Dalam usaha untuk menangani kegawatan ekonomi , membantu para peniaga jalanan 
adalah penting. Salah satu daripadanya ialah peniaga apam balik. Setakat ini 
terdapat 3 cawangan Rangkaian Apam Balik yang diusahakan oleh ahli Unit Amal di 
sekitar Seremban. Mereka juga mengalu-alukan mana-mana ahli Unit Amal untuk 
meluaskan lagi Rangkaian Apam Balik Unit Amal (RABUANS) ini ke seluruh 
N.Sembilan memandangkan ianya memberi pulangan yang baik.

Kemudahan modal, latihan juga akan diberikan kepada mana-mana ahli yang 
berminat. Tiga lokasi RABUANS di Seremban ialah :

1. Taman Alamanda , Senawang . Sdr Nazri Esa 012-6775537. Depan kedai Alamanda, 
waktu operasi 3 – 6 ptg setiap hari. Keistimewaan Apam Balik Garing Jawa

2. Taman Paroi Jaya , Seremban. Sdr Nazri Zainal 019-9103431. Depan kedai Taman 
Paroi Jaya, waktu operasi 3 – 6 ptg setiap hari. Keistimewaan Apam Balik Garing 
Samudera

3. Taman Bukit Chedang, Seremban 2. Sdr Faizal 013-6641694. Tepi jalan utama 
Tesco ke Taman Bukit Chedang, waktu operasi 2 – 6 ptg setiap hari. Keistimewaa 
Apam Balik Coklat Johol.

Maklumat lanjut Unit Amal N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com




Kirim email ke