Satu mekanisme jaga kepentingan agama-agama lain difikirkan  KUALA LUMPUR 17 
Dis. - Ketiadaan sebuah jabatan hal-ehwal bukan Islam di negara ini yang khusus 
untuk menangani isu-isu yang dihadapi masyarakat bukan Islam tidak bermakna 
kumpulan masyarakat itu tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan, kata Datuk 
Seri Najib Tun Razak hari ini.
   
  Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mewujudkan pelbagai saluran 
dan mekanisme yang sesuai bagi mendengar dan mengatasi pelbagai masalah 
melibatkan bukan Islam khususnya masyarakat India termasuk menyediakan 
keperluan mereka seperti tempat ibadah.
   
  ¡§Kerajaan amat prihatin dan memberi perhatian kepada masalah kaum India dan 
mereka yang bukan beragama Islam,¡¨ katanya kepada pemberita di lobi Parlimen 
di sini.
   
  Najib berkata demikian semasa mengulas saranan gabungan Badan-badan 
Berteraskan Kaum India yang diwakili 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang 
mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menubuhkan jabatan bukan 
Islam seperti mana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terletak di 
bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
  Semalam, setiausaha gabungan itu A. Rajaratnam berkata, penubuhan jabatan 
seumpama itu membolehkan kerajaan melihat masalah yang dialami oleh kalangan 
bukan Islam dan memikirkan kebajikan mereka.
   
  Rajaratnam berkata, bagi mencapai matlamat itu, sebuah jawatankuasa diketuai 
Presiden Malaysian Hindu Dharma Mamandram (MHDM), Prof N.S Rajendran akan 
menyediakan memorandum mengandungi isu yang dihadapi masyarakat India yang 
dijangka siap dalam masa sebulan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.
   
  Najib berkata, kerajaan hanya mewujudkan jabatan untuk urusan agama Islam 
kerana ia merupakan agama rasmi.
   
  ¡§Jabatan kerajaan hanya diwujudkan untuk urusan agama Islam sebab Islam 
agama rasmi, kalau selagi tidak ditakrif sebagai agama rasmi sukar untuk kita 
wujudkan jabatan yang khusus,¡¨ katanya.
  - Bernama

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Reply via email to