Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my
   
   
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Nur Hikmah akan melancarkan 
satu program yang dinamakan Program Mangkuk Tingkat . Antara tujuan utama 
program ini adalah :

1. Membantu para surirumah sepenuh masa untuk mendapatkan sumber kewangan bagi 
membantu meningkatkan pendapatan isi rumah.

2. Menyediakan peluang kepada wanita-wanita yang bekerja separuh hari (shift) 
untuk memperolehi pendapatan tambahan bagi mempertingkatkan pendapatan keluarga.

3. Memberi kemudahan kepada ibu-ibu yang bekerja untuk menghidangkan makanan 
yang sihat dan halal kepada keluarga mereka.

4. Menyumbang sedikit keuntungan kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah bagi 
membantu anak-anak yatim, miskin & terbiar.

Melalui program ini surirumah yang berminat boleh mendaftar dengan Yayasan  
Pembangunan Nur Hikmah sebagai PEMBEKAL . Golongan sasaran ialah surirumah yang 
tidak bekerja. Tugas mereka ialah bagi menyediakan hidangan makan tengahari 
atau makan malam untuk penduduk disekitar tempat tinggal mereka. Hidangan 
tersebut dimasukkan didalam Mangkuk Tingkat yang kedap udara yang disediakan 
oleh pihak yayasan. Setiap peserta dihadkan membekal hidangan kepada tidak 
lebih dari 30 buah keluarga.

Ibubapa / keluarga / individu yang ingin melanggan hidangan makanan perlu 
mendaftar dengan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah sebagai PELANGGAN. Langganan 
hidangan adalah dalam bentuk bulanan. Bayaran hendaklah dibuat pada awal bulan 
sebelum hidangan untuk bulan itu mula dilanggan. Program ini adalah dibawah 
pengurusan dan penyeliaan Yayasan Pembangunan Nurhikmah sebagai salah satu 
program pembangunan keluarga.

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah menjemput sesiapa yang ingin menyertai program 
Mangkut Tingkat sebagai PEMBEKAL . Yang berminat bolehlah mengisi borang 
permohonan di :
http://www.mangkuktingkat.com/01/borang/daftar.html atau terus menghubungi Cik 
Shira di 03-87332411 pada waktu pejabat.

Permohanan ini akan ditutup pada 30hb Mei 2008. Satu majlis taklimat mengenai 
program ini akan diadakan pada hari Ahad 8 Jun 2008 jam 2.00 petang bertempat 
di Ibu Pejabat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.

Sekian 

Terima kasih

    -------------------------------------------------------
  YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH

Kirim email ke