SEMBAHYANG DHUHA - Murahkan rezeki, menolak kepapaan 
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri 
ialah sembahyang sunat Dhuha. 
Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya 
dalam riwayat Abu Hurairah katanya: "Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat 
kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak 
tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan 
dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga 
hari daripada tiap-tiap bulan" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : "Pada 
tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu 
bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, 
menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian 
itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ." (Hadis riwayat Al-Bukhari 
dan Muslim) 
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" 
sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan 
menolak kepapaan." 
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya 
aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat Ibnu Majah dan 
At-Tirmidzi) 
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata: "Aku mendengar 
Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha 
dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas" 
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi) 
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan 
berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga 
matahari naik tinggi dan panas terik. 
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang 
lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam 
rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak 
terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, 
sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi 
SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang 
dikehedakinya." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah) 
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : " Barangsiapa yang 
menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia 
daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa 
yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang 
yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat 
dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan 
rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, 
barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina 
baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan 
Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak 
mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada 
petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," (Riwayat At-Thabarani ). 
Untuk mengamalkan sunat Dhuha, yang bekerja, dicadangkan mengambil wuduk di 
rumah. Selepas itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat 
kerja dan insyaallah mendapat perlindungan Allah S.A.T semasa perjalanan. Bila 
sampai ke tempat kerja terus mengerjakan sembahyang Dhuha. 
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua 
rakaat kerana Allah Taala " 
Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti berikut: 
           
    Cara1 
    Cara2 
    Cara3
      Rakaat 1
     Al-Syamsy
     Al Dhuha
     Al-Kursi 7X
      Rakaat 2
     Al-Laiil
     An Nasr
     Al-Iklas 11X
  

Doa’ sembahyang Dhuha ialah: 
"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah 
kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu 
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih 
diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar 
mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh 
dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan 
Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ." 



     

    ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

     




 
---------------------------------
It's here! Your new message!
Get new email alerts with the free Yahoo! Toolbar.

Kirim email ke