Beberapa nama lagi yang bukan sebenarnya nama Kristian tapi adalah
nama Inggeris (Barat) dan ini tiada kena mengena dengan agama.

Charles asal dari Carlos (latin) yang asalnya dari Khalid, John adalah
Yahya, Aaron adalah Harun dsb.

Yang kena tukar adalah kalau nama tersebut adalah nama tuhan/dewa/dewi
seperti Thor, Osiris, Isis, Venus, Medussa, Neptune, Zeus, Murugan,
Kali, Subramaniam etc. atau nama-nama yang buruk maknanya. Tidak
hairan ramai yang walaupun Islam pada IC tapi ada nama yang buruk
kerana kejahilan ibubapa. Rasulullah SAW mengekalkan semua nama
sahabat yang masuk KECUALI nama yang buruk maksudnya. Suhail al-Rumi,
Salman al-Farisi dan Bilal bin Rabbah adalah sahabat yang bukan Arab
dan nama mereka pun bukan nama Arab.

Kita kena lihat dari kacamata sunnah dan bahasa, bukan dengan kacamata
melayu.

wassalam.

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, hilyah mohd khalid wrote:
>
> A'kum
> Jonathan, John, Josephine setahu saya adalah nama2 dalam bahasa
Inggeris, contoh lain adalah nama seperti Moses, David, Jonah dan
Jesus yang merujuk kepada Musa, Daud, Yunus dan Isa
>
>
> [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
                   Nak tanya sikit, macamana kalau mualaf tu dah daftar
>  masa lahir dengan nama kristian, seperti Christ Lim,
>  Jonathan Tan, John Chua, Josephine Ng kerana nama nama
>  ini adalah nama kristtian? Tak salah ke orang Islam
>  menggunakan nama kristian?
>  --- [EMAIL PROTECTED],
>  [EMAIL PROTECTED] wrote:
>
>  > Mualaf dibenar kekal nama keluarga: Jakim
>  >
>  > KUALA LUMPUR: Saudara baru tidak dikenakan sebarang
>  > paksaan menukar nama atau keturunan selepas memeluk
>  > agama Islam, malah mereka diberi pilihan untuk
>  > mengekalkan penggunaan nama keluarga masing-masing.
>  >
>  >
>  > Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
>  > (Jakim), Datuk Mustapa Abdul Rahman, berkata Majlis
>  > Fatwa Kebangsaan (MFK) tidak pernah membincangkan
>  > isu penggunaan istilah `bin Abdullah' terhadap
>  > saudara baru.
>  >
>  > Sebaliknya, saudara baru hanya disyaratkan
>  > mendahulukan nama Islam pada nama asalnya, seperti
>  > Ahmad Chong Ah Kau. Keputusan itu dibuat dalam
>  > Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) pada
>  > 28 Januari 1981.
>  >
>  > Fatwa lain yang turut dibuat ketika itu ialah
>  > penggunaan istilah `bin Abdullah' atau sebarang nama
>  > di dalam Asma Al Husna yang dimestikan terhadap anak
>  > tidak sah taraf.
>  >
>  > "Mereka (Perlis) boleh pakai (keputusan pengharaman
>  > `bin Abdullah' dalam nama saudara baru). Kita, MFK
>  > tidak pernah memutuskannya (pengharaman `bin
>  > Abdullah').
>  >
>  > "Sebelum ini, bagi saudara baru, kita (MFK) hanya
>  > putuskan nama awal perlu ada nama Islam, tetapi bin
>  > atau binti, tidak kisah. Sama ada mereka hendak
>  > kekalkan nama keturunan atau tidak, tidak mengapa,"
>  > katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
>  >
>  > Beliau berkata demikian mengulas keputusan Majlis
>  > Fatwa Perlis, untuk tidak menggunakan istilah `bin
>  > Abdullah' bagi saudara baru, kerana menyifatkannya
>  > bukan syariat Islam dan penukaran nama atau
>  > keturunan keluarga itu sebagai haram.
>  >
>  > Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata
>  > golongan itu harus mengekalkan nama dan keturunan
>  > asal yang menentukan nasab (keturunan)
>  > masing-masing.
>  >
>  > Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria, berkata
>  > pihaknya akan tetap menggunakan kaedah sedia ada dan
>  > terpulang kepada Perlis untuk membuat keputusan
>  > sendiri.
>  >
>  > Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul
>  > Rijal Abu Bakar, berkata sebarang keputusan seumpama
>  > itu perlu dibincang pada peringkat kebangsaan,
>  > supaya pelaksanaannya dapat diseragamkan, selain
>  > mengelakkan peraturan Islam diperlekeh.
>  >
>  > Pegawai Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)
>  > Perlis, Abd Rahim Abdullah, pula menggesa Majlis
>  > Fatwa Perlis mengkaji semula keputusannya itu bagi
>  > memelihara kesucian Islam, selain mengelak timbulnya
>  > percanggahan akidah.
>  >
>  > "Majlis Fatwa Perlis tidak seharusnya memutuskan
>  > penggunaannya sebagai haram semata-mata kerana ia
>  > tidak diamalkan pada zaman nabi, kerana keadaannya
>  > berbeza.
>  >
>  > "Setiap kaum di Malaysia menggunakan bahasa
>  > masing-masing dan nama yang diberikan juga mempunyai
>  > maksud yang pelbagai. Malah, ada antaranya mempunyai
>  > maksud yang bercanggah dengan akidah dan sudah pasti
>  > tidak sesuai diguna pakai," katanya.
>  >
>  >
>  > ---------------------------------
>  >  Copy addresses and emails from any email account to
>  > Yahoo! Mail - quick, easy and free. Do it now...
>
>  __________________________________________________________
>  Bored stiff? Loosen up...
>  Download and play hundreds of games for free on Yahoo! Games.
>  http://games.yahoo.com/games/front
>
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Don't pick lemons.
> See all the new 2007 cars at Yahoo! Autos.
>


Kirim email ke