PETIKAN TEKS KHUTBAH JUMAAT MASJID SELURUH NEGERI MELAKA

TAJUK KHUTBAH :  RASUAH

Dan peringatan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud 'pemberi rasuah dan penerima 
rasuah kedua-duanya masuk neraka.'

Mereka bukan sahaja berdosa kepada Allah subhanahua ta'ala, bahkan mereka juga 
akan disoal di padang mahsyar kerana amanah rakyat yang mereka khianati.

Ingatlah, perbuatan rasuah itu membawa kepada kemurkaan Allah dan juga bakal 
menghancurkan masyarakat, agama dan negara.

Pengamal rasuah akan sentiasa terdedah kepada risiko sakit jiwa, akibat 
perasaan takut yang sentiasa menghantui diri mereka. 

Hidup pengamal rasuah akan sentiasa diselubungi kebimbangan. 

Di dalam Islam mereka yang menghadapi masalah seperti ini dianggap menerima 
bala'. 

Firman Allah subhanahua ta'ala telah menegaskan di dalam kitab suci Al-Quran, 
surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud : " dan janganlah sebahagian kamu 
memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan 
janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan 
sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa padahal kamu mengetahui ".

Perbuatan rasuah dianggap sebagai melanggar amanah dan dalam Islam melanggar  
amanah termasuk ke dalam golongan munafik, Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam 
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan muslim yang bermaksud " 
tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, jika dia berkata-kata, dia berdusta, 
apabila berjanji, dia mungkir, apabila diberi amanah, dia khianati.

Oleh kerana itu, pada hari ini sama-samalah kita membina keperibadian diri agar 
kita tidak terlibat dengan rasuah dan mencari rezeki yang tidak halal samada 
sebagai pemberi rasuah, penerimanya atau perantaranya. Kerana Allah dan 
rasulnya melaknat ketiga-tiga golongan tersebut. 

Sumber : 
http://www.al-azim.com/masjid/khutbah24.html 
http://mutiaraislam.wordpress.com/seruan-minda/seruan-minda/ 



      

Kirim email ke