Penagih arak tegar cemar Felda Jelai 1
Sinar Harian 17 Dis 09

GEMAS – Felda yang diilhamkan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul 
Razak Hussein seakan-akan dirosakkan segelintir warganya di Felda Jelai 1, di 
sini, yang tanpa segan silu meminum arak.

Tambah menyedihkan, masalah penagihan arak haram ini dialami masyarakat 
pelbagai lapisan umur merangkumi remaja belasan tahun, dewasa dan warga emas 
yang meminumnya di khalayak ramai.

Umat Islam diharamkan meminum arak, namun lain pula di kawasan ini apabila 
segelintir warganya seolah-olah tidak menghiraukan ketetapan hukum yang sudah 
ditetapkan Allah SWT.

Sinar Harian difahamkan, arak haram ini mudah didapati selain kadar harga yang 
murah dan dijual peneroka berbangsa India dan Cina sekali gus menjadikan ia 
bagaikan barangan runcit harian yang diperlukan segelintir warga Felda Jelai 1.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6186795.asp

ARAK DAN JUDI , MUSUH NO 1 UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Sokong Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi di http://pmbaj.blogspot.com




Kirim email ke