Lebih 20 ribu hadir warnai rumah terbuka PAS                              
                   Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Salleh      
         Sun | Oct 28, 07 |  7:47:03 pm MYT                        KUALA 
LUMPUR, 28 Okt (Hrkh) - Pelbagai lapisan masyarakat, yang bukan sahaja terdiri 
daripada pemimpin, ahli dan penyokong PAS, malah turut diserikan dengan 
pemerhati asing serta wakil-wakil NGO telah hadir dalam majlis rumah terbuka 
PAS yang diadakan petang tadi. 
-->
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet
Radio Service) anda.

-->
 Lebih 20 ribu orang yang turut diserikan daripada kalangan pelbagai bangsa 
turut hadir ke Rumah  Terbuka PAS Pusat yang bertempat di Markas Tarbiyah PAS, 
Taman Melewar,  Gombak itu.

 
 Majlis yang diadakan secara tahunan ini adalah bertujuan untuk  merapatkan 
silaturrahim antara pimpinan, penggerak, ahli serta penyokong PAS  dalam 
kehangatan Syawal yang masih ada.

 
 Namun, apa yang menarik dalam rumah terbuka pada kali ini adalah  kehadiran 
yang menggalakkan daripada kalangan generasi muda yang terdiri  daripada 
pelbagai latar belakang.

 
 Kebiasaannya, golongan muda yang memeriahkan majlis Aidilfitri PAS  adalah 
terdiri daripada kalangan mereka yang berkopiah, beserban dan  bertudung litup.

 
 Walau bagaimanapun keadaan tersebut berbeza pada kali ini, bila mana ia  turut 
dihadiri oleh kalangan wanita yang berpakaian agak mendedahkan,  remaja lelaki 
yang mengenakan jeans serta berambut panjang, tidak kurang  juga kalangan 
profesional muda serta golongan pelajar.

 
 "Bukan sahaja di majlis ini, kerana mereka ini sudah mula turut serta  dalam 
majlis dan program anjuran PAS," demikian ulasan Presiden PAS,  Tuan Guru Dato' 
Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui selepas majlis ramah  mesra bersama tetamu 
yang hadir.

 
 Menurut beliau, selain ia merupakan petunjuk kepada angin perubahan  yang 
bakal melanda pilihanraya umum tidak lama lagi, ia juga menjadi suatu  harapan 
kepada survival perjuangan parti Islam itu sendiri.

 
 Sementara itu, Setiausaha Muslimat PAS, Aiman Athirah berkata apa yang  
berlaku menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS anti golongan  muda.

 
 "Ini membuktikan bahawa PAS kini sedang menjalani proses transformasi,  dan 
dakwaan musuh-musuh yang menyatakan PAS anti golongan muda sudah  tidak relevan 
lagi yang bermakna generasi muda hari ini lebih celik serta  peka kepada 
perkembangan politik semasa," ujarnya.

 
 Tambahnya, sebelum ini agak sukar untuk menyaksikan wajah-wajah mereka  dalam 
program PAS, mungkin disebabkan oleh rasa malu dan segan tetapi  kini ia sudah 
tidak berlaku lagi.

 
 Kalangan pimpinan Barisan Alternatif lain yang turut hadir, terdiri  daripada 
Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Nor; ketua Penerangan KeADILan, Tian  Chua; 
Sivarasah Kandiah; Latheefa Koya; Koordinator Suara Rakyat  Malaysia, 
Arutchelvan; wakil Macma, Saifudin Nasution; Setiausaha KeADILan,  Tan Sri 
Khalid Ibrahim; Mustafa Kamil Ayub; Gobalakrishnan; Ronnie Liu  serta beberapa 
ahli jawatankuasa Gabungan menuntut Pilihanraya bersih dan  Adil (Bersih) serta 
pelbagai lapisan pimpinan PAS di semua cawangan, kawasan dan negeri.

 
 Kelihatan juga beberapa wakil media dan bloggers yang turut serta  memeriahkan 
majlis tersebut di samping menggunakan kesempatan untuk menemu  bual pimpinan 
PAS mengenai isu-isu semasa.

 
Majlis yang dijadualkan bermula jam 2 petang menerima kehadiran tetamu  seawal 
1 tengahari dengan sambutan pada kali ini yang disifatkan lebih  baik daripada 
penganjurannya pada tahun lalu.

 
 Juadah yang disediakan iaitu Nasi Dagang Terengganu dan Kelantan, Sate,  Bihun 
Goreng, Mee Goreng, Lemang, Rendang, Nasi Impit, Aiskrim,  Murtabak, kuih raya 
dan tapai serta tiga perisa minuman telah menarik orang  ramai yang hadir 
sehingga ia terpaksa ditambah menjelang jam 3 petang.

 
 Dalam majlis yang sama, terdapat beberapa gerai dibuka iaitu gerai buku  
Harakah, Gerakan Mansuhkan ISA, sekretariat Bersih, dan yang paling  mendapat 
sambutan ialah gerai Celcom.

 
 Meskipun majlis telah bersurai dan pihak penggerai sedang mengemaskan  barang 
mereka, orang ramai masih lagi berpusu-pusu untuk mendapatkan  telefon percuma 
selepas mendaftarkan diri menukar pelan panggilan Celcom  yang ditawarkan.

 
 Begitu juga dengan gerai sekretariat Bersih yang sedang giat  menjalankan 
kempen mobilasi rakyat sempena Perhimpunan Rakyat yang akan diadakan  pada 10 
November akan datang di Dataran Merdeka. Kaunter yang dibuka  turut menjual 
kemeja-T dan 'head band' berwarna kuning untuk edaran  kepada orang ramai.

 
 Kemeja-T yang berharga RM13 habis dijual sehingga menyebabkan pihak  
sekretariat terpaksa mengambil tempahan bagi pelanggan yang berminat  untuk 
mendapatkannya bagi menghadiri perhimpunan tersebut.

 
  Sementara itu, tetamu dan orang ramai yang hadir juga tidak melepaskan 
peluang untuk  bersalaman dengan barisan kepimpinan PAS yang diketuai oleh 
Presiden dan  Timbalan Musryidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. Ada juga yang 
tidak  melepaskan peluang untuk merakamkan foto kenangan berhari raya bersama  
pimpinan PAS.

 
 Tua dan muda daripada pelbagai lapisan bangsa, budaya, dan agama daripada  
pelbagai pelosok negeri berpakaian indah ke majlis tersebut yang  diadakan 
sekali setahun oleh PAS.

 
 Majlis turut diserikan dengan alunan irama nasyid Aidilfitri yang  
dikendalikan oleh Haji Roslan Mohd Shahir yang bertindak sebagai juruacara  
majlis. Beliau juga berkesempatan untuk berbual mesra dengan beberapa  pimpinan 
dan tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

 
 Selain itu, majlis ini juga disiarkan secara langsung menerusi webtv iaitu  
www.tvpas.com merangkumi temubual bersama pimpinan PAS serta temuramah dengan  
tetamu yang hadir.

 
 Dalam pada itu, dewan makan yang disediakan penuh sesak dengan tetamu lelaki 
telah  ditempatkan di Dewan Fadzil Noor, manakala wanita di pekarangan tempat 
letak  kereta markas tersebut.

 
 Aishah Man, 65, yang berkerusi roda adalah antara ribuan yang tidak  
ketinggalan untuk menyertai majlis tahunan PAS yang diadakan meskipun  beliau 
uzur.

 
  Program tahunan yang diselenggarakan oleh jawatankuasa sambutan  Aidilfitri 
PAS Pusat yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Agung PAS, Unit  Amal, Skuad 
Serikandi Muslimat, petugas Nisa', Pemuda PAS Selayang  serta Unit Amal Gombak 
disifatkan berjalan dengan lancar dan meriah.

 
 Pada akhir program tersebut, kelihatan jawatankuasa sedang giat  menjalankan 
usaha-usaha pembersihan dan mengemaskan kembali kawasan jamuan. - mks. 
-->
Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari seluruh dunia. 
Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini-->Ringankan tanngan dan hulurkan bantuan anda. 
Menderma dan bantulah mereka yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah 
di Akaun (Maybank) 564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.

 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke