Dari ibnusulaiman:
PROGRAM TAZKIRAH HABIB KAZIM AS-SAGGAF (DARUL MUSTAFA, YAMAN)

Salam,

Di sini saya turunkan jadual tazkirah AL-HABIB AS-SAYYID JAAFAR MUHAMMAD 
AS-SAGGAF sempena sambutan Maulidur Rasul di sekitar Lembah Kelang sepanjang 
minggu ini.

Untuk makluman tuan-tuan sekelian, Habib Kazim, iaitu salah-seorang ulama' 
kanan di Madrasah Darul Musthofa pimpinan Habib Umar bin Hafidz telah diundang 
khas ke Malaysia sempena program sambutan Maulidur Rasul “Perhimpunan Para 
Pencinta Nabi Muhammad SAW’ yang telah berlangsung di Masjid Al-Falah USJ9 
Sabtu lepas, yang telah disertai oleh lebih kurang 2,000 orang muslimin & 
muslimat.

ISNIN 2.4.07 (selepas maghrib)

Tempat: Surau Taqwa, Desa Melur, Serendah

Program anjuran PERKIM Serendah bertajuk “MANHAJ DAKWAH ULAMA’-ULAMA’ 
HADHRAMAUT DARI IMAM AL-HADDAD SEHINGGA SEKARANG”


RABU 4.4.07 (selepas maghrib)

Tempat: Surau Al-Falah, Seksyen 6, Kota Damansara

Tazkirah Maulidur Rasul bertajuk “PENJELASAN TENTANG PERMASALAHAN CARA 
MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW”


KHAMIS 5.4.07 (selepas maghrib)

Tempat: Masjid Bukit Jelutong, Jalan Mimbar, Bukit Jelutong

Tazkirah Maulidur Rasul bertajuk “TUNTUTAN MENCINTAI RASULULLAH SAW”


AHAD 8.4.07 (selepas maghrib)

Tempat: Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

Tazkirah khas di Majlis Asma’ul Husna.

Semua tazkirah akan disampaikan dalam bahasa Arab dengan terjemahan dalam 
bahasa Melayu.


InsyaAllah kami akan cuba memaklumkan lain-lain program tazkirah oleh Habib 
Kazim dalam masa yang terdekat ini.
                
---------------------------------
 
 Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.

Kirim email ke