Friday, January 1, 2010 
Timbalan Mursyid IM: Hubungan dengan IM tidak mungkin putus Artikel asal: 
http://www.ikhwanweb.net/article.php?id=22342
Isnin, 28 Disember 2009 

 











Oleh Mohammed Abdul-Raouf                                                       
     Asharq Al-Awsat


Dr.
Mohamed Habib, Timbalan Mursyid Ikhwan Muslimin (IM), menafikan beliau
berniat untuk meninggalkan atau berpisah darti pergerakan IM kerana
tidak terpilih menduduki Maktab Irsyad IM. Jelas beliau "Gerakan (IM)
hidup dalam seluruh jiwa dan raga saya. Saya sentiasa memikirkan
tentang IM walaupun ketika tidur. Oleh itu bagaimana saya boleh
berpisah dengan IM?" Dalam kenyataan pertamanya setelah pilihanraya
Maktab Irsyad kepada Asharq Al-Awsat, Habib berkata, "Saya masih lagi
Timbalan Pertama kepada Mursyid ul-'Am (MA) dan masih seorang anggota
dalam Maktab Irsyad Antarabangsa, Majlis Syura Antarabangsa IM,
disamping mengganggotai Majlis Syura IM Mesir."

Jelas Dr Habib
kepada Asharq Al-Aswat, "Sebelum saya bersama IM ketika zaman muda
dahulu, saya tidak mempunyai apa-apa; tiada sebarang risalah mahupun
peranan dalam hidup ini. Setelah menyertai IM saya terus berubah. Saya
mempunyai peranan dalam Islam dan Masyarakat. Hubungan saya dengan IM
kerana ini hubungan kasih sayang dan cinta." 

Dr Habib
menegaskan bahawa segala apa yang telah diperkatakan bersabit dengan
beliau meninggalkan IM adalah tidak benar. Katanya lagi, "Bagi saya IM
adalah hidup saya, harapan saya, impian saya ....inilah dunia, dan
inilah juga akhirat, oleh itu bagaimana saya boleh meninggalkan IM?"

Dr
Habib mengakui bahawa wujud beberapa perbezaan pendapat di antaranya
dan beberapa tokoh IM berkaitan dengan pemilihan. Katanya, "Memang ada
lagi butiran yang belum didedahkan dan akan diumumkan apabila sampai
masanya nanti. Tidak semua yang mengetahuinya telah bersuara." 

Habib
juga berkata,"Saya berharap ada peluang dan masa yang lebih panjang
sebelum pemilihan Maktab Irshad dibuat. Lagipun mandat Majlis Syura
akan tamat Jun hadapan. Pada pandangan saya pemilihan patut ditangguh
hingga ketika itu. Dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat kepada
semua sahabat-sahabat, saya yakin adalah lebih baik menunggu, kerana
tidak ada perlunya untuk tergesa-gesa.

Walauapapun Habib telah
menambah,"Saya memohon supaya ALLAH menolong sahabat-sahabat kita terus
maju untuk mengelakkan mereka melangkah ke belakang. Kini mereka
berhadapan dengan cabaran-cabaran yang berat. Saya memohon agar
perhatian mereka tidak diganggu oleh saya dan pendirian saya. Mereka
mestilah mengutamakan kebajikan Gerakan (IM)." 

Habib
menyatakan bahawa IM adalah milik kesemua anggotanya, dari Mursyid 'Am
hinggalah ke anggota yang paling bawah sekali. Gerakan (IM) ini adalah
milik keseluruhan Ummat Islam.

Keputusan pemilihan untuk jawatan
Mursyid 'Am IM, dijangka akan dapat diketahui tidak berapa lama lagi.
Ada desas-desus yang mengatakan Habib mungkin tepilih untuk jawatan
tertinggi ini sebagai ganti kerana tidak diplih menduduki Maktab
Irsyad. Habib berkata, "semua ini adalah dalam bidangkuasa Majlis
Syura. Saya cuma mengharapkan agar Majlis Syra akan mengambil masa
secukup-cukupnya (sebelum membuat keputusan) apapun keputusannya. Kami
berdo'a kepada ALLAH untuk membimbing mereka dalam pemilihan calon yang
paling sesuai untuk memikul tanggung-jawab ini dalam suasana yang amat
mencabar yang sedang dihadapi kini.

Keputusan pemilihan 16
anggota Maktab Irsyad IM, telah diketahui pada Isnin yang lalu.
Terdapat beberapa kejutan. Ini termasuk terkeluarnya Dr Mohamed Habib,
Timbalan Mursyid, dan tokoh-tokoh lain seperti Dr Abdul Moneim Abd
Futuh, Abdullah Khateeb, dan Sabri Arafa sementara Dr Assam al-Arian
telah terpilih untuk menganggotai barisan Maktab Irsyad baru ini.

Terkeluarnya
Dr Mohamed Habib adalah sesuatu yang memeranjatkan, terutama ketika
mana beliau adalah Timbalan Mursyid IM sekarang ini. Beliau juga adalah
calon terlayak bagi jawatan Mursyid 'Am setelah Mahdi Akef
mengisytiharkan untuk tidak bertanding apabila mandatnya selesai bulan
Januari nanti.

http://fikrah-dakwah.blogspot.com


      

Kirim email ke