Hari ini 1 Julai 2010. Sudah masuk separuh tahun kedua tahun 2010. Bagi 
yang mempunyai perancangan setahun sekarang sudah sepatutnya memulakan 
langkah fasa kedua perancangan. Bagi yang mempunyai azam tahun 2010, 
kita perlu memulakan pecutan kedua. Alhamdulillah tahun 2010 ini saya 
lihat sebagai sebuah tahun yang amat berpotensi tinggi untuk dunia 
penulisan buku.

Mengapa? Tentu ada yang bertanya. Tahun ini daripada sudut kontrak 
kerajaan memang agak lembap. Biasanya sehingga sekarang 
sekurang-kurangnya dua tiga kontrak pembelian buku kerajaan sudah 
selesai dibekalkan. Namun hingga sekarang satu projek pembelian buku pun
diwartakan. Panggilan tender sudah ada beberapa, namun masih lagi kabur 
keputusannya sama ada bila kontraktor berjaya diwartakan. Para 
kontraktor buku yang dahulunya mewah membeli rumah baru dan kereta baru 
sudah ada yang menyembunyikan diri dan kereta mereka. Takut-takut ada 
wakil daripada bank datang menuntut hutang dan menarik kereta mewah 
mereka.

Jadi bagaimana saya boleh kata berpotensi tinggi dengan keadaan 
sebegini? Tunggu dahulu. Ini berita dunia kontrak buku kerajaan. Apa 
yang saya ingin katakan di ruang lain berbeza. Tahun ini pihak PTS 
(syarikat penerbitan yang saya uruskan program penerbitannya) membayar 
royalti kepada semua penerima royalti untuk jualan tahun 2009 sebanyak 
RM 1.8 juta. Ini adalah jumlah terbesar pernah dibayar oleh PTS dalam 
sejarah 10 tahun PTS. Jumlah jualan buku di runcit juga meningkat naik 
dengan kadar yang membanggakan. Sasaran jualan buku PTS bagi suku tahun 
pertama dan kedua berjaya dicapai dengan cemerlangnya. Sekarang sudah 
masuk suku tahun ketiga.

Menarik bukan? Tahun hadapan dijangkakan pertumbuhan dan pengembangan 
buku akan lebih baik kerana bermulanya Rancangan Malaysia Ke 10 yang 
dijangka dapat memacu pertumbuhan negara. Ini memberi kesan kepada 
ekonomi dan sudah tentu kesannya akan dirasai oleh semua industri 
termasuk industri buku, InsyaAllah.

Jadi persoalannya. Adakah Tuan Puan termasuk di dalam golongan yang akan
mengaut faedah kepada dunia perbukuan yang meningkat naik ini? Adakah 
Tuan Puan sudah memulakan proses penulisan buku, tidak kiralah buku 
bacaan umum ataupun fiksyen berbentuk novel.

Kami Berminat Namun Di Mana Hendak Belajar?

Tuan Puan tidak perlu bimbang, ada penyelesaiannya. Pusat Latihan 
Akademi Penulis ada jawapannya. Sebelum Ramadhan, Akademi Penulis akan 
menganjurkan dua bengkel berimpak tinggi iaitu Bengkel Penulis Super 
(Penulisan Ilmiah/Non Fiksyen) dan Bengkel Penulisan Novel (Karya 
Kreatif). Kedua-dua bengkel khusus untuk mereka yang berminat untuk 
mendalami dunia penulisan buku. Tuan Puan boleh memilih bengkel mana 
yang bersesuaian dengan keperluan Tuan Puan. Ia berbeza mengikut genre 
penulisan.

Bengkel Penulis Super (Penulisan Ilmiah) 30 Julai hingga 1 Ogos 2010

Bengkel Penulis Super adalah bengkel kali kedua dianjurkan dalam tahun 
2010. Bengkel kali pertama diadakan pada bulan Januari  2010. 
Sambutannya amat luar biasa, kehadiran mencecah hampir 40 orang dengan 
latar pesertanya pelbagai. Bengkel kendalian dua tokoh penulisan dan 
penerbitan buku, Tuan Fauzul Na'im Ishak dan Tuan Zamri Mohamad ini akan
mendedahkan pelbagai rahsia dan tip penulisan terbaru. Formula Menjadi 
Penulis Bestseller yang dibentangkan ini belum pernah dibongkarkan oleh 
mana-mana konsultan lain. Pengalaman mereka ini dalam industri buku 
bertahun-tahun dibentangkan di dalam bengkel 3 hari 2 malam ini.

Antara pengisian yang akan dibentangkan dalam bengkel ini adalah Tip 
Menjadi Penulis Bestseller, Anatomi Buku Bestseller, Merancang Pelan 
Operasi Penulisan, Teknik Menulis Untuk Orang Sibuk dan Bagaimana 
Memasarkan Buku Cara Moden. Ia adalah langkahan seribu bagi mana-mana 
peserta yang hadir. Bengkel komprehensif daripada pengalaman sebenar 
memberikan pengetahuan menyeluruh mengenai dunia penulisan dan 
penerbitan buku.

Yang lebih menarik, sebelum ini kadar yuran untuk menyertai bengkel ini 
adalah RM1,200 untuk 3 hari 2 malam. Namun begitu kerana pengurangan 
perbelanjaan disebabkan ia diadakan di Pusat Latihan Akademi Penulis 
yang baru diwujudkan, yurannya diturunkan ke RM950 SAHAJA. RM950 untuk 
bengkel 3 hari 2 malam berserta makan, minum, modul pengajaran, 
perkongsian ilmu, sijil dan lebih menarik bonus khas daripada pihak 
penganjur. Menarik bukan?

Berminat? Layari http://www.penulissuper.com
<http://www.penulissuper.com/>  .  Hanya untuk 30 orang peserta sahaja.

Bengkel Penulisan Novel (Karya Kreatif) 7 & 8 Ogos 2010

Bengkel Penulisan Novel juga bengkel kedua dianjurkan tahun 2010. 
Bengkel 3 hari 2 malam diturunkan kepada 2 hari 1 malam untuk memberikan
impak yang lebih. Bengkel ini dikendalikan oleh novelis terkenal dan 
pernah menghasilkan beberapa novel bestseller antaranya Mahligai dan 
Bukan Yang Pertama.

Pelbagai tip penulisan novel akan didedahkan di dalam bengkel 2 hari 1 
malam ini. Tip berdasarkan pengalaman bertahun-tahun Cik Salina Ibrahim 
menghasilkan 8 novel yang mewarnai dunia novel Malaysia. 7 Modul 
Penulisan Kreatif Bestseller dengan pengisian pengenalan dunia novel, 
fasa-fasa penulisan kreatif bestseller, penghasilan watak, penyusunan 
plot dan banyak lagi. Memang berbaloi-baloi.

Yuran bengkel ini dahulunya ditawarkan pada kadar RM1,200. Sekarang ia 
hanya ditawarkan pada yuran terendah RM650 SAHAJA. Yuran yang tidak 
dapat ditempat lain. Bagi yang berminat boleh mendaftar diri secara 
online di http://www.penulisannovel.com <http://www.penulisannovel.com/>

Ingin Sertai?

Bagi yang berminat boleh hubungi langsung ke Pusat Latihan Akademi 
Penulis melalui talian 013 6288614 (Qahhar) ataupun 0196990846 (Husni) 
ataupun pejabat kami di 0341492560 ataupun emailkan ke 
lati...@akademipenulis.com ataupun layari http://www.akademipenulis.com

Pendaftaran secara online boleh dibuat bagi BENGKEL  PENULIS SUPER (30
Julai hingga 1  Ogos 2010) di http://www.penulissuper.com
<http://www.penulissuper.com/>    dan BENGKEL PENULISAN NOVEL (7 & 8
Ogos 2010) di http://www.penulisannovel.com
<http://www.penulisannovel.com/>  .  Kami menunggu panggilan dan
penyertaan Tuan Puan.

FAUZUL NA'IM ISHAK
Jurulatih Utama
Pusat Latihan Akademi Penulis
(Akademi Penulis Training Center)
http://www.akademipenulis.com

Kirim email ke