Assalamualaikum...

Di sini saya hendak memperbetulkan satu artikal yang telah di hantar oleh

[EMAIL PROTECTED]

pada 30.12.2007 mengenai mandi wajib mengikut sunnah.
Setelah beberapa kali memberi nasihat supaya memperbetulkannya tetapi tak
di endahkan.

Di sini saya sertakan link dari Ustaz Shamsuri Ahmad mengenai mandi wajib.
Saya syorkan muslimin dah muslimat mendengarnya dengan teliti berkenaan
niat ketika hendak memulakan Manji Wajib atau Junub...

http://www.savefile.com/files/1630839

Di akhir kata :

*ISLAM ITU MUDAH, TAPI JANGAN PERMUDAHKAN ISLAM*

p/s : Artikal ini bukan bermotifkan politik tetapi memperbetulkan cara kerna
Ilmu
haruslah dengan akal. Jangan ada Ilmu tanpa akal dan ada akal tanpa Ilmu.




---------- Forwarded message ----------
From: <hamdy>
Date: 2007/12/30
Subject: Help Palestine [hidayahnet] MANDI WAJIB express ...
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>


  MANDI WAJIB EXPRESS

1.      Tentu anda rasa pelik bila saya menulis tajuk ini. Mungkin ada yang
rasa, penulis ini ada gila-gila bahasa, atau nak menarik perhatian orang,
atau saja saja buang masa, atau apa apa lah.

2.      Kalau anda mengambil masa dalam 10 minit untuk mandi wajib, maka
anda perlu berhenti disini dan tidak perlu membaca dgn lebih lanjut. Tetapi
kalau anda mandi wajib dan mengambil masa melebihi 20 minit, maka anda
digalakan membaca seterusnya.  Jika anda hidup 10-20 tahun lagi, anda akan
dapat menjimatkan antara 200-400 jam, jika anda mengikut cara mandi wajib yg
berstruktur dibawah nanti.

3.      Menjadi kewajipan semua umat Islam yg baligh untuk mengetahui
bagaimana mahu menunaikan mandi wajib. Saya diberitahu oleh anak saya bahawa
untuk subject PAFA darjah 6, telah ada cara mandi wajib yg berstruktur
diajarkan. Tetapi kalau ingatan saya betul, pada zaman saya bab mandi wajib
ini tidak diajarkan cara yg berstruktur. Yang diajarkan ialah niat kemudian
meratakan air seluruh badan.

4.      Oleh kerana cara kita mandi wajib yg mengambil masa terlalu lama,
ada diantara kita merasakan mandi wajib adalah satu beban. Mungkin ada yg
berkata "malas betullah nak mandi wajib" bila mengenangkan cerewetnya dan
lamanya nak mandi wajib.

5.      Tulisan ini saya tujukan kepada lelaki dan perempuan yg mengambil
masa melebihi 20 minit untuk menunaikan kewajipan mandi wajib. Kalau
perempuan paling tidak sekali sebulan anda akan mandi wajib. Lelaki dan
perempuan yang telah berkawin, paling tidak 2 atau 3 kali seminggu mandi
wajib.

6.      Jika anda dapat menjimatkan 10 minit dengan mandi wajib dari 20
minit menjadi 10minit, anda akan dapat jimat 200 hingga 400 jam utk masa
10-20 tahun. 200 jam adalah sama dengan 20 hari kerja dan 400 jam adalah
sama dengan 40 hari kerja. Bayangkan anda dapat bercuti 20 hari terus
menerus...uhhh indahnya... Sembahyang subuh anda juga akan dapat dilakukan
dengan segera.

7.      (Izinkan saya menambah rempah sedikit.) Jika anda lelaki dan kalau
kurang mandi wajib dari jumlah 2-3 kali seminggu itu, wellll anda kena check
libido anda. Kemungkinan anda merokok banyak sangat, terlalu gemuk, stress
hidup atau stress kerja keterlaluan, atau perjalanan darah anda sudah kurang
baik atau ada perkara perkara katil yg telah menjadi terlalu routine.  Kalau
anda lelaki dan tidak faham ini " sex is like a heating a pizza, you must
preheat the oven 20-30minutes, before putting a pizza in the oven",
kemungkinan anda telah menzalimi pasangan anda.  Kalau anda perempuan
dan  pasangan
anda jenis 'cecah cecah terus celup', then anda perlu berbincang segera
sebelum timbul perasaan anda seolah tidak dihargai dan seolah rasa tidak
dibelai mesra. Buat segera sebelum rumahtangga anda terasa kering 'dry'.

8.      Berbalik dgn cara mandi wajib express itu tadi, ianya menjadi
express jika anda mengikut cara yg Rasullullah tunjukan. Tetapi anda perlu
memahami bahawa anda hanya perlu sapu air pada anggota badan anda dan
bukannya perlu 'gosok' pada setiap anggota badan anda. Isu kurang yakin
ialah isu ilmu. Jika air telah lalu dan anda sapu tangan anda di anggota
itu, atau anda ambil air dan sapu dianggota itu, maka anda telah pun
menunaikan kewajipan membasuh anggota tersebut. Bila anda gosok dan kurang
yakin, itulah yg akan mengambil masa melebihi 20 minit.

9.      Begini cara Rasulullah buat dgn cara berstruktur:-


   1. Mula dgn mencuci kedua tangan tiga kali
   2. Kemudian basuh kemaluan depan dan belakang
   3. Ambil wudhu dgn sempurna seperti wudhu biasa (termasuk berkumur dan
   masuk air dlm hidung) . Anda boleh tangguh basuh kedua kaki sampai
   selesai mandi.
   4. Siram air 3 kali keatas kepala sambil berniat mandi wajib. Gosok
   rambut untuk memastikan air sampai ke kulit kepala.
   5. Siram air keseluruh badan dengan memulakan sebelah kanan kemudian
   kiri. Sapu bahagian dalam dua telinga, hidung, pusat, turun ke kanan peha,
   betis, tumit kaki, celah jari kaki, kemudian kiri peha, betis, tumit kaki,
   celah jari kaki.
   6. Tutup mandi wajib anda membasuh kedua kaki ie menyempurnakan wudhu
   tadi.
   7. Sempurna lah mandi wajib express anda.


10.  Anda perlu practice dan target. Pada peringkat awal, cuba kurangkan
masa dari 20 menjadi 15. Kemudian dari 15 menjadi 10. Bukankah setiap minit
itu berharga.

Rujukan Fikih Sunnah:
Hadis dari Aisyah r.a "Bahwa Nabi saw bila mandi disebabkan janabat, mulai
dengan mencuci kedua tangan, lalu menuangkan air dgn kanan ketangan kirinya
dan mencuci kemaluannya, kemudian berwudhu seperti halnya ketika hendak
shalat, lalu diambil air dan dimasukkan jari jari kedalam urat rambut hingga
dirasanya air telah membasahi kulit, disauknya dua telapak tangan lagi dan
disapukannya ke kepalanya sebanyak tiga kali kemudian dituangkan keseluruh
tubuhnya " (Bukhari & Muslim).

Anda mendapat dua perkara, satu menunaikan kewajipan, kedua mengikut Sunnah.

Selamat Mencuba.  Semoga anda berjaya menjimatkan 20 jam untuk 2008.
Sebar sebarkan lahh..insyallah..


Hamdy. 013 3696712
HR&Process Consultant
Property Negotiator@(agent)
[EMAIL PROTECTED] ym:hamdy065
Blog Saya:
http://ubahb4parah.blogspot.com/
http://www.rancanghidup.blogspot.com/

------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your
homepage.<http://us.rd.yahoo.com/evt=51438/*http://www.yahoo.com/r/hs>

Kirim email ke