Aswt,
 
  Ekoran apa yang berlaku di Perak pemimpin UMNO berarak kesana kemari berbuih 
mulut melaungkan taat setia kepada Sultan. Terbaru di Selangor anak lelaki Pak 
Toyo pun tidak ketinggalan terpekik-pekik depan istana melaungkan DAULAT TUANKU 
?? Puak ni pasal pura-pura atau berlagak hiporit memang hebat. Dulu merekalah 
terpekik kemerata negeri merata kampong mengutuk Raja-Raja Melayu kerana kata 
mereka tidak adil Raja-Raja tak lut oleh undang-undang. Akhirnya berjayalah 
mereka tapi bila betul-betul ada pihak nak ambil tindakan undang-undang mereka 
kata pula ini sudah derhaka, tak hipokrit kah orang macam ni ?? bukan setakat 
hipokrit tapi lidah bercabang ?? Dulu cakap mana boleh Raja mengatasi 
undang-undang tapi hari ni wajah dendam mereka kepada Raja mereka tukar serta 
merta pula dengan menunjukkan wajah simpati pada Raja-Raja !! Puncanya adalah 
kerana kerajaan Pakaan Rakyat Perak berjaya ditumbangkan oleh UMNO/BN dengan 
bantuan istana. Ini lah
 dikatakan penyamun terhormat !! Raja segala penyamun !! Kalau ada rakyat dok 
percaya lagi dengan perangai hiporit UMNO ni baik terjun sengai sajalah. Kalau 
Raja pun mereka boleh main-mainkan apa jaminan rakyat biasa tidak 
dimain-mainkan ?? Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal


      

Reply via email to