Tepati janji dan persoalaannya dalam Islam




Ustaz Zainudin Hashim
Thu | Jun 12, 08 | 3:08:39 pm MYT


Islam telah mengajar penganutnya agar sentiasa memperlihatkan kematangan dalam 
segenap tindak-tanduk, ini termasuk cara penampilan diri, cara bermuamalah, 
berpendidikan, berkeluarga, berpolitik, berekonomi, berjiran, bersahabat, tidak 
kurang juga pengamalan kepada akhlak-akhlak terpuji seperti menepati janji.




Iklan

 



 


 

 
Ini kerana orang yang memungkiri janji termasuk dalam katogeri manusia yang 
dilabelkan sebagai talam dua muka, tindakan itu dilarang keras oleh baginda 
Rasulullah s.a.w., justeru mereka yang terbabit dalam kategori ini jelas 
disebut sebagai golongan munafik, wal 'iyazu billah.
Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Empat ciri jika seorang Muslim 
itu memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu 
dia meninggalkannya: "Jika diberikan sesuatu amanah dia cabulinya, jika dia 
bercakap dia berdusta, jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia 
bertelingkah dia celupar."
Jelas daripada apa yang ditegaskan Nabi melalui hadis tersebut di atas, 
membayangkan kepada kita betapa memungkiri janji adalah satu perbuatan negatif 
yang melayakkan seseorang Muslim itu digelar munafik, apa yang membimbangkan 
kita ialah golongan munafik ditempatkan Allah di bawah sekali dalam api neraka, 
tempat yang paling dekat dengan api yang membakar.
Sesungguhnya apabila seseorang Muslim itu mampu menunaikan sesuatu janji 
terhadap saudara Muslimnya yang lain, maka sebenarnya dia telah melakukan satu 
tuntutan agama yang amat besar dalam hidupnya, malah dia berhak mendapat 
naungan daripada Allah dalam segenap aktiviti kehidupan hariannya sebagai 
Muslim yang baik.
Bagi membuktikan kesahihan kenyataan di atas, berikut disebut satu kisah benar 
berhubung nilai seseorang Muslim yang berusaha untuk menunaikan janjinya 
seperti yang disebut oleh Syeikh Taha Abdullah al-'Afifi dalam kitabnya 
'Wasiat-wasiat Rasulullah':
Terdapat seorang lelaki beriman pada zaman silam yang amat memerlukan wang 
untuk berbelanja dan mahu meminjam sejumlah wang daripada orang lain, namun si 
pemiutang tidak dapat membawa seorang saksi dalam urusan peminjaman wang. Walau 
bagaimanapun pemberi hutang itu reda dan sedia untuk memberikan sejumlah wang 
yang diminta dan berkata bahawa cukuplah Allah sebagai saksi.
Dengan niat yang baik kerana Allah, pemiutang berjanji pada dirinya sendiri 
akan membayar hutang-hutangnya bila ada wang yang mencukupi untuk berbuat 
demikian, niat baiknya itu dibantu Allah dan memperkasa dirinya untuk sedia 
membayar.
Dengan niat baik untuk membayar, maka Allah SWT memudahkan urusannya berbuat 
demikian, satu hari dia bertekad untuk bertemu dengan pemberi hutang bagi 
melunaskan segala hutangnya, tiba-tiba takdir Allah mengatasi segala-segalanya, 
jambatan yang menghubungkan dua kampung dan memisahkan antara pemiutang dan 
pemberi hutang roboh akibat banjir besar, kerana takut jika dia (pemiutang) 
tidak menunaikan janji, maka dia telah meletakkan sejumlah wang yang dipinjam 
dahulu dalam sebatang kayu berlubang dan tertulis padanya daripada pemiutang 
kepada pemberi hutang, kayu itu pun dihanyutkan ke dalam sungai dan dia terus 
berdoa semoga hutang-hutang yang dilunaskannya diselamatkan Allah.
Kehendak Allah mengatasi segala-segalanya apabila pemberi hutang yang jarang 
turun ke sungai tiba-tiba muncul di situ dan mendapati ada sebatang kayu yang 
dihanyutkan tertulis namanya daripada pemiutang, beliau bersyukur kepada Allah 
atas pertolongan-Nya.
Walau bagaimanapun pemiutang masih dibelenggu keadaan sugul sama ada hutangnya 
sampai ataupun tidak, setelah jambatan itu dibaiki, pemberi hutang terus 
mencari pemiutang di kampung bersebelahan bagi mengkhabarkan berita baik itu, 
masing-masing gembira dan bersyukur kepada Allah kerana niat baik untuk 
menunaikan janji dikabulkan Allah.
Daripada kisah benar di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menepati janji itu 
boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:
1-Menunaikan janji terhadap Allah
Ia lebih kepada janji seorang muslim itu untuk melaksanakan segala hukum Allah 
dalam al-Quran seperti hukum-hukum hudud, qisas, mendirikan solat, puasa, 
zakat, haji agar tidak dilabelkan Allah sebagai orang munafik.
2- Menunaikan janji terhadap Rasulullah
Iaitu berjanji untuk mengikut segala tunjuk ajar baginda, menghidupkan 
sunnah-sunnahnya bagi meraih tempat terbaik di sisi Nabi pada hari kiamat.
3- Menunaikan janji terhadap kedua ibu bapa
Untuk menjadi anak-anak yang solih semasa kehidupan keduanya ataupun selepas 
kematian mereka.
4- Menunaikan janji sesame manusia
Menepati waktu ketika berjanji dengan tidak melewatkan masa, kerana kelewatan 
masa akan menjejas kredibilitinya begitu juga dalam perkara berhutang, hendklah 
dia berniat untuk melunaskannya dan niatnya itu akan ditunaikan Allah.
5- Menunaikan janji pada diri sendiri
Berjanji untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik, bukan sahaja sebagai 
seorang Islam, malah berusaha untuk meningkatkan diri untuk menjadi insan yang 
beriman dan seterusnya bertakwa kepada Allah dalam tingkah lakunya, ibadatnya, 
seluruh hidupnya, matinya adalah hanya untuk Allah SWT sahaja.
Antara janji pemimpin Umno dan Pakatan Rakyat menurut perspektif Islam
Dalam kesempatan ini, penulis tidak bercadang untuk mengheret semua pembaca 
dalam kancah politik yang tidak berkesudahan masalah dan ironinya.
Tetapi apa yang penulis mahu sebut dalam perbincangan ini, ialah mengajak semua 
pembaca untuk berfikir sejenak beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir 
ini, sekurang-kurangnya ia dapat diselesaikan apabila dihubungkan dengan 
persoalan agama.
Terdapat laporan di dada-dada akhbar atau siaran berita televisyen yang 
menyebut mengenai kenyataan pemimpin-pemimpin Umno yang menyalak bagaikan anak 
kehilangan ibu dan ayah, khususnya serangan bertubi-tubi mereka terhadap 
pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa kononnya tidak menepati janji pada pilihan 
raya.
Mungkin serangan kenyataan itu ada kebenarannya yang perlu dilihat sebagai satu 
teguran positif atau ancaman peribadi.
Tetapi ia perlu juga dilihat pada sudut yang lain, apakah teguran itu 
benar-benar ikhlas ataupun ia agenda politik tersembunyi, yang menegur sudah 
puluhan tahun menjawat jawatan penting dalam kerajaan dan banyak sungguh apa 
yang dijanjikan masih tidak tertunai malah menambahkan lagi kesusahan terhapa 
rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Abdul Razak seperti dilaporkan Berita 
Harian 26 Februari 2008, iaitu dua hari selepas penamaan calon ada menafikan 
bahawa kenaikan harga barangan tidak akan berlaku selepas pilihan raya, tetapi 
kenyataannya benar-benar meleset, sekarang ini harga tepung, beras dan 
keperluan asas lain sudahpun dinaikkan dengan pelbagai alas an yang direka 
cipta.
Itu dari sudut membebankan rakyat sebagai pengguna, belum lagi dilihat pada 
perkara-perkara yang tidak ditunaikan, sebagai wakil-wakil rakyat yang dipilih 
pada pilihan raya mereka tidak hadir ke parlimen untuk mengikuti perbahasan 
yang membeitkan isu rakyat hingga ditegur oleh Perdana Menteri dan akan diambil 
tindakan jika mengulangi perbuatan.
Apa yang penting untuk dimuhasabah, janganlah pemimpin-pemimpin Umno dan BN 
yang berpuluh-puluh memerintah mencari kelemahan pihak lain di kalangan 
pemimpin Pakatan Rakyat yang hanya baru mentadir tidak sampai pun dua bulan 
sudah diselongkar kelemahan mereka.
Sedangkan banyak kebajikan lain yang telah dipersembahkan ke peringkat rakyat, 
terdapat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang menyerahkan seluruh elaunnya 
untuk rakyat, ada yang hanya memperuntukkan separuh sahaja yang mesti dilihat 
sebagai satu yang positif berbanding pemimpin BN yang tidak berbuat demikian 
malah terlibat dalam kancah rasuah, menggelapkan wang tertentu dan banyak lagi.
Persoalan tidak menepati atau memungkiri janji tidak hanya berkaitan dengan 
golongan pemerintah yang sudah lama memerintah, malah ia juga termasuk para 
pemerintah yang baru ditabalkan sebagai krtua sesebuah negeri, yang pasti 
apabila agama diletakkan paling tinggi dalam segenap urusan pentadbiran, dan 
rakyat secara tidak langsung terpimpin ke arah satu kehidupan yang berasaskan 
kebaikan mutlak.
Apapun bila setiap tindakan yang kita buat disandarkan kepada agama, pasti ia 
akan dipancari dengan roh Islam termasuklah dalam isu menepati janji sesama 
manusia. - lanh

.




      Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/sg/

Kirim email ke