*
Allah jua yang maha mengetahui.

Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah bersabda, bahawa orang-orang yang
mula-mula diseru pada hari Kiamat ialah:
· lelaki yang membaca / menghafaznya al-Quran,
· lelaki yang banyak harta,
· lelaki yang terkorban dalam perang sabil.

Kepada lelaki yang membaca / menghafaz al-Quran, Allah Taala berfirman,
"Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?".
Apabila lelaki itu menjawab, "Ya, wahai Tuhanku", Allah berfirman
lagi, "Apa
yang engkau amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Qur'an
itu?".
Jika lelaki itu berbohong, Allah berfirman kepadanya, "Engkau dusta!".
Para
Malaikat juga turut berkata demikian. "Engkau sebenarnya mahukan pujian
orang. Sesungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan
tiada lagi ganjaran dariKu untukmu".

Kepada orang kaya pula Allah berfirman, "Tidakkah Aku kurnaiakan
kekayaan
kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?".
Jawab orang kaya, "Ya, wahai Tuhanku". Lalu Allah berfirman
lagi, "Apakah yang
engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu?". Orang kaya itu
menjawab, dia gunakan hartanya untuk menghubungkan silatul-rahim dan
bersedekah, Allah lalu berfirman dan diikuti oleh para
malaikat. "Engkau berdusta! Sebenarnya engkau mahu dikatakan orang,
bahawa engkau pemurah. Engkau telah memperolehi apa yang engkau mahu
itu dan itulah ganjaran untukmu! Tiada lagi ganjaran dariKu untukmu".
".

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 7/16/2009 08:04:00
AM

Kirim email ke