Tuesday, April 15, 2008    Kenapa perlu Bagitahu Famili Nak Peluk Islam?   
      Assalamualaikum WBT.
  
  Pak Lah membuat menyatakan bahawa mereka yang mahu memeluk agama Islam perlu 
mengisi borang yang menyatakan bahawa si pemeluk Islam ini telah memberitahu 
keluarganya tentang pengIslaman mereka.
  

  
  
  Kita tinggalkan sebentar apa tujuan Pak Lah membuat kenyataan bodoh sebegini 
rupa. Ini baru cadangan Pak Lah, kita nak tengok pemimpin-pemimpin Islam dan 
Melayu kita ini bertindak. Tidak kiralah mereka dari PAS, PKR atau UMNO. Jangan 
sudah dapat kuasa, agama digadai, nak jaga hati orang kafir, biar orang Islam 
dipijak-pijak.
  

  
  
  Ok berbalik kepada kes tadi. Alasan Pak Lah untuk mengelakkan masalah berlaku 
apabila kematian si mati. Maka bagi aku, sebelum berfikir tentang masalah 
apabila mualaf ini mati, maka lebih elok mencari jalan untuk menyelesaikan 
masalah mereka yang masih hidup.
  

  
  
  Kalau kita lihat masalah kepada mualaf-mualaf ini bermula sejak mereka hidup 
lagi, bukan bila dah mati baru timbul masalah. Seorang kawan aku, dia pernah 
join kem solat di Institut al-Qayyim, dia cerita kat aku macam mana susah gila 
bila nak peluk Islam. Nak dapatkan sijil keIslaman kena ujian fardhu ain. 
Hinggakan dia terpaksa bergaduh dengan orang yang menguruskan. Ini adalah 
masalah ketika hidup yang masih wujud, kenapa isu ini tidak mahu ditangani. 
Apakah ada yang buta, masakan tidak bila ditanya tentang arak di dalam kapal 
terbang pun boleh dijawab tak tahu tentang kewujudan arak itu.
  

  
  
  Itu masalah yang timbul daripada kerenah orang yang nak uruskan pengIslaman 
secara rasmi. Dan masalah kedua timbul lepas mereka peluk Islam. Bagaimana 
keluarga mereka boleh tidak tahu mereka sudah peluk Islam? Adakah di rumah 
mereka masih dok melantak daging babi dan arak, masih sibuk tunduk memberi 
hormat kepada berhala dan patung. Ataupun mereka yang sudah memeluk Islam ini 
tidak pernah balik kampung untuk menziarahi keluarga. Jika tidak diberitahu 
tentang pengIslamanpun, cara hidup sudah pasti berubah, lainlah kalau mahu 
tukat nama dan agama di IC sahaja tapi masih nak sembah berhala, patung dan 
lain-lain dan masih mahu tunggang arak.
  

  
  
  Dan kenapa tiada tindakan susulan daripada pihak berwajib untuk memantau 
perkembangan mereka, kenapa tidak pihak yang tertentu seperti PERKIM dan 
lain-lain badan Islam yang berkaita yang sepatutnya memaklumkan kepada keluar 
si mualaf ini.
  

  
  
  Dan sekiranya dilaksanakan undang-undang ini, jikalau si mualaf gagal 
menunjukkan borang yang menunjukkan sudah diberitahu kepada keluarga, apakah 
pengIslaman secara rasmi akan ditolak? Jika begitu, nampaknya ia hanya akan 
menyusahkan orang masuk Islam. Apa perlu boring pemberitahuan itu? Siapa akan 
tandatangan boring itu? Keluarga mualaf kah? Kalau keluarga mualaf? Bagaimana 
sekiranya si keluarga mualaf enggan menandatangani borang itu?
  

  
  
  Aku membaca tulisan saudara-saudara seIslam kita. Tokoh-tokoh seperti Tuan 
Guru Nik Abdul Aziz, Dr. Asri Zainul Abidin sudah menyatakan penentangan dan 
ketidak setujuan. Biarlah si mualaf menentukan sama ada mahu memberitahu 
keluarga atau tidak. Begitu juga dengan NGO-NGO dakwah Islam. Mereka tidak 
bersetuju.
  

  
  
  Aku membaca tulisan saudara-saudara seIslam kita di blog-blog. Mereka telah 
memberi beberapa idea-idea yang bagi aku lagi bernas dan cerdik daripada idea 
dan cadangan Perdana Menteri ini.
  

  
  Sebelum kita tengok idea-idea itu, kita tengok pula pro dan kontra hal ini.
  
  Wajibkan orang yang ingin memeluk Islam memberitahu keluarga:
  
  1. Dia peluk Islam secara senyap, tidak daftarkan di mana-mana jabatan agama. 
  Akibatnya dia tidak mendapat hak sebagai seorang muallaf dan seorang muslim,
  seperti zakat dan hak untuk berkahwin dengan pasangan Islam. Apabila dia mati,
  orang Islam tiada hak untuk merebut mayatnya kerana keislamannya tidak
  didaftarkan. Hasilnya, dia dikebumikan dengan upacara bukan Islam. Tiada
  perebutan mayat!
  

  
  2. Dia beritahu keluarganya tentang hasrat untuk memeluk Islam. Lalu dia
  menerima tentangan hebat daripada keluarganya. Dia mungkin dipukul, dikurung
  dan dihantar ke luar negara oleh keluarganya bagi mengelakkannya daripada
  memeluk agama Islam. Kemudian dia mati tanpa memeluk Islam. Dia dikebumikan
  dengan upacara bukan Islam. Tiada perebutan mayat!
  

  
  3. Dia menangguhkan hasratnya untuk memeluk Islam kerana takut menerima
  tentangan daripada keluarga. Ditakdirkan dia mati sebelum memeluk Islam. Lalu
  dia dikebumikan dengan upacara bukan Islam. Tiada perebutan mayat!

  

  

  
  
  Tidak wajibkan orang yang ingin memeluk Islam memberitahu keluarga:
  
  1. Dia memeluk Islam tanpa memberitahu keluarga. Dia daftarkan pengislamannya
  dan mendapat hak sebagai seorang muallaf dan seorang muslim. Kemudian dia mati
  sebelum sempat memberitahu keluarganya. Lalu berlaku perebutan mayat!
  

  
  2. Dia memeluk Islam tanpa memberitahu keluarga dan mendaftarkannya di pejabat
  agama. Setelah beberapa tahun memeluk Islam, akidahnya semakin kuat lalu dia
  bersedia untuk memberitahu keluarganya. Dia mungkin menerima tekanan, tetapi
  disebabkan dia telahpun bersedia, dia tetap kekal dengan akidahnya. Setelah 
itu
  dia mati dan mayatnya dikebumikan secara Islam. Tiada perebutan mayat!
  

  
  Ini adalah senarai pro dan kontra yang ada. Maka bagi aku mudharat untuk 
melaksanakan idea Pak Lah ini lagi besar.
  
  
  Maka ada baiknya kerajaan menyediakan satu plan iaitu:
  
  <!--[if !supportLists]-->1) <!--[endif]-->Menyediakan satu pusat perlindungan 
kepada mualaf-mualaf terutama yang menghadapi masalah dengan keluarga mereka.
  

  <!--[if !supportLists]-->2) <!--[endif]-->Notis pemberitahuan pengIslaman 
dilakukan oleh badan-badan berkaitan selepas si mualaf memeluk Islam. Ia 
dilakukan oleh badan-badan ini dan bukan si mualaf.
  

  <!--[if !supportLists]-->3) <!--[endif]-->Memantau perkembangan 
mualaf-mualaf. Adakah mereka mengamalkan cara hidup Islam. Jika mereka 
mengekalkan cara hidup bukan Islam, masih makan benda haram, masih pergi ikut 
sembah berhala, maka ia sememangnya akan mengelirukan si keluarga yang masih 
bukan Islam.
  

  <!--[if !supportLists]-->4) <!--[endif]-->Mempercepatkan proses sijil Islam 
secara rasmi. Wujudkan sijil seperti kad pengenalan sementara yang ada sekarang.
  

  <!--[if !supportLists]-->5) <!--[endif]-->Zakat-zakat diagihkan juga sebagai 
pelembut hati kepada Islam. Contoh keluarga si Islam yang masih bukan Islam, 
jika mereka miskin, hantarlah bantuan wang. Bukankah mualaf adalah dari 
kalangan asnaf zakat, bahkan mualaf ini termasuk golongan-golongan yang mahu 
dijinakkan hati kepada Islam atau paling kurang untuk menghentikan tindakan 
mereka mengganggu dakwah Islam.
  

  
  Mari baca link-link berkaitan:
  Peraturan untuk syaratkan isytihar peluk Islam: PM
  Jangan sampai orang takut memeluk Islam
  Umum sendiri peluk Islam
  Mufti Perlis Harap Peraturan Peluk Islam Tidak Dilakukan Tergesa-gesa




       
---------------------------------
Sent from Yahoo! Mail.
A Smarter Email.

Reply via email to