www.MangkukTingkat.com

Program MangkukTingkat.com merupakan program anjuran Yayasan Pembangunan Nur 
Hikmah yang telah dilaksanakan sejak bulan Mei 2008. Program ini bertujuan 
menyediakan peluang pekerjaan kepada surirumah terutamanya ibu-ibu tunggal 
dengan menjadi pembekal sajian makan tengahari dan sajian makan malam kepada 
pelanggan-pelanggan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Sebagai sebuah NGO yang lebih menumpukan kepada kerja-kerja kebajikan dan 
pencetus kepada projek-projek yang berasaskan konsep Keusahawanan Sosial maka 
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
 tidak berhasrat untuk selamanya menjadi pemilik program MangkukTingkat.com ini.

Sehubungan dengan itu kami menjemput pihak-pihak yang berminat dan mempunyai 
pengalaman didalam perkhidmatan penyediaan, penyajian dan penghantaran makanan 
untuk mengemukakan cadangan usahasama dengan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah 
untuk mengembangkan lagi program MangkukTingkat.com ini.

Sila emailkan cadangan atau hasrat anda terus kepada presi...@nurhikmah.org..my 
sebelum tarikh 5hb September 2009. Pihak kami akan menghubungi anda untuk 
tujuan perbincangan
 lanjut.

YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH  No. Pendaftaran : 646393-A          No. 16-3, 
Jalan Mesra Niaga,     Taman Mesra,     43000 Kajang,       Selangor Darul 
Ehsan.  Telefon  : 03-87332411
Faks      :  03-87332967
HOTLINE : 1700 800 020 (24 JAM)
   Laman web : www.nurhikmah.org.my  EMAIL  : presi...@nurhikmah.org.my













      
_______________________________________________________________________________
Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist.Download it now!
http://malaysia.toolbar.yahoo.com/

Kirim email ke