السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

HambaAllah
Oct 9 2008, 12:03 PM
Assalamualaikum Warahmatullah.

Apa yang saya ceritakan disini adalah kisah hidup aku sendiri. Semoga apa yang
akan aku ceritakan ini dapat menjadi pengajaran atau kekuatan untuk meneruskan
hidup. Suatu ketika dulu, aku ada seorang yg periang.....periang kerana hidup yg
ku anggap sempurna. Maksud sempurna bagi aku disini ialah aku tidak dibebani
oleh sesuatu apa pun yg merunsingkan otak aku. Selepas SPM aku bercinta dengan
seorang gadis yang satu sekolah dengan aku. Perhubungan kami berjalan dengan
lancar tanpa sebarang masalah. Disebabkan itu, kami telah ditunangkan oleh
keluarga kami. Ini menjadikan kami lebih rapat, kerana pada masa itu kami
melanjutkan pengajian kami di K.L. Kami sedar K.L adalah kota yang penuh dengan
ragam manusia dan cabaran yang kami tidak akan terduga. Perhubungan kami masa di
K.L benar2 telah teruji dan kami hampir2 tewas dalam ujian itu. Salah satunya
ialah kecurangan tunang aku semasa dia bekerja di K.L. Akibat dari kejadian itu
aku mula belajar menjadi sesuatu yang tidak mencerminkan seorang aku. Aku mula
belajar memasang spare tyre, aku belajar pergi ke disco. Perhubungan kami
berlanjutan dan aku dan dia banyak kali kantoi akibat dari perbuatan balas
membalas kami. Sehinggalah pada suatu hari dimana tunang aku hendak balik ke
kampung untuk bekerja disana sambila menjaga ibunya. Aku menjadi semakin liar
kerana sikap tidak puas aku dan juga kerana ingin membalas dendam di atas
kecurangan tunang aku dulu. Bagi aku, buat apa aku setia sedangkan dia sendiri
tidak setia. Akibat dari kebodohan aku, pertunangan kami terputus dan dia
dikahwinkan dengan lelaki lain. Hancur luluh hati aku pada ketika itu, tapi
apakan daya aku pada waktu itu. Mengenangkan hubungan yang tidak menjadi itu,
aku teruskan hidup dalam dosa kerana aku makin kerap pergi ke disco untuk
menghilangkan duka.

Babak kedua hidup aku, setelah setahun aku bergelumang dengan dosa. Aku telah
berkenalan dengan seorang gadis dari kampung aku. Disebabkan kerana ingin
memulakan hidup yang baru, aku cuba berhenti dari aktiviti maksiat aku.
Perhubungan kami berlanjutan pula selama 3 tahun. Selepas setahun berkenalan,
kami bertunang dan mula merencanakan perjalanan hidup kami. Tetapi apakan daya,
dia juga serupa dengan bekas tunang aku yang dulu. Kecurangan dia menyebabkan
aku mula kembali ke perangai lama aku. Ditambah lagi dengan sifat degil dia, aku
menjadi semakin tertekan dan mula mengambil jalan mudah dengan memutuskan
pertunangan kami selepas 2 tahun bersama. Mula dari saat itu, aku sudah tidak
menaruh sebarang kepercayaan kepada wanita dan kali ini kebencian aku terhadap
wanita makin menjadi malah makin parah dari masa aku mula putus tunang dulu.

Babak ketiga hidup aku, setelah sebulan aku putus tunang, aku mula berkenalan
dengan berbagai2 jenis wanita. Tapi yang penting, semunya adalah dari jenis
clubbing. Niat aku tidak lain hanyalah untuk bergembira dengan perempuan2 jenis
ini dan mungkin inilah jodoh aku dengan perempuan seperti ini kerana aku pun
jenis seperti ini. Sehinggalah aku berkenalan dengan seorang wanita clubbing
yang tidak disangka-sangka. Aku kategorikan dia sebagai perempuan yang berani
kerana dia yang memulakan perkenalan, walaupun secara teknikalnya aku yang
memberikan kad nama aku padanya dulu. Perhubungan kami menjadi lebih rapat
setelah kematian atuknya dan dia meminta aku berjanji tidak akan
meninggalkannya, dan aku pun terus berjanji atas dasar cinta. Tetapi pada masa
yang sama, bekas tunang aku yang baru saja aku putuskan mula datang kepada aku
kembali untuk menagih kembali cinta lama. Dia mula membuat kerja bodoh dan itu
amatlah merisaukan aku. Aku akui sifat pemaaf dan ambil berat aku kekadang
menyusahkan aku, sebab itu aku mengganggapnya sebagai kelemahan aku. Dalam diam,
aku terpaksa berkawan semula dengan bekas tunang aku agar dia tidak membuat
perkara bodoh dan pada masa yang sama, aku terpaksa menipu kekasih aku. Ini
adalah satu benda yang aku sendiri tidak mahu lakukan kerana aku sudah nekad
tidak akan menipu lagi. Dipendekkan cerita, kekasih saya dapat membau agenda
tersembunyi aku. Akibatnya amat teruk, aku rasa sungguh bersalah dan kesal.
Paling pedih sekali ialah apabila bekas tunang aku dengan sengaja menceritakan
segala perihal kami pada kekasih aku. Aku tidak menyalahkan sesiapa pun, kerana
ini adalah kebodohan aku sendiri dan aku telah pun menerima akibatnya.
Akibatnya, kekasih aku dalam diam telah bekasih dengan seorang dari pekerja club
di tempat aku lepak! selama setahun kami bersama, hanya 3 bulan sahaja dia jujur
kepada aku dan 3 bulan saja kami dapat merasakan kemanisan bercinta. Selepas itu
segalanya adalah sandiwara semata-mata. Air mata palsu ditumpahkan, janji palsu
di karangkan, sumpah palsu dilafazkan....segalanya sandiwara semata-mata.
Selepas itu, satu persatu pembohongan yang direka itu terbongkar. Aku kembali
menjadi liar dan menjadi makin teruk sehinggakan kerja dan kehidupan aku semakin
tidak teratur. Tetapi dalam sifat liar aku itu, satu yang aku pegang....aku
tidak akan sekali-kali tidur dengan wanita lain yang bukan hak aku. Pada suatu
hari di awal tahun, ada seorang kawan rapat kekasih aku datang berjumpa dengan
aku. Dia telah membawa khabar baik dan juga khabar tidak baik kepada aku. Khabar
yang baik ialah di akan melangsungkan pernikahan dia dalam jangka masa terdekat
lagi, dan khabar yang tidak baik ialah dia telah membuka pekung kekasih aku dan
menasihati aku supaya menjauhkan diri dari kekasih aku. Pada mulanya aku tidak
mempercayai segala perkhabaran itu, tetapi memandangkan dia adalah 'partner in
crime' kekasih aku, sedikit sebanyak aku tergugat juga akhirnya. Ditambah lagi
dengan penemuan gambar lucah di dalam laptop aku, aku menjadi semakin tergugat.
Aku mula bertanyakan kepada kekasih aku, dan dia menafikannya.....tetapi dengan
izin Allah, semua pembohongan dia terbongkar. Ditambah dengan pengesahan dari
sepupu dia yang gambar lucah di dalam laptop aku itu adalah milik dia. Akibatnya
kami telah berpisah dan membawa haluan masing-masing.


Babak keempat aku, aku teruskan tetapi kali ni aku menyendiri. Sebenarnya sejak
awal tahun 2008 lagi aku telah nekad untuk berubah kepada sesuatu yang baik. Aku
sudah tidak mahu melakukan dosa, dan aku sudah tidak mahu terjebak di lembah
kehinaan. Aku tidak mahu dipandang oleh Allah seperti kera, binatang ternakan,
najis, makhluk yang hina dan yang sebagainya lagi disebutkan di dalam Al-Quran.
Di kesempatan aku sendirian ini, aku mengambil inisiatif untuk mencari guru atau
cikgu yang boleh membimbing aku. Sekarang, aku menjadi lebih berguna dan lebih
menjadi insan. Aku mendapat sesuatu yang lebih baik dari semua benda didunia
ini, iaitu Al-Quran. Sejak dari itu, menjadi lebih bersyukur kepada nikmat
Allah. Aku menjadi yakin yang jodoh yang akan aku dapat adalah yang lebih baik
dari dulu. Segala yang terjadi aku jadikan pengajaran dan tidak akan aku buang
segala yang aku pelajari dulu, cuma aku telah menambahbaikkan apa yang telah
sedia ada. Setelah sekian lama, aku menjadi semakin simpati kepada mereka yang
aku kenali dulu kerana kesusahan dan kesesatan mereka. Jika diberi pilihan, aku
hendak mengajak sekali mereka ke arah kebaikkan iaitu ke jalan yg lurus. Tapi
apakan daya, kebaikkan itu adalah satu sekatan dan kesusahan kepada mereka,
terutama skali kepada bekas kekasih aku. Tetapi aku yakin, suatu hari mereka
semua akan sedar dan kembali ke jalan yang lurus walaupun tanpa aku disis
mereka. Cuma aku berharap mereka sempat untuk berubah dan tidak akan sesal di
kemudian hari. Apa yang aku ceritakan ini adalah pengajaran untuk mereka di
ruangan Cinta dan Soal Hati ini. Kerana aku melihat semakin banyak topik yang
dibuka adalah berkenaan dengan kekecewaan dan dilema dalam percintaan.
Sebenarnya, apa yang dikejar itu tidak akan berkekalan dan hanyalah perhiasan
dunia yang menipu diri sendiri. Aku sentiasa mengingatkan diri aku melalui satu
ayat di dalam Al-Quran iaitu, "Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari Al
Quran ketika Al Quran itu datang kepada mereka, (mereka itu pasti akan ######),
dan sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia".Surah 41 Ayat 41,
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi
mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan," Surah 31 Ayat 8, dan ayat berikut
"Kekal mereka di dalamnya; sebagai janji Allah yang benar. Dan Dialah Yang Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana." Surah 31 Ayat 9. Ini adalah janji Allah kepada
mereka yang beriman, dan inilah impianku. Jadi, kepada semua pembaca saya harap
cerita ini dapat merubah pandangan anda semua untuk ke lebih baik. Janganlah
bertuhankan nafsu, kerana tuhan yang Esa tetaplah Allah. Cinta yang kekal
tetaplah kepada Allah dan yakinlah dengan ayat-ayat Allah kerana sesungguhnya
itu adalah lebih baik.

Wassalam.
Dari mesra.net


Kirim email ke