lelaki.

Tetapi, dalam keadaan kita orang lelaki ni sudah bersifat sedemikian dijadikan 
oleh Allah secara fitrahnya, orang kita masih lagi tak faham-faham lagi pasal 
nak mempermudahkan jalan perkahwinan bagi orang lelaki. Dalam keadaan dan 
suasana yang terlalu merangsang dan menggoda untuk melakukan maksiat, kita 
masih lagi kuat berpegang teguh kepada adat resam yang membebankan berbanding 
berpegang teguh dengan syariat Islam yang lebih mudah untuk diamalkan.

Beberapa minggu yang lepas, saya sempat bersembang pasal susah kahwin ni dengan 
adik saya yang juga seorang lelaki. Saya memahami isi hati dan perasaan dia. 
Sebabnya, saya pun pernah melaluinya. Kalau belum kahwin pun boleh faham, sebab 
kita sama-sama lelaki. Kaum wanita kena faham betapa bertanggungjawabnya 
seorang lelaki bila dia memerah otak, pening kepala, sakit kepala nak cari duit 
untuk dikumpulkan untuk kahwin semata-mata kerana Allah supaya terhindar dari 
melakukan maksiat.

Ada yang sampai pinjam dengan bank untuk kahwin. Tidakkah lucu begitu? Kalau 
ikutkan perbelanjaan kahwin yang paling asas sepertimana yang disebut oleh Nabi 
dan diamalkan oleh para sahabat, tak payah sampai ke tahap berhutang dan pinjam 
pun! Kalau kumpul duit gaji setahun kerja pun dah cukup belanja kahwin. Tetapi, 
hakikat dan realitinya tidak begitu. Orang lelaki sekarang kena tunggu kerja 
dan kumpul duit sampai 5 tahun baru cukup untuk belanja kahwin. Maksud saya di 
sini ialah siap ada rumah dan kereta untuk digunakan selepas kahwin nanti.

Sebab itu saya kata kat adik saya, bahawa nak beli kereta jauh lebih mudah dari 
kahwin. Kalau nak beli kereta, tak payah deposit pun takpe. Kalau nak kahwin, 
'deposit' paling kurang RM5000, wajib on the spot, tak boleh buat ansuran 
bulanan. Yang boleh dibayar on the spot cuma satu je, mas kahwin RM80.80 tunai. 
Padahal dalam Islam, mas kahwin pun boleh dibayar secara hutang. Tetapi, orang 
kita tak bagi hantar-hantar secara hutang.

Padahal kahwin itu keperluan asas, manakala beli kereta itu keperluan tambahan 
sahaja.

Pihak perempuan belanja lebih?
Dalam pada itu, sempena musim perkahwinan ini, seharian saya belek-belek 
internet dan kitab yang membicarakan tentang nilai mas kahwin dan wang hantaran 
yang tinggi. Baca suratkhabar Metro hari ni pun ada juga pasal rakyat Mesir 
mula memudahkan perkahwinan dengan mengurangkan perbelanjaan kahwin yang 
bukan-bukan. Apa kurangnya dengan masyarakat Melayu kita? Masih lagi dengan 
adat-adat yang bukan-bukan, yang membebankan, yang menyusahkan dan memayahkan.

Saya tertarik komen dan pandangan yang disebutkan oleh Dr Muhammad Uqlah dalam 
kitabnya "Nizom Al-Usrah fil Islam" (Undang-undang Keluarga dalam Islam) 
terhadap perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh pihak perempuan padahal 
dalam Islam mereka tidak perlu keluar sesen pun! Dalam Islam, yang wajib 
membayar mas kahwin ialah lelaki iaitu si suami. Kalau nak bagi lebih yang 
dinamakan sebagai wang hantaran atau hadiah apa-apa ke kepada si isteri itu 
sangatlah baik.

Tetapi, yang menjadi masalah dalam masyarakat kita ini ialah apabila pihak 
lelaki menghantar 7 dulang, pihak perempuan pulak kena balas 9 dulang. Apakah 
dunia sudah terbalik atau nak kiamat agaknya? Apabila timbul isu pendapatan 
atau gaji isteri lebih banyak dari suami sibuklah dan hebohlah masyarakat kita 
satu Malaya. Tetapi, dalam adat resam dan adat istiadat perkahwinan Melayu kita 
yang sudah lama berzaman ini kita tak nampak pulak ye?

Cuba bayangkan satu keluarga miskin yang ada ramai anak perempuan. Tak kesian 
ke kepada si ketua keluarga itu? Itu belum campur dengan dulang berisi hantaran 
pertunangan lagi. Belum lagi perbelanjaan kenduri. Itulah sebabnya saya fikir 
pihak perempuan kena belanja lebih dari pihak lelaki kalau nak kahwin. Padahal 
sepatutnya suami lah yang belanja lebih daripada isteri.

Adat lebih dari agama
Begitulah apabila kita selalu melebihkan adat dari agama. Kita sanggup 
mempertahankan habis-habisan adat kita yang tidak wajib dipertahankan itu. 
Kalau tak buat macam tu nanti apa pulak orang lain kata kan? Kalau bab 
melanggar dan meninggalkan adat, kita takut dengan apa orang lain kata. Tetapi, 
kalau bab melanggar dan meninggalkan suruhan agama, kita langsung tidak rasa 
apa-apa. Harap anda faham apa yang saya maksudkan. Dalam kenduri kahwin 
masyarakat kita, masih lagi banyak perkara yang tidak menepati syariat Allah. 
Termasuk jugalah kenduri kahwin yang 'diwalikan' oleh ulama besar dan pendakwah 
glamor pun tak terkecuali.

Dalam hal ini, saya tabik spring dan sangat respek kepada ulama dan tok guru 
serta orang Islam lain yang faham Islam, yang telah memberikan contoh terbaik 
dalam amalan pertunangan dan perkahwinan dengan mengutamakan ajaran agama Islam 
yang mudah lebih dari adat yang menyusahkan. Mereka bukan setakat kuat 
berceramah dalam perkara besar supaya ditegakkan hukum Allah di muka bumi ini, 
tetapi mereka telah membuktikannya terlebih dahulu dengan menegakkan hukum 
Allah dalam diri dan keluarga mereka sendiri dalam perkara-perkara yang lebih 
kecil.

Mungkin dalam 20 tahun lagi tiba pula giliran saya. Saya akan mempermudahkan 
perkahwinan anak perempuan saya dan bakal menantu saya. Ada yang dah nak cop 
dulu ke?

www.mendidik.blogspot.com


 
____________________________________________________________________________________
The fish are biting. 
Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing.
http://searchmarketing.yahoo.com/arp/sponsoredsearch_v2.php


Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine** 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/   
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke