Salam, Baru2 ini belajar tafsiran surah mu'awwidzah ini - dari perspektif yang lain; namun amat menakjubkan!
Jika di kaji, di dalam Surah Al-Falaq disebutkan sifat Allah hanya sekali i.e. Al-Falaq dan kita memohon perlindungan Allah dari 4 perkara iaitu dari 1. kejahatan makhluk2 yg Allah ciptakan, 2. kejahatan malam apabila telah gelap gulita 3. kejahatan tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul 4. dan dari kejahatan pendengki/enghasad Kejahatan2 ini bersifat fizikal Manakala di dalam Surah An Naas, disebut 3 sifat Allah (Robb - Tuhan, Malik - Raja, Ilah - Sembahan manusia) utk 1 perlindungan iaitu Dari kejahatan (bisikan) syaitan Kejahatan bisikan syaitan itu berbentuk spiritual - boleh menjejaskan aqidah dan iman. Ini lebih utama - sebab tu kita seru 3 sifat Allah. Apabila dibacakan kedua2 surah ini, perlindungan yang dipohon dari Allah merangkumi kedua2nya i.e. fizikal dan spiritual. Sekadar sharing knowlegde. Wallahua'lam. --- In hidayahnet@yahoogroups.com, Abu Heakal wrote: > > > > Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. dahulunya selalu berta'awwudz (mohon perlindungan kepada Allah) dari gangguan jin dan "mata manusia", sehingga turunlah dua surat mu'awwidzah (iaitu surat-surat Qul a'udzu birabbil falaq dan Qul a'udzu birabbin nas.) Setelah kedua surat itu turun, lalu beliau s.a.w. mengambil keduanya itu saja (mengamalkannya) dan meninggalkan yang lain-lainnya." > > Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. >