http://www.n32.blogspot.com/


Mari persetankan dress code

Dah berkebetulan saya buka pintu pagar untuk kes GIFA Bollywood ini maka saya 
pun terpanggil untuk menyelongkar lagi bagi mencari alasan untuk mensabitkan 
pembabitan kerajaan Islam Hadhari dalam penganjurannya. Jangan nanti menuding 
jari pada penganjur, kerjaan tak ada kena mengena.

Baiklah di

http://ww.smashits.com/events/925/1/Launch-of-Global-Indian-Film-Awards.html

anda akan dapati kenyataan berikut:

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, the Minister of Tourism, Malaysia 
officially launched the Global Indian Film Awards (GIFA) Kuala Lumpur 2006 in 
Sri Satria, Putrajaya on the 9th of May 2006. GIFA 2006 hosting rights have 
been won by One Big Option Sdn. Bhd. in a hotly contested pitch involving five 
countries.

GIFA Kuala Lumpur 2006 is supported and endorsed by the government of Malaysia 
and the Ministry of Tourism, Malaysia

Nampak tu SUPPORTED and ENDORSED oleh kerajaan Malaysia! Manakala melalui 
sumber AFP saya memperolehi kenyataan actor Bollywood Salman Khan:

This time the Malaysian government has gotten involved big time, said star 
actor Salman Khan who has a leading role in the film. So I think that this time 
it should rock, he told a press conference Thursday

Manakala menurut akhbar THE STAR:

GIFA 2006 is organised by One Big Option Sdn Bhd with Popcorn Entertainment 
under the aegis of Tourism Malaysia and the patronage of Deputy Prime Minister 
Datuk Seri Najib Tun Razaks wife Datin Seri Rosmah Mansor. 

Dahlah kerajaan Malaysia terbabit secara langsung melalui Kementerian 
Pelancongan, isteri kepada TPM pula bertindak sebagai penaungnya. Manakala 
menurut MStar Online pula:

Justeru, Penaung GIFA 2006 Datin Seri Rosmah Mansor berharap agar majlis 
tersebut dapat dijalankan secara berkualiti dan meriah. 

Saya telah yakinkan Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 
bahawa majlis ini amat bernilai untuk bantu mempromosikan Malaysia sebagai 
destinasi pelancongan utama,ujar beliau di majlis menandatangani MOU antara One 
Big Option Sdn Bhd dan Popcorn Entertainment Pte Ltd India, pemegang francais 
GIFA milik pelakon terkenal Bollywood Sunil Shetty. 

Bermakna tidak syak lagi program membawa artis-artis dan para penari dari 
Bollywood untuk menari separuh bogel di hadapan pimpinan negara itu adalah satu 
projek khas Rosmah mansor. Walaupun Rosmah bukan anggita cabinet namun beliau 
berkuasa untuk meyakinkan Menteri Pelancongan untuk menganjurkan majlis ini.

Sebelum ini kita dengar tentang hebatnya menantu PM, kini terbongkar pula 
betapa berpengaruhnya pula isteri TPM!

Dalam penyelongkaran saya, terjumpa juga sebuah FOTOPAGE yang dimiliki seorang 
sahabat bernama JINGGO. Saya sertakan eberapa gambar GIFA KL dari koleksi 
JINGGO yang selebihnya anda boleh layari:


Mesranya Rosmah dengan Pak Lah

http://minaq-jinggo.fotopages.com/

Cuma yang paling mempersonakan saya adalah gambar Pak Lah dalam posisi that he 
knows best


Mungkin Pak Lah boleh berkata: Walaupun menari separuh bogel namun saya tak 
bersalah sebab tertidoq (untuk makluman majlis tersebut berakhir jam 2.30 pagi) 


posted by Roslan SMS 3:43:00 PM| Comments (20)|


* * * * * * * * *
Inilah jenis hiburan yang kita mahu

Saya petik laporan berikut dari Pancaindera (sisipan hiburan Mingguan Malaysia 
Ahad lalu):

Agak mengecewakan kerana acara itu sebenarnya dihadiri oleh banyak orang 
kenamaan dan tetamu diraja. Apa yang jelas tiada langsung rasa hormat mereka 
kepada kita. 

 

Laporan ini berkenaan GIFA atau Global Indian Film Awards yang telah 
dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil minggu lepas. Ia memaparkan betapa 
artis-artis Bollywood ini tidak berdisiplin sehingga majlis yang sepatutnya 
berlangsung jam 8.30 malam, hanya bermula jam 10 malam.

Kemudian dilaporkan yang ada para pelakon serta hos yang bertututr dalam bahasa 
Hindi disamping lebih penting lagi turut dipaparkan aksi-aksi menggiurkan para 
penari dan artis yang ada diantaranya berpakaian ala bikini dipentas.

Akhbar itu bertanya bagaimana mereka (artis-artis Bollywood) boleh bebas 
berpakaian sedemikian sedangkan acara tersebut dihadiri oleh orang kenamaan dan 
tetamu diraja.

Saya tersenyum membaca laporan ini, kerana akhbar berkenaan seolah cuba 
menuding jari kepada penganjur dan artis serta para penari Bollywood 
semata-mata tanpa pergi lebih jauh dari situ.

Takkanlah kalau majlis itu sekadar melibatkan penganjur dan artis-artis 
Bollywood semata-mata, maka Yang Dipertua Agong, Yang di pertuan Besar Negeri 
Sembilan, Sultan Pahang, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Mneteri boleh turut 
hadir sama.

Pasti pihak kerajaan turut terlibat tak tahulah Kementerian Pelancongan, 
Kementerian Penerangan atau KEKWA atau ketiga-tiganya sekali. Masakan mereka 
ini tidak terlibat dalam meluluskan aturcara dan memastikan protokol dihormati.

Yang saya tahu isteri Timbalan Perdana Menteri adalah antara yang paling aktif 
terlibat menjayakan program-program kegemaran beliau ini.

Dalam pada kita hangat berdebat berkenaan isu moral dan etika berpakaian 
tiba-tiba datang artis-artis asing, di hadapan kenamaan kita termasuklah 
pimpinan tertinggi negara, dengan senang hati beraksi separuh bogel, menyelak 
dan mendedahkan peha, dada dan pusat masing-masing, dan kita bagaikan dungu 
mahu menyalahkan orang lain. Kita yang dengan sedar memakai kain koyak lalu 
kita mahu salahkan kilang kain.

Malaysia dengan senang hati bagaikan berok sumbang mahu menjadi hos GIFA ini 
atas alasan mahu menarik pelancong asing dan kerana filem-filem Hindi mendapat 
tempat dikalangan rakyat dalam negara, lalu kita yang beri lampu hijau 
tiba-tiba kita nak marahkan pihak lain.

Beginilah nasib kita, yang hadir semua pemimpin-pemimpin Islam belaka, yang 
sepatutnya memegang amanah mempertahankan kesucian agama Islam, termasuklah 
cucu dan anak ulamak, tetapi lihatlah apa yang berlaku.

Akhbar tersebut melaporkan:

Dari situ sudah terbayang sikap tidak professional mereka apatah lagi apabila 
mengenangkan acara berlangsung di bumi orang

Takkanlah si Bollywood tu bagai kera sumbang datang menyerah diri ke bumi orang 
jika tidak kerana tuan punya bumi orang yang sebenarnya bagaikan kera sumbang 
terlompat-lompat mengundangnya.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke