semoga ianya bermanfaat dan kita diberi kekuatan untuk sama-sama
mengamalkannya, insyaAllah


 Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman

 Rahsia Solat yang
Khusyuk<http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/11/rahsia-solat-yang-khusyuk.html>

Solat yang khusyuk menjadi idaman bagi setiap orang yang beriman. Nilai
solat disisi Allah diukur dengan cara ditunaikan, sejauhmanakah dihadirkan
kebesaran Allah dalam solatnya. Setengah ulama’ mensyaratkan khusyuk sebagai
nilai diterima atau tidak solat seseorang. Bahkan kalangan mereka menyatakan
batal solat orang yang tidak khusyuk daripada awal hinggal akhirnya.

Khusyuk merupakan amalan hati yang disertai dengan perbuatan yang mematuhi
segala rukun-rukun dan syarat-syarat kesempurnaannya. Bermula daripada
wudhuk, pakaian dan tempat yang suci daripada najis serta menutup aurat dan
mengadap kiblat. Demikian juga cara takbiratul Ihram, berdiri, rukuk,
I’tidak, sujud dan sebagainya.

Ibnu Abbas pernah berkata: “Solat dua rakaat yang ringan dalam keadaan yang
berfikir dan khusyuk lebih baik daripada mendirikan malam dalam keadaan hati
yang lalai”. Memperolehi solat yang hebat seperti ini memerlukan mujahadah
yang berterusan kerana khusyuk ini bukannya sesuatu yang kekal pada
mana-mana manusia. Ianya perlu diikat dengan kukuh dan dijaga dengan
bersungguh-sungguh kerana khusyuk hari ini tidak menjanjikannya berulang
pada solat yang akan datang. Antara caranya ialah membaca dan mendengar
kisah orang yang Berjaya melakukannya sepanjang kehidupan mereka.

Nabi Ibrahim a.s apabila melakukan solat kedengaran daripada jauh degupan
jantungnya dek rasa hebat kebesaran Allah. Saidina Ali r.a apabila masuk
waktu solat berubah air mukanya dan menjadi pucat. Manakala Ali Bin Husain
apabila dia berwudhuk maka menjadi pucat mukanya. Ahli keluarganya bertanya
kenapa? Beliau menjawab: “Tahukah kamu, siapa yang akan aku mengadap?”
Seorang ulama’ yang bernama Said at-Tanukhi apabila melakukan solat, air
matanya tidak putus-putus mengalir hingga ke janggutnya sampai selesai
solatnya.
Bagaimana solat kita? Moga Allah memberi kita kekuatan untuk bermujahadah
bagi mendapatkan kemanisan ini. Amin


http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/11/rahsia-solat-yang-khusyuk.html

Kirim email ke