Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah ditubuhkan dalam tahun 2006 dibawah Akta 
Syarikat Malaysia. Memberikan bantuan dalam bentuk sokongan moral dan material 
seperti keperluan harian dan pendidikan. Menjadi penaung kepada lebih 200 orang 
anak-anak yatim, miskin dan terbiar di 6 pusat jagaan di seluruh Malaysia.      
    Hingga kini lebih 1,000 orang sukarelawan dalam berbagai bidang seperti 
pendidikan, ICT, perubatan, kaunseling , perniagaan dan lain-lain menyertai 
YPNet untuk turut serta dalam kerja-kerja sukarelawan.        
            Pihak    YPN mempunyai hanya satu tujuan dalam penubuhannya. Ianya 
adalah bagi    membantu pihak-pihak yang memerlukan. Bantuan yang dimaksudkan 
tidaklah    hanya kepada keperluan kebendaan atau wang ringgit semata-mata. 
Bantuan    dari membaiki taraf hidup, motivasi dan pengukuhan asas hidup adalah 
   lebih bermakna dari segala keperluan yang berbentuk kebendaan.
 Soal Jawab Mengenai Yayasan Pembangunan Nur Hikmah   
    
  S : Adakah mana-mana VIP atau badan korporat yang menjadi tulang belakang YPN 
? 
  J : Tidak ada mana-mana VIP atau badan korporat yang menjadi tulang 
belakangnya yayasan ini. Ianya diuruskan oleh lembaga pengarah yang terdiri 
dari para sukarelawan dan dan dibantu oleh seorang kerani sepenuh masa 
dipejabat yayasan di Taman Mesra, Kajang.  
    
  S : Adakah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah menguruskan mana-mana rumah jagaan 
atau asrama anak yatim ?  
  J : Pihak yayasan tidak mempunyai atau menguruskan mana-mana rumah jagaan 
atau asrama anak yatim buat masa ini. Tumpuan kami sekarang ialah kepada 
rumah-rumah sedia ada.  
    
  S : Jadi, bagaimanakah dan kepada siapakah yayasan ini menyalurkan bantuannya 
?  
  J : Pihak YPN pada masa ini sedang memberikan bantuan kepada anak-anak yatim, 
miskin dan anak-anak terbiar secara terus kepada 5 buah pusat penjagaan. Mereka 
terdiri dari penghuni Asrama Penyayang Nur Iman di Setapak, Kuala Lumpur, 
Pondok Penyayang Raudah di Batu 11, Gombak, Selangor, Rumah Jagaan Nur Hikmah, 
Kajang, Selangor, Asrama Anak Yatim Nurul Iman di Manjoi, Ipoh dan Asrama Nurul 
Qana'ah di Taman Greenwood, Gombak. Jumlah anak-anak yatim, miskin dan terbiar 
dirumah-rumah tersebut buat masa ini hampir 200 orang.  
    
  S : Adakah pihak YPN terlibat secara terus dalam tadbir urus rumah-rumah 
berkenaan ?  
  J : Kami di Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak terlibat dalam pengurusan 
pusat-pusat berkenaan. Pengelola-pengelola rumah-rumah berkenaan bebas 
menguruskannya dengan cara dan kaedah mereka sendiri. Walau bagaimana pun pihak 
yayasan sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan anak-anak yang menghuni 
pusat-pusat berkenaan mendapat layanan dan kemudahan yang sewajarnya.  
    
  S : Jika terdapat laporan tentang pengniayaan kanak-kanak atau salah urus 
dana di pusat-pusat berkenaan, apakah langkah yang dilakukan oleh pihak YPN ?  
  J : Kami di YPN sentiasa melakukan lawatan dan berbincang dengan pengelola 
rumah-rumah berkenaan mengenai masalah yang mereka hadapi. Pihak YPN juga dari 
masa kesemasa menggerakkan sukarelawan perubatan dan kaunseling bagi membuat 
pemeriksaan keatas anak-anak disana. Jika terdapat laporan yang negatif 
mengenai rumah-rumah berkenaan, pihak yayasan akan mengadakan perbincangan bagi 
menyelesaikan masalah tersebut.  
    
  S : Sejak ditubuhkan apakah bentuk bantuan dan berapakah anggaran 
perbelanjaan yang telah disalurkan ?  
  J : Apabila YPN melakukan lawatan dan pemeriksaan terhadap sesebuah pusat 
jagaan, kami akan mengenalpasti apakah keperluan utama mereka samada dari segi 
keperluan ruang, pendidikan, kesihatan atau kemudahan asas yang lain. Kami 
kemudiannya akan menghebahkan keperluan mereka ini kepada sukarelawan YPN yang 
lain. Bantuan kemudiannya disalurkan dalam berbagai bentuk kepada yang 
memerlukan. Sepanjang tahun 2006-2008 sahaja sejumlah hampir RM200,000 nilai 
sumbangan telah disalurkan terus kepada mereka dalam berbagai bentuk seperti 
ubat-ubatan, pakaian, makanan serta pembinaan kemudahan asas. Pihak YPN juga 
membantu dari segi memberikan pendedahan media massa mengenai keperluan mereka. 
Bantuan kemudiannya disalurkan terus oleh penyumbang kepada pihak yang patut 
menerimanya.  
    
  S : Bagaimanakah YPN mengukur tahap keperluan sesebuah rumah jagaan tersebut. 
 
  J : Kami mempunyai carta rating kami sendiri bagi menentukan apakah bentuk 
bantuan yang harus disalurkan kepada rumah atau asrama tersebut.  Peringkat 
pertama kami akan membuat penilaian mengenai kualiti persekitaran dan kemudahan 
asas yang sedia ada. Apabila kualiti dan kemudahan tersebut telah berjaya 
dipertingkatkan kami akan membuat analisa mengenai tahap kesihatan dan 
pendidikan anak-anak menghuni disana.  
  Sehinggalah perkara-perkara tersebut dapat kami selesaikan dirumah atau 
asrama tersebut, barulah kami memulakan projek untuk rumah yang lain.

  
  S : Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyelesaikan proses tersebut ?  
  J : Selalunya kami akan mengambil masa antara 3 hingga 4 bulan bagi 
mengadakan semua keperluan asas. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada 
sumbangan yang disalurkan kepada kami.  
    
  S : Bagaimanakah dana sumbangan tersebut diterima untuk disalurkan kepada 
pusat-pusat berkenaan ?  
  J : YPN menerima sumbangan melalui tabung yang diujudkan khusus untuk kes-kes 
yang memerlukan. Contohnya kami telah membantu sebuah asrama anak yatim bagi 
menaik taraf bangunan asrama. Kami membuat anggaran perbelanjaan yang 
diperlukan bagi kerja naik taraf tersebut. Jumlah tersebut kemudiannya 
dihebahkan kepada sukarelawan. Wang sumbangan akan disalurkan terus kepada 
akaun yayasan melalui pindahan elektronik. Setakat ini yayasan menggunakan 
kemudahan Maybank2u dan CIMB bagi menerima sumbangan dari orang ramai.  
    
  S : Adakah yayasan menjalankan pungutan sumbangan dari jualan barangan 
seperti yang dijalankan oleh sesetengah pihak yang lain ?  
  J : Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah menjalankan kutipan terus 
atau melalui jualan barangan. Kami hanya mengumpul sumbangan melalui saluran 
elektronik (Maybank2U) ke akaun 564306010030 atas nama KHIDMAT NURHIKMAH  
ataupun dengan cek atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH.  
  Pihak yayasan sedar mengenai ada individu tertentu yang menggunakan kepala 
surat YPN untuk memungut derma dikalangan orang awam. Kami suka menasihatkan 
orang ramai agar berhati-hati dengan aktiviti mereka yang tersebut dan segera 
melaporkan kepada talian 24 jam yayasan 019-2158 827 supaya kami dapat membuat 
laporan kepada pihak polis mengenai penyelewangan tersebut.  
    
  S : Setakat ini berapa ramaikah sukarelawan yang telah mendaftar dibawah YPN 
?  
  J : Sehingga bulan November 2008, pihak YPN mempunyai lebih 1,200 orang 
sukarelawan berdaftar untuk berbagai bidang perkhidmatan seperti perubatan, 
pendidikan, ICT, kaunseling, agama, keusahawanan, motivasi dan guaman. Selain 
dari itu YPN juga mempunyai lebih 25,000 orang kumpulan sokongan dari Yahoo 
Group SIM yang sentiasa menyalurkan sumbangan serta maklumat bagi memantapkan 
lagi usaha-usaha murni YPN.  
    
  S : Adakah YPN bercadang untuk menguruskan pusat-pusat jagaan sendiri ?  
  J : Yayasan Pembangunan Nur Hikmah telah diamanahkan sebidang tanah dengan 
keluasan 4 ekar di Sg Merab, Bangi, Selangor. Kerja-kerja asas sedang 
dijalankan bagi membina sebuah kompleks yang boleh menampung 200 orang 
penghuni. Kompleks tersebut akan dijadikan asrama bagi menempatkan anak-anak 
yatim, miskin serta terbiar serta remaja bermasalah. Kompleks yang akan dibina 
dengan kos hampir RM7 juta ini dijangka boleh digunakan pada pertengahan tahun 
2009 nanti.  
    
  S : Dari manakah dana pembinaan kompleks tersebut akan diperolehi ?  
  J : Kami sedang menjemput orang-orang persaorangan, badan korporat dan NGO 
yang lain untuk membantu kami bagi mengumpulkan dana untuk tujuan tersebut. 
Disamping itu kami juga menjalankan beberapa perniagaan seperti 
MangkukTingkat.com dan jualan amal yang lain.

  
   S : Apakah matlamat jangkapanjang yayasan ini ?  
  J : Kami ingin melihat gejala sosial dan masalah keluarga dapat diselesaikan 
secara total melalui usaha-usaha kami ini. Kami yakin bahawa masalah anak-anak 
terbiar dan remaja bermasalah adalah bermula dari rumah serta ibubapa atau 
waris mereka. Anak-anak yatim jadi terbiar kerana tiada waris yang sanggup 
memikul tanggungjawab menjaga mereka. Remaja bermasalah disebabkan ibubapa 
mereka gagal dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Jika pun ibubapa mereka 
telah melaksanakan tanggungjawab tersebut, remaja berkenaan terlibat dalam 
gejala sosial akibat dari pengaruh remaja lain yang bermasalah disebabkan 
ibubapa rakan mereka itu gagal menjalankan tanggungjawab mereka.  
  Kami di YPN yakin bahawa menyediakan pusat-pusat jagaan bukanlah satu 
penyelesaian kepada masalah sosial sekarang. Ianya hanyalah bersifat sementara. 
Penumpuan utama mestilah kepada pengukuhan institusi keluarga itu sendiri.  
    
  S : Apakah langkah yang akan diambil oleh YPN bagi mencapai matlamat tersebut 
?  
  J : Yayasan Pembangunan Nur Hikmah akan melangkah ke fasa ketiga dalam tahun 
2009 nanti. Menerusi fasa tersebut yayasan akan bergabung tenaga dengan 
pakar-pakar kecemerlangan anak-anak dan keluarga bagi menyediakan peluang bagi 
ibubapa dan keluarga membina institusi mereka. Kami sedang menyusun strategi 
bagi melancarkan program yang khusus mengenai perkara tersebut.  
  Tumpuan kami di fasa kedua nanti ialah 40% bantuan dalam bentuk material dan 
wang ringgit, 60% bagi pembinaan dan pengukuhan asas masyarakat.  


-------------------------------------------------------
      YAYASAN PEMBANGUNAN NUR  HIKMAH
  No. Pendaftaran : 646393-A
          No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,     Taman Mesra,     43000 Kajang,       
Selangor Darul Ehsan.
  Telefon :03-87332411
Fax       :03-87332967

  Laman web : www.nurhikmah.org.my
  EMAIL  : [EMAIL PROTECTED] 

Kirim email ke