Kegiatan jenayah di negara kita akhir-akhir ini
memerlukan penglibatan semua pihak untuk mengatasi dan
mencegahnya daripada ianya menjadi tidak terkawal.
Semua pihak harus menyumbang dalam mengurangkan kadar
jenayah di sekitar kita. Tanggungjawab mencegah
jenayah ini bukan hanya terletak di bahu PDRM, orang
ramai dari segenap lapisan kaum, bangsa, agama dan
peringkat umur harus mengambil bahagian.

Apabila longgarnya hubungan antara semua pihak samada
di peringkat keluarga, kejiranan, persatuan dan
sebagainya, maka yang akan menguasai tempat kita,
kejiranan kita, kampung kita adalah para penjenayah.
Mereka yang tinggal dalam sesuatu komuniti itu
janganlah mengambil sikap berpeluk tubuh, tidak
bercampur dengan masyarakat, tidak melibatkan diri
dalam aktiviti setempat, yang akhirnya akan dikuasai
oleh mereka yang berpeleseran, merempit, melepak, mat
gian dan sebagainya.

Dalam usaha untuk mencegah jenayah ini, PDRM
memerlukan maklumat terkini dan tepat dari orang ramai
mengenai keadaan keselamatan di tempat mereka. Akan
tetapi apa yang menyulitkan orang ramai pada ketika
ini, ialah sistem penerimaan dan penyebaran maklumat
terutama berkaitan jenayah kepada pihak polis yang
masih menggunakan kaedah konvensional.

Sistem yang ada sekarang ini, ialah sebarang kegiatan
jenayah yang berlaku perlu mengikut prosedurnya
dilaporkan ke balai polis terdekat. Sekiranya balai
polis tersebut terletak jauh dari tempat pengadu,
sentiasa dipenuhi oleh orang ramai, mengambil masa
yang lama untuk membuat laporan, maka sudah pasti
orang ramai agak keberatan untuk membuat laporan
polis, melainkan ianya melibatkan kerugian yang besar
atau melibatkan kecederaan parah atau kehilangan
nyawa.

Sebagai contoh senario di Rembau, Negeri Sembilan.
Kebelakangan ini begitu banyak kejadian pecah rumah
berlaku, samada di siang atau pun di malam hari.
Rata-rata mangsa enggan atau keberatan untuk membuat
laporan polis kerana ianya akan mengambil masa yang
lama untuk pergi ke balai polis serta agak sukar untuk
polis menangkap penjenayah kecil pada tanggapan
mereka. Sedangkan polis perlu mendapat seberapa banyak
maklumat kejadian jenayah setempat, agar mereka dapat
membuat perangkaan. Dan dari perangkaan ini , mereka
boleh mengambil tindakan selanjutnya, samada menambah
kadar rondaan, menambah bilangan anggota, meletakkan
CCTV atau mungkin menambah helikopter.

Malah rumah ibu bapa saya sendiri di Kg. Bongek ,
Rembau telah dipecah masuk. Saya menyarankan ayah saya
membuat laporan polis. Tetapi maklumlah pada usianya
70 tahun, dia sudah tidak larat hendak turun naik
balai untuk membuat laporan.

Justeru itu PDRM haruslah mengambilkan pendekatan yang
lebih realistik, yang lebih mesra rakyat untuk
menerima aduan awam berkaitan dengan jenayah. Setelah
lama saya menggunakan perkhidmatan on line agensi
kerajaan pusat dan kerajaan negeri berkaitan dengan
aduan awam, saya dapat sistem on line Majlis
Perbandaran Seremban (MPS) adalah yang terbaik dan
harus diberi pujian.

Ini adalah kerana setiap aduan yang dikemukakan kepada
pihak MPS berkaitan dengan perkhidmatan mereka
mendapat maklumbalas yang cepat dan tepat. Setiap
aduan yang dilaporkan pihak MPS akan diberi jawapan
samada dalam perhatian, dalam tindakan atau tidak
perlu diambil tindakan. Malah mereka akan menghantar
anggota mereka, penguatkuasa mereka sendiri untuk
menyiasat aduan tersebut. Juga pengadu boleh menyemak
status aduan yang dikemukakan dari masa ke semasa.

Sekiranya PDRM dapat melaksanakan sistem aduan orang
awam seperti mana yang dilaksanakan oleh MPS, secara
tidak langsung ianya akan membentuk masyarakat agar
lebih prihatin untuk mencegah jenayah. Berbeza dengan
Rakan Cop, sistem aduan on line ini akan memudahkan
kedua-dua pihak , PDRM dan orang awam memantau keadaan
keselamatan di sekeliling mereka. Ianya akan melatih
orang awam memberikan maklumat yang cepat dan tepat
untuk mencegah jenayah.

Kesimpulannya bukannya hanya PDRM sebenarnya yang
sepatutnya mencontohi MPS, malah mana-mana agensi yang
berkaitan dengan kepentingan orang awam haruslah
mencontohi MPS agar pentadbiran kerajaan lebih telus
dan cekap, antaranya Baitul Mal dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk membantu mereka yang miskin dan
memerlukan, Jabatan Kerja Raya untuk memantau
jalan-jalan yang rosak, Jabatan Perhutanan untuk
memantau pembalakan haram, JKKK, Wakil-wakil rakyat
dan sebagainya. Tidak dinafikan hampir kesemua agensi
dan jabatan kerajaan mempunyai laman web mereka
sendiri. Tetapi tidak semua yang mempunyai sistem
aduan yang cekap dan dikemaskini setiap hari.

Sebagai satu langkah ke hadapan lagi, setiap kenderaan
peronda polis sebaiknya dilengkapkan dengan komputer
on line, dengan ini akan lebih memudahkan orang ramai
membuat aduan sekiranya mereka tiada kemudahan
internet. Perkembangan teknologi terkini haruslah
digunakan sebaik mungkin untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara yang aman damai. 

Rozmal @ waghih.blogspot.com 



     
  Blog Rozmal http://waghih.blogspot.com
    
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
  Pusat Pendidikan Al-Irshad http://alirshadns.blogspot.com
  Kelab Motor NS http://nsarc.blogspot.com 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke