Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua

 

 

Dalam mengajar bahasa Inggeris kepada
pelajar-pelajar saya, saya sering tekankan kepada mereka Teknik YES. Teknik ini
lebih saya tekankan dalam kelas saya untuk tahun 2010 ini kerana ianya satu
cara yang pada pendapat saya paling mudah dan paling efektif untuk memastikan
yang anda menggunakan bahasa Inggeris anda dengan betul dalam penulisan dan
perbualan anda. Teknik Yes ialah singkatan kepada Yusoff’s English made Simple
yang merupakan Teknik yang direka sendiri oleh saya berdasarkan pengalaman
mempelajari bahasa Inggeris selama lebih 35 tahun dan pengalaman mengajar
bahasa Inggeris selama lebih 10 tahun.

 

Kelebihan Teknik YES ini ialah:-

 

1. Anda akan lebih berhati-hati
dalam pembentukan ayat-ayat dalam bahasa Inggeris.

 

2. Anda boleh memastikan yang
anda tidak menggunakan tatabahasa bahasa Melayu dalam komunikasi bahasa
Inggeris.

 

3. Anda boleh memastikan yang tatabahasa
bahasa Inggeris anda digunakan dengan betul.

 

4. Anda boleh memastikan yang
anda ang perkataan-perkataan yang anda pilih adalah bentul.

 

5. Anda boleh memastikan yang
anda menggunakan ejaan-ejaan yang betul.

 

6. Struktur ayat anda adalah
betul.

 

7. Pasangan-pasangan kepada
perkataan-perkataan yang telah anda pilih adalah betul.

 

 

Apa yang pasti ialah anda boleh sepanjang masa
menyemak dan mengedit sendiri penggunaan bahasa Inggeris anda tanpa perlu
mengharapkan pertolongan orang lain dan boleh berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris dengan sempurna tanpa ada sebarang kesalahan! Ianya bukan satu perkara 
yang
mustahil kerana saya juga menggunakan Teknik Semak Sebelum Buat  sepanjang masa.

 

 

Implementasi Teknik YES ini ialah
melalui:-

 

1. Formula-formula tatabahasa
bahasa Inggeris

2. Peta Minda

3. Senarai penyemakan

4. Gambarajah-gambarajah

 

 

 

 

Sebagai contoh, topic Nouns atau Kata Nama ialah topic
asas yang paling penting dalam bahasa Inggeris dan banyak kesalahan-kesalahan
kita dalam bahasa Inggeris kita sebenarnya bermula dari Nouns. Oleh itu dalam 
penggunaan
Teknik YES ini, anda akan banyak menggunakan formula-formula untuk menyemak
penggunaan Nouns yang betul seperti:-

 

1. Penggunaan Nouns yang betul

2. Adakah Nouns itu countable atau uncountable

3. Adakah countable nouns itu singular atau plural.

4. Apakah Verbs yang boleh
digunakan dengan Nouns tersebut.

 

Pada peringkat permulaannya, Teknik YES ini
mungkin nampak merumitkan dan sukar untuk anda gunakan dalam bahasa Inggeris,
tetapi inilah Teknik yang terbaik dan Berkesan untuk anda gunakan jika anda
ingin fasih dalam bahasa Inggeris dalam masa yang singkat.

 

Saya akan tulis lagi mengenai Teknik YES ini dalam
artikel-artikel saya yang akan datang. Teknik YES ini telah saya mulakan untuk
kelas Januari saya dan juga akan digunakan dengan lebih menyeluruh dalam kelas
Februari saya yang bermula 7hb Februari ini.

 

 

 

 

 

 

 

 




      

Kirim email ke