Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my

Asalamualaikum wbt,

Rumah Anak-Anak Yatim & Miskin Nurul Iman, kini didiami oleh lebih 40 orang 
anak-anak yatim piatu, yatim, miskin dan anak-anak terbiar.

Pada hari Jumaat lepas (22/08/08) telah berlaku satu kemalangan jalanraya 
berdekatan Bukit Merah, Perak semasa rombongan anak-anak tersebut dalam 
perjalanan bagi menghadiri satu program di Pulau Pinang. Kemalangan tersebut 
telah mengorbankan seorang ibu tunggal yang bertugas dirumah berkenaan. 

Van yang terlibat dalam kemalangan tersebut juga telah rosak teruk dan 
diistiharkan sebagai total lost. Dengan itu juga Rumah Nurul Iman tidak lagi 
kenderaan bagi kemudahan pengangkutan anak-anak untuk ke sekolah dan juga 
urusan lain seperti tuisyen dan menghadiri jemputan.

Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah merayu kepada anda sekelian untuk 
menyumbang atau mengumpul dana ataupun mencari jalan supaya sebuah van dapat 
diadakan sebagai ganti kepada van yang telah rosak tersebut.

Sumbangan dari orang ramai sangat-sangat diharapkan bagi menyelesaikan masalah 
yang kritikal ini.


Kepada yang ingin menyumbang kewangan sila salurkan sumbangan anda kepada akaun 
Maybank 564306010030 KHIDMAT NURHIKMAH dan letakkan alamat email [EMAIL 
PROTECTED]

Anda juga boleh terus menghubungi Pengetua Asrama Anak-Anak Yatim & Miskin 
Nurul Iman, Manjoi , En. Khairul di talian 016 5460 071 .


-------------------------------------------------------
  YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
  No. Pendaftaran : 646393-A
          No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,     Taman Mesra,     43000 Kajang,       
Selangor Darul Ehsan.
  Telefon  : 03-87332411
Faks      :  03-87332967
 
  Laman web : www.nurhikmah.org.my
  EMAIL  : [EMAIL PROTECTED] 

   

Kirim email ke