Ustaz Hadi lawat keluarga Nurin - PAS mahu K'jaan bertanggungjawab        
                                         Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari      
         Mon | Sep 24, 07 |  2:24:47 pm MYT                            KUALA 
LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang 
menegaskan kerajaan harus bertanggungjawab ke atas apa yang telah berlaku 
kepada kanak-kanak malang Nurin Jazlin Jazimin, 8, kerana ia berpunca daripada 
kelemahan undang-undang negara. 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


 "Apa yang terjadi kepada Nurin  adalah berpunca daripada kelemahan 
undang-undang British yang kita amalkan sekarang bukannya undang-undang Islam," 
katanya.

 
 Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga Nurin di rumahnya di Wangsa 
Maju, Seksyen 1 pagi tadi.

 
Ustaz Hadi yang meluangkan masa kira-kira 15 minit bersama ibu bapa kanak-kanak 
malang itu Jazimin Abd Jalil dan Norazian Bistaman menegaskan penjenayah tidak 
takut dengan undang-undang yang ada dalam negara ini.

 
Malah katanya, kegagalan pihak polis membendung gejala jenayah seksual 
termasuklah pembunuhan kejam ke atas Nurin dianggap mengabaikan amanah rakyat.

 
Beliau juga kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) yang disokong oleh 
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz yang cuba mendakwa ibu 
bapa Nurin sekiranya kematian kanak-kanak itu berpunca daripada kecuaian mereka.

 
"Sebenarnya pihak berkuasa gagal menangani masalah jenayah dalam negara ini 
kalau di negara lain Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan seperti ini sudah 
lama letak jawatan," katanya yang turut disaksikan oleh kaum keluarga Nurin.

 
 Tegasnya, dalam hal seperti ini bukan pihak keluarga mangsa disalahkan tetapi 
penjenayah terbabit yang sepatutnya sudah ditangkap seawal kes ini dilaporkan.

 
 "Apa yang mengecewakan polis bukan sahaja tidak boleh menjejaki jenayah 
terbabit tetapi jenayah semakin bertambah,"katanya.

 
Ketika mengunjungi keluarga Nurin, Ustaz Hadi turut merakamkan ucapan takziah 
serta melahirkan rasa kesedihan yang menimpa keluarga terbabit, beliau turut 
dilihat memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada ibu bapa Nurin Jazlin.

 
Beliau turut menyampaikan buah tangan dan sumbangan kepada ibu bapa Nurin 
Jazlin serta memberi nasihat kepadanya supaya bersabar dan tabah menghadapi 
dugaan berat daripada Allah SWT.

 
 Justeru, Ustaz Hadi juga akan membantu dan membela keluarga Jazimin jika 
sekiranya ada pendakwaan terhadapnya selepas ini.

 
 Hadir sama AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Pesuruhjaya PAS 
Wilayah, Ustaz Mohd Nor Mohammad. - mks.

Lihat ucapan Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari 
seluruh dunia. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, menderma dan bantulah mereka 
yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah di Akaun (Maybank) 
564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.

       
---------------------------------
Got a little couch potato? 
Check out fun summer activities for kids.
       
---------------------------------
Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail, news, 
photos & more. 

Kirim email ke