Pengkaji mohon sumbangan bina dua wakaf  Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
   
  PERSATUAN Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara (Pengkaji) dan Khazanah 
Fathaniyah telah menganjurkan majlis silaturahim serta meraikan dua 
kakitangannya yang mendirikan rumahtangga.
   
  Mereka ialah Azrul Basarudin dan Kamarulzaman Mohd Umar dengan pasangan 
masing-masing Maisah Anwarul Anam dan Rohaya Abdul Rahman. 
   
  Majlis seumpama itu turut diadakan dengan hasrat untuk menjalinkan keakraban 
dan ikatan ukhuwah sesama ahli dan masyarakat yang bersama-sama membantu dan 
menyokong usaha dalam memperkembangkan ilmu sejarah keislaman secara 
profesional. Ia merangkumi dalam dan luar negara yang mengiktiraf Pengkaji 
sebagai badan yang dilantik untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan dan 
penyebaran khazanah klasik moden dunia Melayu alaf baru kini.
   
  Pengerusinya, Abdul Rahman Mohamed berkata, majlis itu dilaksanakan demi 
memperkenalkan fungsi dan peranan Pengkaji yang merupakan tempat rujukan dan 
maklumat bahan-bahan berkaitan tokoh-tokoh Islam kepada pengkaji atau 
penyelidik dari universiti, organisasi, guru-guru, ulamak dan orang ramai. 
   
  Katanya lagi, sejak 1990 sehingga kini, lebih 1,000 pengunjung yang terdiri 
daripada kalangan mahasiswa dan pensyarah dari pelbagai institusi pengajian 
tinggi untuk tugasan sarjana dan doktor falsafah mereka.
   
  Di samping itu, Pengkaji turut diiktiraf sebagai pencetus sejarah kepada 
ideologi Islam baru Malaysia yang berperanan dalam mendokumentasikan segala 
bahan-bahan sejarah karya ulama silam Asia Tenggara dengan menerbitkan semula 
hasil itu kerana ia merupakan sumber pengetahuan dan ilmiah bagi generasi akan 
datang.
   
  Turut hadir hari itu, Penaung Pengkaji, Wan Mohd. Shaghir Abdullah.
   
  Pengkaji bersama Khazanah Fathaniyah sebuah syarikat yang dilantik dalam 
menyebarkan dakwah melalui penerbitan bahan-bahan khazanah ulama Alam Melayu 
melalui terbitannya seperti buku-buku dan risalah.
   
  Bahan-bahan terbitan tersebut boleh diperoleh di pusat jualannya di No. 33 
Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur atau 
menghubungi di talian 03-6189 7231
   
  Pengkaji turut memohon sumbangan orang ramai mengenai pembelian dua buah 
rumah teres di Taman Melewar untuk dijadikan wakaf. Kedua-dua unit rumah itu 
dinamakan Dewan Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani dan Dewan Syeikh Ahmad Bin 
Muhammad Zain Al-Fathani.
   
  Kedua-dua wakaf tersebut berfungsi dalam memperkembangkan pelbagai kitab 
pengarangan para ulama dunia Melayu yang dibimbing sendiri oleh penaung 
Pengkaji, Wan Mohd. Shaghir Abdullah serta dijadikan sebagai tempat 
pengumpulan, penyimpanan dan mendokumentasikan segala manuskrip, kitab, buku 
dan segala bahan yang bersangkut paut dengan dunia Islam global.
   
  Program rangka panjang kedua-dua dewan itu akan digunakan untuk pendidikan 
bagi peringkat kanak-kanak, pelajar, mahasiswa dan golongan intelek. 
   
  Sumbangan wakaf boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama Bendahari 
Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia atau melalui Bank 
Muamalat di No. akaun 1406-000-2431-712.

 Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke